Susulan WW 23/10/2013

memula niat di hati saja kasi up gambar panas nih hahhahaha
tak mo cite byk2 sebab aku ngan pakwe mmg redha dan bersedia
saja memahat memori kat blog aku nih untuk kenangan di hari tua
ahaks!

ini cerita pakwe
aku share ngan korang ye
sekadar perkongsian bersama

pinjaman pelajaran yang di buat oleh pakwe, perjanjian ditandatangani pada 22/05/1991
untuk melanjutkan pelajaran di University of Missouri Rolla, Amerika Syarikat 
tamat pengajian pada penghujung 1996 
6/5/1997 pakwe hantar surat ke JPA report yang dia dah abis belajar
hantar skali surat tawaran kije, salinan transkrip dan sijil

as time goes by, kawan2 dia dah mula kena bayar balik
dia tak dpt surat apa2 dari JPA
pinjaman adalah pinjaman boleh ubah
maksudnya pinjaman boleh convert jadi biasiswa

dia cool aje tak dpt surat
dlm erti kata senang wat derk 
katanya ingat dah convert jadi biasiswa
tapi satu dokumen atau notification langsung tak de

2 minggu lepas, mak mertua sms aku
surat kt atas sampai bla bla bla
wakkakakakkakakakkakakaka
gelak ajelah kan, takkan nak nangis

makanya 2 hari lepas, hari selasa, kitorang ke JPA la
aku dah siapkan draf surat, dokumen bagai yang derang nak tu
siap dengan bank draf utk bayaran pertama

lepas ke kaunter dan tanya sket2
dpt  la sket info
tapi setakat tanya budak kat kaunter bayaran tu apa la yang dia tau
kita lak tak tau pegawai mana yang akan in charge kes kita

katanya kalau pinjaman boleh ubah
boleh wat rayuan
kita bayar 25% aje dari jumlah pinjaman
so tunggu la dlm 2 minggu untuk tahu status
ok!
kalau tak de respon, aku yang akan call korang bertubi2

so persoalannya:
  1. nape la baru sekarang korang anto surat dah suh buat bayaran?  apa cer kan......selepas 16 tahun baru ko anto? terus aku nampak sistem korang yang cam ribut
  2. pastu bukan ko nak explain bagai...patutnya bila kita pi JPA, ada seorang pegawai yang in charge kes2 begini, jadi kita boleh terus tanya dan settle dengan baik

tindakan selanjutnya dari pakwe:
  1. surat dah respon, dokumen dah bagi, payment pertama dah buat pun
  2. skang nak buat rayuan la kan, sebab pinjaman ni pinjaman boleh ubah, harap2 berjaya utk dptkan bayaran 25%  aje dr jumlah pinjaman
  3. bagi pakwe bayar tetap bayar, kalau dah kerajaan suh bayar, kita bayar ajelah, sebab mmg pun pinjaman tu untuk membiayai dia pi blaja.....kalau kita tak bayar, seperti kita menutup peluang org lain yang JPA nak taja or tanggung untuk pi blaja lak
  4. bagi pakwe jugak, kerajaan dah tanggung dia blaja, kerajaan bantu dia macam2, makanya inilah masa dia bayar balik pada kerajaan.....katanya lagi, selama ni dia dah pun bantu kerajaan dengan meningkatkan penghasilan minyak.....alhamdulillah dengan teknologi yang pakwe dah design dan patentkan, penghasilan minyak dari telaga2 lama telah meningkat....ini pun cara dia bayar balik budi kerajaan pada dia
  5. bayar ajelah amount yang disuruh tu sampai la rayuan diperkenankan, jumlah agak besar la kan nak bayar, so proses rayuan is a MUST la kan kihkihkih
  6. lagipun tak nak la sapa2 yang jadi penjamin ada masalah kan, sebab bila kita tak bayar pinjaman ni, penjamin2 akan kena tempiasnya lak, kesian derang nanti
itulah citenya
ada sapa2 yang wat pinjaman tak dpt surat lagi suh bayar
atau ada yang wat pinjaman tapi tak bayar2 walau dh dpt arahan suh bayar
ekekekekkekeke

untuk aku lak
aku dulu belajar universiti dlm negara aje
sebab aku mmg tak nak ke luar negara

ada skali aku dpt interview untuk scholar USM sambung master dan  PHD bagai
aku pi la interview
sampai2 kat sana, dia kata suh choose universiti luar negara
masuk interview selamba aku choose universiti dlm negara
alasan aku mudah aje:
kita ada byk twin, join dll programme
tak yah pi luar negara
blaja dlm negara pun sama pe
terus aku gagal dlm interview tu wkakakakkakakakkaka
kan dah kata, aku tak mo blaja kat luar negara 

aku blajar dulu wat pinjaman gak
pinjaman boleh ubah gak
aku buat dengan Yayasan Johor
tak la byk mana jumlah pinjaman
setakat blaja kat ITM
yuran satu semester baru RM90
asrama makan free aje
duit blaja ngan duit  nak beli buku  je
duit pinjaman + duit mak ayah mmg cukup sangat2
kdg2 berlebih, dpt la enjoy sket
alah, setakat enjoy pi makan best2 sket je pun
kihkihkih
akhirnya pinjaman aku diconvertkan jadi biasiswa
bayar 30% aje
yeayyyyyyyyyyyyyy
dan dah lama abis bayar
kihkihkih
alhamdulillah!





