bebelan hari jumaat

cilok benda alah  ni dari kawan blogger aku ANISALYA

"Cintai isterimu …apabila dia merasa kopi atau teh anda. Dia hanya mahu memastikan rasanya sedap untukmu."
aku kalau buat air utk pakwe, mmg rasa dulu sebelum kasi dia minum
yang pertama sebab nak pastikan sedap ke tak sedap, yelah aku kan terror dan selalu buat air, jadi kena la pastikan rasa air tu tip top hehehehehhe
pas tu sebab aku mmg suka pau air dia....hahahhahahahha
tapi kalau kerap sangat minum air manis, aku wat bodo jek kalau dia suh buat air, banyak2 pun aku bagi air suam aje.....padan muka! bukan apa kang kencing manis camner?????

"Cintai isterimu…apabila dia 'memaksa' anda untuk bersolat. Dia hanya ingin masuk syurga bersamamu."
oh mestilah.....kenalah ingat mengingati...aku pun lom sempurna mana....selamba je sound dia...tapi kalau aku kena sound sentap gak kadang2....tapi kejap je sentapnya pun hahhahahahhahaha

"Cintai isterimu…apabila dia menyuruh anda bermain dengan anak-anak. Kerana dia tidak melahirkan anak itu dengan sendirinya tanpa dirimu."
disebabkan pakwe aku ni jarang ada umah, memanjang outstation, jadi aku pastikan dia ada masa ngan anak2.....aku tak mau ada jurang antara dia ngan anak2.....dah lah dalam sebulan leh bilang ngan jari brapa hari dia ada kat umah, jadi aku pastikan dia wat sama2 main, wat homework, tido, makan dan sebagainya ngan anak2......kalau dia jauh dari aku, aku akan update apa jua cite anak2 mostly melalui BBM atau facebook....kalau tak tepon aje senang......

"Cintai isterimu…apabila dia masak tidak sesedap ibumu. Kerana dia masih mencuba menjadi yang terbaik untukmu."
memang aku tak leh challenge mak dia masak....aku admit, tapi aku cuba gak masak apa dia suka dan suh dia belajar makan apa yang aku suka....sharing is caring kan!
tapi aku ni mmg jarang masak....sesekali je masak hehehhehehe
tapi quote yang paling aku suka bila pakwe tu kata gini:  takyah la u masak yang oiiii....i makan 10 minit, u masak 2 jam, baik u duk sebelah i ni teman i tgk tv.....makan luar ajelah....
hahahahhahah sporting kan pakwe i
alhamdulillah dia pun tak la cerewet pasal makan, apa je aku masak dia bedal.....

"Cintai isterimu...apabila dia merasa cemburu. Kerana dia memilihmu daripada berjuta lelaki di luar sana."
tul tul tul......betapa ramai lelaki kat luar tu, aku pilih pakwe sebagai pakwe sehidup semati....insya Allah......semoga ikatan kita kekal sampai ke syurga!

i miss u la pakwe.....ni masuk hari ke 8 tau kena tinggal.......
mau tak rindu, hari tu dia balik sini 6 hari jek...
itupun asyik sibuk ngan meeting sana sini.....
cepat sket balik.....kang finance kasi cantas baru tau!

Comments

  1. Bagus benda ni..saya nak bagi wife saya baca sekali...ekekekekeke....

    Wife saya pun seringkali igt kan saya utk spend time main dgn anak anak/ bawa mereka keluar, ke park....ye lah, takut saya asyik busy kerja aja..

    ReplyDelete
  2. sporting suami...best je tgk keluarga bahagia =)

    -- maaf zaza lambat singgah n folow sini =)

    ReplyDelete
  3. mesti la saling ingat mengingati dan terima pasangan seadanya..

    ReplyDelete
  4. daddy ziyad, sharing is caring, bagus kita share sama2

    ReplyDelete
  5. zaza, tq singgah sini, blogger kan ramai, tak de hal la kalau lupa atau lambat kan.....aku pun buat blog suka2 je memula, tgk2 ramai dpt kawan kat sini hehehehheheheh

    ReplyDelete
  6. betul tu teratak hati.....kena sama2 kan! barulah sehidup semati!

    ReplyDelete

Post a Comment