click click jom

Our Wedding Anniversary

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 20, 2016

Lombok - Part 1 - Kuala Lumpur to Lombok

2 hari lepas bday aku,
7 sept 2015, dr singa whatsapp aku:


kebetulan aku mmg tak de trip kemana2 utk tahun 2016 dan 2017
sebab alyssa ada exam besar
tahun 2016 UPKK
tahun 2017 PSRA dan UPSR

so ajakan dr singa ni, aku terima tanpa prasangka,
insyaAllah tak kena pada tarikh exam UPKK/final exam atau event penting anak2

tapi aku hanya merancang, Allah menentukan....

padatnya jadual aku!!!!!
masa trip ke lombok ni, 19 - 22 october 2016, alyssa dan aira ada final exam di sekolah kebangsaan.

dan seperti dijangka bila aku ckp nak ke lombok masa dia final exam....
alyssa: "mama nak pergi jalan masa kakak final exam"
mama:  "laaaaaaaa mmg la mama jalan, ko pernah nampak mama merangkak ke"
kahkahkah

eleh, dulu mama nak exam beso bagai pun, nenek atok ko buat tak reti aje tau tak
pandai gak mama, jadi org gak mama ko nih...sila berdikari ye!

apa pun, aku dah buat latihan intensif utk aira dan alyssa sebelum bergerak ke lombok, selebihnya boleh blaja sendiri atau papa ada je untuk bantu korang.....jangan asyik mama je, tu papa ko ada je selalu!

ada masa 1 tahun ++ untuk study trip ke lombok
ngeh ngeh ngeh seperti biasa agensi drsinga mmg tak menghampakan

minggu nak ke lombok, selain alyssa dan aira sibuk dengan exam hampir 3 minggu, aku bertungkus lumus dengan GST aku kahkahkah
hari2 balik kije malam demi ke lombok
sambil pack sikit2 barang2 yang nak di bawa
kejap masuk beg, kejap kuar beg, kejap masuk semula dlm beg, kejap kuarkan semula
aku mmg tak suka bab2 packing

akhirnya,
pack siap2 set baju dlm plastik, kalau beg ko kena air, baju ko selamat lagi...gitu konsepnya
 ok dah boleh gerak ke airport jam 5.30 pagi
terpaksa suruh pakwe hantar awal sebab pakwe nak kejar hantar anak plak ke sekolah pagi tu
ingat aku awal sampai, rupanya derang lagi awal dari aku kahkahkah
selesai solat subuh, kami terus check in bagai
lama gak nak tunggu masuk kapal terbang,
masing2 ngan aktiviti masing2
penyudahnya aku ke tandas, jumpa GB, terus lepak minum kopi ngan GB
ok aku sebenarnya lupa, sapa bayarkan minuman aku, aku atau GB
kahkahkah GB, kalau kita yang bayar, kita kira belanja
tapi kalau GB yang bayar, sila bgtau, kita bayar GB ye

dah boleh masuk katebang
tinggal beg aku ngan GB aje kat kusi
lagi 4 org tu dia dh masuk dlm katebang, dia tinggalkan beg kami
hampehgas tul
tau la semua beli seat tepi tingkap
 tingkap katebang nampak kelam dan berbalam
tingkap aku siap ada minyak rambut bagai ok
yuckssssssss
mintak ina tissue, kasi lap tingkap
nampak tu tangan sapa dok lap tingkap kahkahkah
depan aku ina, depan ina kak izat, depan kak izat si GB
iyra amik seat belah kanan
si siti ntah mana, dia beli tiket sendiri
 pemandangan luar kelam jek
ke mata aku yang kelam sebab jam 4 pagi dah bangun

 makan nasi lemak lagi bagus la
kami semua pre-order meal
 nasi lemak aku cam keras sket la
apa pun abis gak makan
dasar perut tak sekolah
 lepas makan, awan masih tak cantik
sampai tetido aku dibuatnya
sedar2 si ina kejut kahkahkah
dlm hati mesti derang dah buat onar snap gambar aku tido kan
yes it is!
mmg derang snap


 nampak tu puncak gunung/bukit
aku tak brapa tau gunung/bukit apa
yang aku tau, pemandangan dia cukup menakjubkan
dlm blog kak izat ada cite
sangat detail





 dah nampak bumi lombok
dikenali juga sebagai PULAU SERIBU MASJID
bukan bermakna ada sejumlah 1000 masjid, tetapi menggambarkan byknya masjid di pulau ini
majoriti penduduknya muslim.

padat juga



 alhamdulillah selamat mendarat
airport dia kecik aje

 bertemu dengan Pak Nur yang akan menguruskan perjalanan kami di sini
nanti aku share ya detail pasal pak Nur nih
jom kita mulakan pengembaraan


note:
total air fare (KL - Lombok-KL), processing fee, seat fee, meal, luggage(kami kongsi2 utk luggage 40 kg), GST = RM283.88




Friday, November 4, 2016

bila 2 minggu tak masak

ni la dia
baru 2 minggu tak masak
2 hari lepas masak nasi arab lembik
smalam, potong carrot terpotong jari sendiri
itu baru 2 minggu tak masak
kalau sebulan ntah apa jadi agaknya!
cincin batu merah tu?
tu pakwe hadiahkan masa kami masih couple
dia sendiri beli, tiber je bagi aku cincin
pandai plak dia agak saiz jari aku

nampak tak permainannya?????
nampak tak apa cluenya????????
tak nampak?????
ala korang ni saja je kan!

tu tanda
tu tanda
tu tanda
since year 1999 sampai year 2016, cincin tu aku masih muat ok!
dah brapa tahun???
kira cepat!!!

17 tahun dah!
ok
bye!!!



Wednesday, November 2, 2016

Thursday, September 29, 2016

Wednesday, September 21, 2016

Tuesday, September 20, 2016

UK Agro Resort - Part 4

cuaca mendung ya amat dah
masih banyak lagi penjelajahan yang tak abis nih
persekitaran hijau je, sedap mata memandang




tunggu kenderaan kami untuk ke next stop
rumah cendawan
haaa nak belajar pasal cendawan kat sini la
macam2 info pasal cendawan ada



masa masuk dalam rumah cendawan ni, hujan dah turun
ni di area luar belakang umah cendawan
nampak tak yang gantung2 kat pokok tu
derang tulis wish2 derang dan gantung kat pokok camtu
lagi tinggi ko gantung, lagi cepat wish ko tercapai





jom tengok pokok sayur plak







acar cendawan...tak sedap plak kat tekak aku


jom balik ke pangkal jalan

ada byk produk yang dijual berunsurkan kambing
susu kambing ni sedap





akhirnya tamatlah pengembaraan hari ini
hari hujan lebat
perut lapar

jom makan
di kluang railway station






burp alhamdulillah

kalau korang minat ngan alam, minat ngan binatang, nak anak2 hands on dengan binatang, boleh la bawak ke UK agro resort ni, agak berbaloi la aku kira....nak lagi best, boleh check ini
tapi sebab umah mak ayah aku dekat sekangkang kera, takkan la nak check in kan

ok jumpa lagi di entry seterusnya
entry jalan2 yang basi tahap gaban
tak kira nak up gak entry muahhahahahhaha