Comments

  1. Budak cemerlang la ko ni kan? Hoho...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak la cemerlang mana pun .... sama je ngan org lain....cuma ada sedikit kelebihan yang tak de pada org len, dan aku juga ada kelemahan yang org lain tak de tau hehehehehhehehe

      Delete
  2. Fuh...lamer gila....bahayakan klu xdpt surat pape....xtaw apa berlaku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau panjang umo, sempat la bayar abis, kalau tak panjang umo, ntah la rietta

      Delete
  3. Senang kata sekarang kerajaan dah terlalu banyak berhutang jadi hutang lapok rakyat termasuk pelajar seboleh-bolehnya nak digali utk tampung hutang kerajaan. Yg duduk 'diatas' sana buat projek entah apa-apa lagi perlu duit - rakyat diutamakan konon (diutamakan sebab kena tolong bagi duitlah...)

    Eh... apasal kakak melalut pulak ni elly:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju ngan hujah akak...sangat2 setuju!
      tak melalut kak, ini perkongsian bersama kan, saya suka hujah akak!

      Delete
  4. kes ni sama macam kes kakak aku. beza nya kakak aku buat pinjaman beli motor. last check final payment ada baki lagi RM 0.02 sen. tapi ye la manusia ni pun ala 2sen aje, nanti² la pi bayar.

    nah kau lepas beberpa tahun datang surat lawyer total kena bayar balik semua sekali almost RM5K! terjojol biji mata memasing.

    yang aku bengang bila tanya tokey kedai tu, dia boleh jawab, customer saya ramai maa. hampir 4ribu orang. mana boleh saya track semua?

    memang BONGOK jawapan tu kan? bila call lawyer dia, lawyer tu cakap dia pun tak leh buat apa sebab hitam putih dah keluar. hendak tak hendak bayar la kakak aku.

    so aku agak kalau kau tanya soalan yang sama kat JPA, ada tak depa akan jawab macam tu? peminjam JPA ramai maa. hampir 4juta orang. mana boleh track semua itu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. beb, gua tak dulik sebab bukti surat yang dihantar pada derang tahun 1997 masih ada dlm simpanan, so sapa salah?
      kita dah report abis blajar, dah kije bagai, nape derang tak anto surat respon dan bgtau apa yang kita nak buat
      as human, kita kalau org tak suh bayar dan tak kuarkan notifications bagai, of course la kita ingat dah convert jadi biasiswa....masa tu pun darah muda, baru abis blaja, tak disuruh bayar, mmg tak bayar la kan, tapi tak de hal, disuruh bayar sekarang pun, tetap gak akan bayar, tanggungjawab kita sebagai peminjam tuh
      kalau tak camner generasi akan dtg nak blaja kalau kita tak bayar balik duit kita pinjaman tuh
      yang aku nak highlight kat sini cuma camner derang wat kije, camner system derang sampai laki aku dah umo 40 baru dpt surat gaya camni
      kelemahan sistem derang? kelemahan pekerja? atau kelemahan kita sendiri sebagai peminjam?

      Delete
    2. masa lepas hantar surat kat sana, ada tak pakwe kau call tanya pasal surat tu? dia tau tak someone yang handle kes dia?

      Delete
    3. biasalah budak lelaki, mana de amik kisah nak follow up pun, ni pun masa pi JPA aku yang wat surat, siapkan dokumen bagai heheheheheheheh

      Delete
    4. bahaya tang tu elly. takut depa tak terima surat tu.

      Delete
    5. itulah nak wat camner tata, masa tu aku lom kenal pakwe lagi akakkakakakakakakka
      tapi masa aku pi JPA baru2 ni , semua surat aku suh dia endorsed and signed bahahahhahahaha

      Delete
    6. good for you.

      tak pe insyaAllah lancar semuanya. nanti apa² update beritahu eh?

      Delete
    7. ada berita nanti aku update, yelah mana tau kot2 ko nak tlg bayarkan sket kan kihkihkih

      Delete
    8. tolong bayar kan tak la, tapi at least aku boleh tolong bagi sokongan moral aje.

      hehehe

      Delete
  5. Kalau status nya convertible loan, jgn risau...selalunya mmg akan di ubah jadi bayar sikit...My case dulu kak, convertible loan MARA...tapi jadi free 100% la sebab buat kursus kritikal, dan lulus...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah, tak risau, sebab budak kat kaunter tu pun ckp camtuh hahahahhahahah
      amboi best la ko kan, tak yah bayar balik

      Delete
  6. Perghhhh...lepas 16 tahun baru nak bagi surat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhehehehe apa nak buat, nasib badan

      Delete
  7. Haru biru jadiknya.. Insya Allah dipermudahkan. Selalunya konpem la dpt diskaun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan biru aje, mcm2 kaler ada ni ar, dah cam pelangi gamaknya hehehehehhee
      hope so with that discount

      Delete
  8. Itulah kadang2 mungkin terlepas pandang, pas tu pindah sana pindah sini tukar kerani sana tukar kerani sini last2 bary jumpa. Selagi tak menimbulkan masalah yg besar redha jelah...

    Suka cara you terima semua ni positif!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, itulah punca masalahnya
      try to be positive.....insya Allah!

      Delete
  9. huhuhu.... risau jugak kalau gini. apo nak buek... kena bayar la jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha apa lagi bayarlah kan kikikiki

      Delete

Post a Comment