bebelan utk Jumaat kali ini

dapat ni dari member FB, Waty Varsha.....
aku kongsi kat sini

Renungkan Sejenak:

Mencari POSITIF bagi sesuatu yang NEGATIF
Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR

1. Untuk suami/isteri yg tido berdengkur di waktu malam, kerana beliau tidur di sisi kita bukan dgn org  lain - berdengkur tu kan fitrah manusia, sesuatu yang di luar kawalan kita....mmg la kdg2 sakit tinga sampai tak leh tido, tapi itulah, bersyukur pasangan kita ada ngan kita kan! bukan ngan org len! dan itulah teman kita yang akan menemani kita sampai ke syurga, insya Allah!

2. Untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran - mmg sakit hati kan kalau derang ni ada  je jawapan yang diberi kalau suh wat kije umah dll, tapi sekurang2nya dia ada sama2 ngan kita dalam keadaan yang selamat.....bila suh wat kije mmg la derang bebel, tapi akhirannya nanti derang akan sedar yang bebelan kita itu ada benar dan baiknya (terus tingat masa aku dulu kena bebel ngan mak ayah, aku pun mengomel gak)

3. Untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan - oh baru submit borang income tax beberapa hari lepas.....alhamdulillah sempat gak hantar walau last minute kan......teknologi dihujung jari, tekan aje terus leh submit hehehehhehehe......sentiasa ingat pendapatan yang kita perolehi adalah sebahagian tu utk org len dan kegunaan len .....tak mo bayar income tax, boleh la wat potongan zakat lebih sket....zakat membawa berkat!

 4. Untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup makan - alhamdulillah, mmg badan mengalami banyak perubahan dari selepas dilahirkan sampai la dah anak 3 nih....saiz baju silih berganti .....mmg cukup makan....belom lagi ada masalah tak dpt makan, cukup bersyukur dengan rezeki dari Allah.....semuga rezeki terus murah hendaknya.

 5. Untuk lantai yang perlu di mop dan rumah yang perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal - aku mmg particular sket pasal lantai.....sejak ada maid, aku pastikan lantai rumah hari2 berlap.....rasa tak sedap kaki ni pijak lantai kalau tak mop....eleh masa tak de maid pun, aku mop sendiri aje....cuma tak la hari2 kan...maklum la kije kan......sekali lagi syukur masih ada tempat tinggal yang agak selesa setakat ini.

 6. Untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar - biasalah bunyi bising dari jiran2 kan, adat berjiran....kebisingan yang bersebab tak de hal, eleh, aku pun kalau dah marah anak2 sekampung leh dengar tau kalau iya2 wakakakkakakakakkakakka

 7. Untuk pakaian yang perlu dicuci kerana itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai - betul betul betul...fikirkan hygiene ye...takkan la baju tak basuh kan......alhamdulillah pakaian masih cukup utk menutup aurat.....so bersyukurlah bila kena basuh baju, fikirkan yang baik2 aje ye....eleh! pakai mesin pun basuh baju tuh...bukannya pakai tgn hehehehhehe (tapi aku masih mengamalkan cucian tangan utk beberapa jenis pakaian)

 8. Untuk leletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat - alhamdulillah dikurniakan kederat oleh Allah, walau letih masih bersyukur Allah kurniakan kekuatan setakat ini, semoga Allah terus memberikan kekuatan dalam melaksanakan apa jua urusan....semoga terus dirahmati, diberkati dan sentiasa di dalam lindunganNya!
amin!

Comments

  1. aku ambik masa dkt 15 minit nak loading blog kau. hahaha... tapi nice info. aku suka.

    ReplyDelete
  2. hahhahahhaha nasib la kan.....wakakkakakkakakka tq ye anisalya sebab rajin baca hehehehehhehee

    ReplyDelete

Post a Comment