alyssa final exam SRA 2013

result dah kuar 
dia tunjuk result


tau nape paper tauhid ni dpt 96%?
sebab alyssa lupa jawab soalan last page....satu soklan carry 4 marks
kalau dia jawab confirm dpt 100% sebab soklan tu senang gila
dan ustazah kata kalau dia jawab soklan tu, dia akan dpt nombor 1
itulah kecuaian alyssa selalunya, tertinggal utk jawab soalan

nape paper bahasa arab ni dpt 98%?
sebab dia tersalah match
anyway aku kagum dia score paper bahasa arab sebab sepanjang dia blaja, aku langsung tak ajar dia bahasa arab sebab bahasa arab aku memang fail
lagipun masa kat ITM, aku amik bahasa mandarin


dengan peratusan 98.8 %
alyssa dpt nombor 5 dari 35 org pelajar dari kelas dia
basically aku bangga dengan pencapaian alysa
kalau diikut jumlah markah, alyssa jatuh nombor 3
tapi dia berkongsi nombor 3 tu, dengan 8 org kawan
setelah tah camner ustazah kira, alyssa jatuh nombor 5
aku mmg tak kisah sangat pasal nombor tu, sebab bagi aku pencapaian alyssa dah cukup bagus utk aku
syukur sangat2 dan yang penting bagi aku adalah dia faham apa yang dia belajar dan dia bleh praktikkan utk kehidupan dia
alhamdulillah alyssa masih kekal di kelas pertama utk tahun hadapan
cabaran agak besar utk alyssa, berada di kelas pertama mmg tak mudah
aku dpt tengok dia agak stress setiap kali nak exam
sebab dia takut turun kelas

so aku ngan pakwe cool ajelah bila tgk alyssa dpt nombor 5
maknanya kitorang tak yah la attend hari penyampaian hadiah
tup tup

kena gak kitorang attend majlis anugerah kecemerlangan
bukannya apa, di waktu yang sama tu, ada parents teachers day kat tadika aira dan aryan
dan aku dah wat confirmation slot aku jam 9.30 pagi
tengahari tu plak ada akikah anak officemate kat bangi
dan petang tu aku kena berkejar ke stadium selayang 
ada game selangor vs kl
nak skodeng dan support subsidiary kitorang arrange game ni
aku wajib dtg sebab 3 hari aku dok balik lambat utk budget bagai
so aku berharap ada ROI la kan!
nanti aku up entry pasal game bola ni di entry lain ye

tapi anak punya pasal
aku terpaksa reschedule semua program
makanya pagi2 aku sekeluarga dah tercongok kat sekolah agama alyssa 
bangga dengan ibu bapa yang prihatin tentang perkembangan dan pencapaian anak2
kalau nak diimbas time aku
mak ayah aku tak pernah dtg masa aku amik hadiah atas pentas
hatta masa aku giat bersukan, amik pingat bagai
mewakili sekolah bagai
tak pernah sekali mak ayah dtg, tapi aku faham kesibukan mereka bekerja mencari rezeki utk menyara kami sekeluarga
yelah, kami bukan org senang, kalau mereka bercuti, hilanglah punca rezeki kami
sebak lak rasa menaip bait2 ayat ni, bergenang air mata kalau aku ingatkan masa2 itu

berbeza dengan anak2 zaman sekarang
aku sendiri sedaya upaya luangkan masa utk anak2 aku
sedaya upaya utk sokong mereka
alyssa dah start queue utk amik hadiah

kalau last year dia cool aje beratur
 this year dia complain bosan la beratur lama
 naik pentas first round utk anugerah mumtaz
kelayakan mumtaz adalah utk keputusan 95% ke atas
sangat terkejut, ada 61 org mumtaz utk darjah 2
ramainya anak2 yang bijak kan

amik hadiah dari presiden PIBG En Iqbal
dah mcm ayah angkat alyssa En Iqbal ni
 anak2 selalu ikut aku ngan pakwe utk berbagai aktiviti
jadi kalau setakat sekolah agama ni, rata2 cikgu semua kenal alyssa 
ko jgn wat hal ye alyssa kat sekolah, masak kang mama ngan papa ko

