OMG OMG OMG

shared from ntah sapa2 yang dok post kat FB
tq for sharing this to public.....aku rasa sangat sangat terkejut!
kedai ni dekat je ngan opis aku, sepelaung aje....pernah la dengar few stories yang lebey kurang gini, tapi bila nampak org post gambar ngan open comment begini.....oh memang dasyat penangannya!

Written by someone:
My open letter to Fareeda Bangi. Thinking of following-up with letters to Local Authority, DUN and MP. Anybody can suggest proper procedure/hierarchy? Salam Butik Fareeda, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi. Gambar ini menunjukkan salah satu kereta daripada berpuluh-puluh buah kereta, yang dimiliki oleh pelanggan Fareeda, yang meletakkan kereta/parking di hadapan pintu pagar rumah saya sekaligus menghalang laluan kereta saya untuk keluar/masuk dari rumah sendiri. Gambar ini diambil pada hari Sabtu, 22/12/2012 pada jam 11 pagi. Walaupun pagar rumah saya DIBUKA LUAS dan kereta saya diletakkan di laluan dalam rumah, namun pelanggan kurang bijak ini masih parking di hadapan pintu pagar rumah saya dan menghalang laluan. Walaupun pelanggan Fareeda ini meninggalkan nombor telefon tetapi hanya menjawab panggilan selepas beberapa kali dihubungi. Apabila pelanggan ini akhirnya muncul untuk mengalihkan keretanya, dia menjawab "ya" apabila ditanya adakah dia pergi ke butik Fareeda, dan ditangannya menjinjing dua beg kertas Fareeda. Walaupun butik Fareeda tidak boleh mengawal tahap intelektual dan kesedaran sivik para pelanggannya, namun seharusnya tanggungjawab sosial butik Fareeda kepada penduduk sekeliling Seksyen 8 harus dituntut dan dititik beratkan. Sewajarnya butik Fareeda mengamalkan sistem pembelian yang lebih efektif dan tidak menyusahkan pelanggan dan penduduk setempat. Sewajarnya lagi pemilik Fareeda mencari lokasi yang tidak berhampiran dengan kawasan perumahan, contohnya di kawasan perniagaan 3B Curve atau Paragon. Tentunya tidak mendatangkan masalah kepada pemilik Fareeda yang telah mengaut keuntungan, untuk melaksanakan salah satu daripada cadangan tersebut. Ingin juga saya menambah, ketika Jualan Masyhur yang berlangsung baru-baru ini, pelanggan-pelanggan tegar Fareeda telah berkampung/bermalam seawal jam 12 malam di kaki-kaki lima kedai di sekitar kawasan rumah saya. Saya juga terkejut apabila mereka telah beratur panjang pada jam 6.30 pagi, dan barisan ini memanjang sehingga ke kawasan perumahan. Ini mendatangkan rasa tidak selesa dan tidak selamat kepada saya dan keluarga. Suka saya berpesan kepada pelanggan-pelanggan Fareeda supaya menunjukkan kalian Nyata Jelita juga mempunyai akal fikiran, timbang rasa, kesedaran sivik, tanggungjawab sosial dan sikap berhemah yang setimpal dengan harga tudung yang anda beli/pakai.


pendapat aku:
len kali nak wat sale buatlah kat tempat len, contohnya sewa la dewan atau padang atau apa2 saja yang memudahkan pelanggan dan tak menyusahkan org len dan kawasan sekitar....kalau sewa dewan pun brapa la sangat sewa tu kan....pelanggan pun selesa, parking senang....apa la sangat berbanding keuntungan yang diperolehi.....
im not fareeda fanatik, jauh skali ada memiliki tudung ni, tak pernah beli dan pakai tudung ni, tapi pernah la pi few times ke kedai dia, dari asal tingkat atas, sampai dia bukak kt tingkat bawah....tapi ntah la kurang minat ngan tudung dia, mungkin sebab berawning....aku lebih suka syria type atau shawl, sebab lebih senang di jaga....sebenarnya aku malas, kalau awning nak kena jaga bebetul, awning jahanam dah tak cantik plak dipakai wakkakakakakakakakakkakakakakakakka
selalu cari tudung kat mana2 je yang mata aku berkenan, kt pasar malam pun byk gak aku beli, as long as menarik, kena taste aku, sedap mata aku, aurat terjaga, dan selesa, aku bedal aje
kalau online aku suka beli kat SINI
ada gak few online supplier yang aku suka, lupa lak namanya wakkakakakakakakkaka
past few days ariani kat bandar baru bangi ni wat sale....aku sempat la jengah, bukan sebab nak beli, sekadar tgk drama je kat sana
kebetulan teman mak pi SINI cari barang2 nak pi umrah sket, so aku pi la skodeng ariani
astaga dah cam sardin, gila ar ramai org!
tak tergamak rasanya nak bersesak2 di situ!
walau opis beberapa tapak ngan ariani, aku jarang masuk situ walau dia buat sale ntah nape aku tak tau, cuma aku rasa harga dia sedikit mahal la....wkakakakakakakkakaka
apa2 pun, yang paling penting, aurat terpelihara.....
aku jauh dari sempurna, masih lagi berlengan pendek kadang, baju kadang2 tak berapa labuh, itulah aku
sekadar pandangan dari insan kerdil, walau aku tau berat aku dah bertambah lately nih!
happy thursday everyone!

