persoalan dari korang aku nak jawab nih

lps up entry pasal cuti ke grand lexis pd, ramai tanya mana aku sumbat bibik aku time bercuti kan....ekekekekkekekekekekeke
aku tak pernah diskriminasi atau bezakan bibik ngan sapa2, bagi aku once bibik tu join family aku, aku anggap dia mcm keluarga aku sendiri....aku tak kisah makan skali, tgk tv skali (ni tertakluk pada keadaan dan kesesuaian), tido in the same room or etc.....
tak tau la org lain kan, sebab lain org lain treatmentnya!
ok based on gambar ni ada 2 katil king size kan!
ok...yang belah kanan tu aku, pakwe dan aryan tido skali
dan yang belah kiri alyssa, aira dan bibik
dulu pi HRC Penang pun mcm tu gak.....
kalau aku amik bilik, baru aku sumbat bibik tu kat bilik len....anak2 semua ngan aku, aku amik extra bed!
aku tak akan letak anak2 aku ngan bibik, which anak2 aku pun tak ingin!
so dah terjawab kan! ekekekekkekekek
memang tak de privacy, tapi apa nak buat....biasanya kalau nak privacy aku cuti berdua ngan pakwe, dalam setahun mesti ada sekali event cuti berdua ekekekekkekekekekekee

dah alang2 korang tanya mana aku sumbat bibik kan....biar aku cite pasal bibik sket
kejadian ni berlaku smalam......kejadian aku ngamuk bagai nak rak kat bibik aku yang ku kira bingai, bongok, bodoh sombong dan yang sewaktu dengannya (sila abaikan mood aku yang masih geram lagi sampai saat ini)
dah 2 hari dia demam, malam berbungkus....aku ni majikan yang prihatin, aku bagi ubat apa yang patut....bila dah 2 hari tak kebah2, aku call smalam suh dia siap, aku nak balik umah bawak dia pi jumpa doktor
ko tau pe dia jawab????????????
"tak nak Puan, saya tak mau jumpa doktor"

aku tak kira, pasal kesihatan aku tak pernah nak berkompromi
tepat jam 5 petang, aku tamatkan kerja aku kat office, walau aku tau aku tak leh sebab kul 3 ptg aku masuk opis dek urusan kat LCCT & Bangsar
tapi dulik apa, aku balik
sampai umah, aku tgk, aryan dah mandi, aira tak tukar2 baju sekolah tadika dia, si bibik langsung tak siap

aku:  ko pesal tak siap lagi bibik?
bibik:  saya tak mau pergi Puan, marahlah, pukullah, saya tetap tak mau pergi

alasan dia mcm2 takut kena inject la, bila aku kata tak kena inject, dia bagi alasan jantung dia degup kuat plak, pas tu dia kata kalau makan ubat mata bengkak la, itu la, ini la, allergic la......hampir setengah jam aku bertegang urat ngan dia, memang aku jerkah dia smalam, volume aku tahap maksimum, dan ayat terakhir aku:

"babi pun kalau suh masuk kandang, dia masuk, ko ni manusia yang diberikan akal, berfikir, dah sakit mcm org apa, ko masih tak mau dengar cakap, manusia jenis apa, aku pun tak tau la!"

aku dah tak dulik, jiran nak dtg ke, apa ke, lantak, tanggungjawab aku sebagai majikan, bibik sakit, aku kena bawak jumpa doktor! itu aje! noktah!

akhirnya dia terpaksa gak jumpa doktor
sampai di klinik, memandangkan doktor tu kawan pakwe, aku terus ckp kat doktor maid aku demam dah 2 hari berbungkus, degil tak mo jumpa doktor dengan berbagai alasan, tolonglah periksa dan cakap dengan dia, sebab aku dah hampir hilang sabar

doktor tu cool gila ok! wahahahhahahahahhaha nasib la kena dengar aku bebel skali
lepas doktor check, aku terus sound bibik depan doktor......"sekarang faham tak kenapa saya suruh jumpa doktor????? utk periksa suhu....tgk dah 38 suhu tu, check tekanan darah, tgk ubat apa yang boleh atau tak boleh makan, sebab dia doktor dia tahu...saya bukan doktor"

lepas settle ngan doktor.....aku suh dia kuar dan aku slow talk ngan doktor
aku ckp kat doktor, yang aku bagi ubat demam sebelum tuh, sebelum ni kalau dia sakit kepala aku bagi je actifast atau ponston....doktor kata bibik makan tak?
aku jawab ntah la, aku bagi dia amik je, sebab dia yang mintak ubat2 tu, so far tak de la allergic ke apa utk ubat2 tuh....tu yang aku angin bila nak jumpa doktor dia bagi mcm2 alasan
sebab dia kata sakit jantung, kalau betul sakit jantung, fomema sure dan kantoi, dan dia tak akan ada kat umah aku skang....nak bohong pun agak2 la...
bibik aku ni memang kaki penipu sket, kaki penipu dalam skala kecik la....contohnya bila aku tanya dah lap belum pinggan tuh...dia akan jawab dah sebab takut kena marah....padahal aku tau kalau pinggan dah lap atau belum.....lagi ada hati mau tipu, selalu memang kantoi ngan aku la!
bagi dia, tipu mcm tu tak dosa....masih aku ingat incident dia bertekak ngan mak aku pasal ckp bohong tak dosa...seb bek ada cousin aku tenangkan mak aku masa tuh!
aku pun tak paham apa ada dalam hati dan perut dia, bab sembahyang satu hal, byk kali sound solat nampak kaki, bila ditegur ada je dijawabnya....berulang kali terjadi, dan berulang kali mak aku tegur, ada skali tu aku nampak terus aku sound:
"ko lipat aje telekung ko tuh, tak yah solat, solat tak tutup, aurat nampak kaki, ko ingat sah?  dah ingatkan banyak kali, tak mau dengar, buang masa je solat....ko ni bodoh sombong, ajar tak mau dengar, keras kepala, lama2 aku maki ko, makbul ko tau tak?"
nak kata aku tak bagi telekung, aku dah bagi yang kainnya cukup panjang....ishhhh tak paham betul aku la manusia cam ni!

