bapukung

ingat lagi entry aku pasal ni
kalau lupa klik sini
dalam banyak2 pengomen, ada sorang aje yang jawab betul tau

ooo ni kalo kite tgk mmg nampak kejam tapi sebenarnye ni teknik tidorkan baby bagi org banjar....namenye bapukung...org banjar suke buat gini ..baby tdo lagi lena katenyer....

tapi i tak sanggup you...lain org lain carenye kan...
terror ko lieya.....sebab ko terror aku bagi ko hadiah ye!
bak sini alamat, email kat aku di ellynadyra@yahoo.com or elly@sigmasetia.com

basically, ini memang dipanggil bapukung
adat org banjar
aku ni mak banjar, tapi ayah jawa, tapi aku berat pada banjar sebab dari kecik aku duduk ngan nenek
jadi semangat banjar aku kuat sket la
nak speaking banjar ngan aku?
bleh sket2 ... skill masih ada ye

so further explanation, aku copy pastekan hasil google aku 

  Bagi masyarakat Banjar, budaya berendoi mereka unik sekali. Kedudukannya nampak tidak selesa dan jika salah faham boleh ditafsirkan seperti mahu menjerut bayi. Sebenarnya, budaya yang dinamakan ‘bapukung’ bukan sekadar untuk majlis cukur jambul tetapi dipraktikkan sejak dahulu sehingga ke hari ini. Di mana sahaja, bayi diletak dalam buaian dalam cara yang sama 

Pelik melihat budaya ini kerana kedudukan bayi bukan dibaringkan dalam buaian tetapi diletak seperti sedang duduk dan seterusnya ada ikatan sehelai kain batik lain yang menjerut badannya di bahagian atas (bahagian leher). Walaupun keadaan bayi kelihatan amat menyeksakan, namun sebenarnya, keadaan sebegini menyebabkan bayi tersebut merasa selesa seperti badannya sedang didakap erat. Budaya bapukung sebenarnya satu kaedah popular untuk memberikan rasa selesa dan dakapan kepada bayi untuk membolehkannya tidur lebih lama tanpa rasa terganggu.
Menurut Asmah Ramli (2012) dalam rencana oleh Azrul Affandi Sobry, bayi seawal usia sebulan sudah boleh dipukung. Bayi akan merasa lebih selesa berbanding kaedah buaian yang biasa. Memang kelihatan seperti terseksa tapi sebaliknya bayi lebih selesa dan dapat tidur lama. Kanak-kanak sehingga usia sembilan bulan masih boleh dipukung. Cara membalut bayi mestilah kemas dan padat untuk membolehkan bayi merasa seperti dalam rahim ibu. Biasanya, orang Banjar akan membuat satu pondok kecil sekadar boleh memuatkan buaian bapukung dan sesuai dihayun ke depan dan ke belakang (Asmah Ramli, 2012 dalam rencana ‘Bapukung Buai Bayi Tidur Nyenyak, Selesa’ oleh Azrul Affandi Sobry).
Justeru, orang Banjar yang berkebun dahulu tidak ada masalah membawa anak bersama ke kebun dengan menggunakan bapukung. Pada kebiasaannya, ketika mendodoi anak dalam bapukung, ada nyanyian khusus yang digelar ‘dudoi lagu Banjar’. Asmah Ramli (2012) mengatakan lagu yang dinyanyikan adalah seperti berikut,
“Yun ayun anakku ayun, ayun di dalam, dalam ayunan, lakas bakijim lakasi guring, umak aur banyak gawian. Lailahaillallah Nabi Muhammad pasuruh Allah. Yuna dinana anakku guring, guring di dalam, dalam Bismillah, jauhi culas jauhkan kulir, kus samangat hidup baiman”.
Dodoian sekadar perlahan ke depan dan ke belakang tanpa perlu henjutan seperti buaian lain. Tidak sampai beberapa lama, matanya mula terpejam dan terlena. Menurutnya lagi, jika dibiarkan begitu, bayi itu akan terus lena tanpa perlu didodoi lagi.
Menurut temuramah yang telah dijalankan iaitu Encik Samsudin Bin Jilani berumur 62 tahun pula, beliau telah menceritakan serba sedikit mengenai masyarakat Banjar, pukung adalah salah satu cara yang digunakan oleh orang Banjar khususnya bagi menidurkan bayi. Mereka akan membuat buaian menggunakan kain batik atau pelikat. Buaian ini akan dipanggil ayunan.
Bayi akan diletakkan di dalam ayunan dengan cara bayi tersebut akan berada dalam keadaan duduk dan kain tersebut akan diikat sehingga ke bahagian leher bayi tersebut. Oleh itu, bayi yang berada dalam pukongan hanya akan menampakkan kepala sahaja. Bayi yang berada dalam keadaan ini membolehkan mereka tertidur. Ini merupakan salah satu cara yang berbeza daripada masyarakat lain bagi menidurkan bayi.

sumber cilok dari sini

keluarga aku lama dah tak amalkan budaya nih hehehehhe serasa aku dari aku kecik lom pernah nampak atuk dan nenek buat cam ni hehehehehehhe
so ada sesapa yang masih amalkan?

Comments

  1. yeay!!! rezeki aku la nieh...

    hokey2 alamat dah email tadi...kat email yahoo ko...cek key...

    ReplyDelete
    Replies
    1. received!
      once courier aku bgtau, sebab aku tgh dlm kadar lembab kalah siput khinzir skang nih!

      Delete
  2. fuh...ngeri rietta tengok...xnak la...tkut kang salah ikat trus terjerut...

    ReplyDelete
  3. meh aku terai bahasa Banjar...

    takalipik nengok buai nang gitu..

    hahhahahhaaa.....
    buleh..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoiiiii betul ke tu, cam pelik aje wkakakakakkaa ayuhakkkkkkkkkkkkkkkkk dr singa, napak ngan ikam?

      Delete

Post a Comment