Comments

  1. dahsyatnya penangan fareeda.
    mahal giler tudung ni kan..tak mampu den ;P
    ada seketul dua tu pun after sale pun masih puluhan ringit.cukuplah yg ada.
    tp bg yg mampu apasalahnya kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahah mahal, aku pun fikir byk kali nak beli, so far belom pernah beli lagi hehehehehehehehhe yang ada skang pun dah ok untuk aku hehehehehe

      Delete
  2. tak mampu tudung ni... hehe.. bek beli shawl... buat online kan lagi bagus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la mamaleen, aku pun tak beli hehehehehe

      Delete
  3. Wlupun aku jual tudung ala fareeda ni, tp utk memiliki yg ori wlupun 1 itu bkn aku hehehe....
    Ada beberapa prinsip yg aku x blh nak share kat sini.
    Nak bersesak2 mcm ni seawal tgh mlm hanya utk memiliki sehelai dua tudung ni? Baik fikir semula kpd tujuan asal memakai tudung...
    Ko mesti setuju dgn aku...kan elly? Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ko jual tu okay teacher....masih berpatutan ok!
      aku setuju ngan ko teacher! betul betul betul

      Delete
  4. hahahaha..den dah komen dah isu ni..dan yg tulis surat tu, kawan den, blogger jugak...gambar2 tu dia ambik dari rumah dia..kami dah sakan borak pasal gambar ni kat blog...(eh jap, den belum add ekau kat FB, dah add nanti den approve ekau masuk group FB bloggers ni) mmg gila la sangguo tido kat kaki lima...sanggup menyusahkan org park depan gate rumah org...



    ReplyDelete
    Replies
    1. kawan ko ke? kesian la utk penduduk area belakang rumah kedai nih.....mesti terganggu ketenteraman utk seketika.
      hampeh la ko, sampai skang tak add den lagi kan!

      Delete
  5. wahhh...biar betik...ramainya...nk beli fareeda.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, baru tau bila tgk ada org shared gambar ni kat fb heheheheheh kalau tak sumpah tak tau

      Delete
  6. Daddy Ziyyad..compomlah tu kwn kita yg sentiasa bengang tahap gaban bila Freeda buat sale...Sampai la ni akak masih bingung memikirkan org kita yg snggup menunggu dr tgh mlm..mengalahkan rakyat kebuluran nk tggu makanan..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeap, masing2 ada pilihan dan preference masing2....aku lak rasa design tudung ni tak sesuai ngan muka aku, aku lak kurang selesa memakainya....apa pun tak salah, tapi caranya saja tak kena.....lokasi kedai memang di tempat yang agak sesak, blakang lokasi kedai kawasan perumahan lak, mau tak penuh keta parking, pembeli jgn kata la......apa nak buat, derang suka tudung nih, cumanya kena la fikir byk faktor, kalau nak pi, jgn la susahkan org, parking bebetul, jaga kelakuan dan jgn sampai menyusahkan org2 sekeliling

      Delete
  7. Baik penjual, mahupun pembeli.. mungkin saat itu otak letak kat kaki... :(

    Popular surat Dr Hanie tu... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. gitu la lebey kurang kak cik....terlalu fanatik pun susah gak nih!

      Delete
  8. dya langsung x mampu..mahaiii..mampu bawal yg $10 je tau..owner Fareeda kena ambil prihatian tentang hal2 cm nih..jgn pentingkn dri sendiri..untung sendiri tanpa memikirkn org lain..iyer dak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, tak kisah la tudung pe kita pakai, janji aurat terjaga, cumanya kita byk pilihan tudung, tu yang mcm2 ada hihijijiji

      Delete
  9. klu camne....teraniaya la penduduk yang laen...kesian larr dorg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kesian, kalau sampai dah blok sana sini, tak bek la kan, cuba parking bebetul, tak de la org marah

      Delete
  10. dahsyatnya penangan fareeda..uik! menyusahkn org...sampai mcm tu skali sangggup smata2 tudung mahal ni.

    ReplyDelete
  11. Apabila hak dan kebebasan 'dirampas' secara sengaja atau tidak, memang sakit hati..

    ReplyDelete
  12. sometimes wonder kemana hilangkan sense manusia nowadays..

    ReplyDelete
  13. Pakai fareeda nampak muda 25 1/2 tahun kaaa... Kalau gitu ....hakakkk pun mauuuuu ...hahahhaha...

    Realitinya.....hakakkk pakai tudung sepoh hinggit jaaaa....

    Kesian Anyys Je .... Meroyan dia. Kalau CA ....hakakkk tabur paku payung ....lepas tu buka serbis tampung tayar....hhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehehhe tak bek balas2 gitu, samalah kita, aku pakai je apa yang aku suka dan selesa

      Delete
  14. Aku setuju ngan ko...hape ke pelik org2 tu sggup buat gitu...tujuan pakai tudung tu lebih kpd menunjuk2 sbnrnya...even mampu..
    Dulu penah jgk terdetik nak try beli paredah nih, tp bila suami tegur dia ckp mesti ada terasa dlm hati bangga bila pakai. Terus batalkan hasrat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku memang tak suka design dia, lagipun totally no to awning type

      Delete
  15. surat dok hanie tu mmg besttt.
    hehehehe

    nyata jelita

    ReplyDelete
    Replies
    1. nyata jelita! ciptaan allah semua jelita ok!

      Delete
  16. pergh... tidur kat kaki lima tu. aku tak pernah pakai fareeda sbb sgt la tak kena dgn aku ni. hehehe... tudung aku size xl. fareeda tak ada aku rasa.

    p/s: elly, aku nak pinjam ko punya manual note II boleh? hehehe... email aku. nuranisalya@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekekekekekek aku pun tak pernah pakai la beb, aku test kat kedai dia je, tapi nyata tak jelita kalau aku pakai ekekekekekkeke
      nanti aku email kemudian ye, ada kat umah la beb!

      Delete

Post a Comment