bila sampai umah aje smalam, ingat aku nak diam diri??????
sambung bebel lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
"ko dengar sini bibik, ko ni jauh dari anak dan suami, ko ingat suami dan anak ko tak risau ke kalau ko sakit kat sini? jaga kesihatan, jaga makan, ni ko makan main bedal aje, mana tak sakit......anak ko sakit pun ko risau kan....sama juga mereka di sana, risau kalau tau ko sakit.....aku cakap utk kebaikan.....kita ni manusia, kalau sakit kena la usaha, makan ubat, jumpa doktor....len kali ko kalau sakit, ko duduk aje kat bilik ko tuh, selubung, jgn makan, jgn minum, jgn mandi dsb....duduklah sampai baik kat bilik tuh...bla bla bla bla ...."
wakkakakakakkakakakkakakakkakakkaka

smalam adalah hari gaji dia, dek kerana aku sangat sakit hati, gaji dia aku tolak kos perubatan dari gaji dia....so far aku tak pernah buat cam ni, tapi kerana terlalu geram, aku tolak gaji dia.....
ntah la, setakat ni, aku tak pernah tolak gaji bibik, pecahkan brg pun tak tolak, brg2 keperluan diri cam syampoo sabun, pad pun kadang2 aku belikan aje, tak pernah berkira, tu lom campur baju, seluar, pakaian dalam dll, aku tak pernah berkira, tapi yang nih??????????????????

lepas ni tak tau la drama apa bakal muncul.....dugaan dan ujian dtg silih berganti, sabar ajelah, moga ada balasan yang setimpal!





Comments

  1. Guna khidmat bibik ni memang kena ada persediaan fizikal dan mental yang kuat...

    Hai laaaa bibik!

    ReplyDelete
  2. nak maid baru tak? saya ble ganti ganti~~nanti ble ikut holiday~wee~~~~jangan risau~~saya jenis tak melawan cakap~keh keh~~

    *sabar ye kak~~

    ReplyDelete
  3. Garangnya....hahahahaha..
    Den raso, bibik ekau domam sebab takutkan ekau la..wakakakakakaka..

    Tu la pasal den selagi boleh takmau ambik bibik ni...Pelik diaorang ni..ada kawan den kena, siap dipuja nya patung dlm bilik...Part bibik ekau solat nampak kaki tu, ekau dah tegur sekali..cukup la tu...ekau dah terlepas tanggungjawab..dia pun dah tua bangka...so dosa dia, dia tanggung sendiri...wakakakakaka..apa apa pun, ekau tak kan tak tawwww kepelikan Islam Indon ni...kawin dgn kapir pun boleh tau...bermadu suami pun boleh tauuu...inikan pulak smyang takat nampak kaki....wakakakakakak...

    baik baik tawwww..
    kang kena mandrem dek bibik ekau...
    den tak tawwww...
    :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. wakakkakaka pesal lak takut ngan aku, sebab aku marah kalau dia salah je...kalau dia betul, wa okay je, tak kose nak marah2
      bibik ni mmg byk masalahnya, aku ni lak bab kebajikan memang aku amik berat, sebab tu aku selalu bebel kalau ada je benda tak betul, bab2 kesihatan tak leh kompromi beb, sebelum melarat lebih teruk, baik aku amik tindakan, kerja tinggalkan keluarga jauh kat kg tuh, jadilah individu yang lebih bertanggungjawab kan!
      ehhh bab2 mandrem nih aku mmg takut, cuma aku berserah pada Allah, segala apa yang aku buat kerana Allah, kalau dia nak buat lebih2 itu urusan dia dengan Allah, sebab Allah aje yang bleh kata kun fayakun!
      skang pun ada member yang kena mandrem ni, special mandrem dari indonesia.....kesian aku tgk dia....tapi tulah, tak semua org indonesia ni tak baik, banyak yang aku kenal baik2 belaka.....even maid aku yang sebelum ni pun okay aje, baik2, tapi yang ni memang nak menguji kesabaran aku betul! aku serahkan pada Allah, sebagai hamba aku redha apa jua yang terjadi selepas aku berusaha dan buat apa yang terbaik bagi aku dan keluarga!

      Delete
  4. Tu la nai, meletop suda! Demam ni bahaya tau kalau x dikawal!

    ReplyDelete
  5. haiiilah bibik..cer lah dengar kata majikan awk kan mudah.sama2 jumpa jgn penyelasaiannya.

    semoga awk tabah mengadap perangai2 bibik tu ya elly.

    ReplyDelete

Post a Comment