 round kedua utk mata pelajaran terbaik:  Fekah
ntah la camner ukuran mata pelajaran terbaik tu diukur
 amik hadiah dari guru besar
 inilah hadiah alyssa
 mama pun nak posing gak
kembang kempis idong mama ko tau tak wakakkakakakkaa
ini hadiah utk mata pelajaran terbaik tahap 2:  Fekah
hadiah utk mumtaz plak
 

alhamdulillah atas kurniaan dari Ilahi
tahniah ye alyssa, mama ngan papa bangga dengan kejayaan alyssa

bukan setakat itu
di minggu akhir persekolahan
dpt surat ni plak
aku tandatangan kebenaran utk perlantikan ini dengan bermcm2 rasa
seb bek la baju sekolah ngan tudung masih mcm biasa warna putih
kain warna merah
tapi kasut dan setokin warna hitam
uwaaaaaaaaaaaaaa apa aku nak buat ngan stok dlm almari tu
nak pakai kat sekolah kebangsaan pun tak bleh dah
sekolah kebangsaan pun ada perlantikan yang sama
wakkakakakakakka

Comments

  1. kena lawan daddyZZZ ni..
    kena bagi Audi8 sejibik ni!!!!

    ReplyDelete
  2. kak elly, siapa yang pakai kan alyssa tudung? kau kah atau bibik kah atau alyssa sendiri kah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku la. Bibik dh xde. Plus senget benget bila dia beraktiviti time bertudung.

      Delete
  3. apsal bibik dah takde? dia pi mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://ellynadyra.blogspot.com/2013/05/cite-bibik-laritentang-bibik-dan-yang.html
      itulah ceritanya!
      aku tak garang, tapi aku tegas orangnya, bila tegas, automatic aku garang!
      tapi tak rugi pun dia lari....i still can stand with smile in my face!

      Delete
    2. dah lama bibik tu dengan kau?

      Delete
    3. hampir setahun
      tapi yang ni mmg sengal bengal ok!
      compared to the previous one.
      sebelum ni, 2 maid kerja ngan aku, both ok, aku layan mcm keluarga, maid tak pernah aku beza2kan.....abis service aku anto derang sampai kampung, jumpa family derang.........siap tido umah derang.....so aku sangat kecewa maid yang lari ni berperangai begini, sedangkan aku layan dia seperti keluarga.....tapi aku tak terkilan sebab aku layan dia sehabis baik, cuma dia adalah antara kalangan insan yang tak bersyukur....semoga dia bahagia dengan jalan dia pilih, aku redha seredha2nya, semoga dibukakan hatinya untuk insaf, jgn buat kat org len mcm tu lari sana sini, nak balik, nak brenti kerja bgtau, aku tak de hal pun....in fact aku dah tanya dia awal2 samada nak continue atau brenti...dia pilih nak continue, tapi dia lari...huhuhuhu

      Delete
    4. hantar sampai kampung diorang? orang mana para bibik-bibik kau ni kak? tempatan atau foreigner?

      Delete
    5. org indonesia la, belah2 surabaya nun....aku dah kuar masuk byk kampung kat belah surabaya nun....aku ada wat audit utk company
      http://ellynadyra.blogspot.com/2012/04/mari-ke-kantor-dan-lapangan.html
      http://ellynadyra.blogspot.com/2012/04/mari-ke-kantor.html

      Delete
  4. Alhamdulillah. Pandainyaaaa Alyssa. Tahniah yer

    ReplyDelete
  5. tahniah alyssa....banyak pencapaian dia...berkat usaha elly ngan pkwe elly....bertuah dorg ada parents cam elly taw....

    errr...stok tu tunggu aira plak lerr...hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah rietta, tq byk2
      stok tu may be bleh gak disedekahkan pada org lain

      Delete
  6. itu la. budak2 sekarang ni cpt sgt stress kalau nak periksa. kesian. aku dulu siap kena panggil dgn cikgu kenapa la math asyik drop je. sy stress la cikgu walhal malas nak blaja. ngeeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. byk kan alasan ko, report kat mak ayah ko kang

      Delete

Post a Comment