ABAH: 24/01/1947 - 13/01/2014

as promise yesterday
entry hari ini adalah utk salah seorang insan kesayangan dlm hidup aku
sapa dia?
tadaaaaaaaaaaaaaaaa
menelusuri entry hari ini
korang akan tau sapa dia di hati aku


9/1/2014:
aku masuk office jam 12 tengahari mcm biasa lepas habiskan sesi fisio kat HUKM
pakwe lak ada meeting jam 12 tenghari kat Mandarin Oriental
kami bawak kereta berasingan hari ini
tak lama masuk office, pakwe call
pakwe:  u kat mana
aku:  office
pakwe:  i baru sampai parking kat KLCC, dpt call abah pengsan dan jatuh, derang dah bawak ke hospital muar....nak ikut i balik muar tak?
aku:  eh mestilah nak ikut (gila tak ikut?  pak mertua aku tuh yang jatuh pengsan)
pakwe:  i pick up u kat office

aku pun kemas2 apa yang patut
tak lama tu....
"eh bukan aku bwk keta sendiri ke? jumpa kat rumah la patutnya, kang sapa lak nak bwk keta aku balik umah....kalau assistant aku pandai bwk keta mmg dia la mangsa aku utk bwk balik keta tu, sebab umah dia dekat"
so aku cepat2 call pakwe, suh jumpa kat umah aje
sampai umah aku terus la amik charger handphone (sebab bateri handphone dan note aku semua hampir nazak)
anak2?
aku tinggal kat nursery aje dulu sebab mmg rush sangat2 masa tu

perjalanan ke hospital muar mmg dengan kadar pecutan kereta yang melebihi had laju
aduhaiiii bwk keta baru ni, nak charge handphone tak bleh plak, sebab tak beli lagi dia punya aksesori
end up bertabahlah dengan tenaga bateri yang tinggal
so facebook la menjadi medium utama utk mewar2kan berita kepada kaum keluarga selepas beberapa panggilan telefon dibuat yang mengakibatkan handphone pakwe terus kong!

sampai dihospital muar
abah masih belom sedar, masih lagi di zon kritikal ICU
nak jengok tak bleh, kena tunggu gak doktor panggil

isteri muda abah kata, abah kerja kat gerai makan depan umah tu
tetiba pengsan dan jatuh

selepas beberapa jam menunggu, doktor pun panggil waris
pakwe bangun dan aku follow pakwe
dr kata abah ada darah beku kat kepala, saluran darah dah pecah
peralatan di hospital muar tak mencukupi
makanya perlu dipindahkan ke hospital johor bharu secepat mungkin

aku ngan pakwe uruskan semuanya
tak de sesapa bleh follow dlm ambulance

kami teruskan perjalanan ke hospital johor bharu
singgah rumah abah, untuk adik ambil barang2 yang patut kat rumah
anak abah yang sulong ikut aku dan pakwe ke JB
adik2 yang dari KL dah aku arahkan terus aje ke johor bharu

di johor bharu, adik ipar dari KL dah uruskan abah di zon kritikal ICU bersama dengan mak mertua
kami sampai, abah masih belum sedar dan masih ditempatkan di ICU

10/1/2014:
doktor buat keputusan utk tebuk lubang di kepala abah utk keluarkan air dan darah, tapi perlu menunggu bilik pembedahan kosong
jam dah 12 malam, kami amik  keputusan berpatah balik ke KL untuk uruskan anak2 memandangkan abah tiada perubahan
anak2 semua tido di nursery, dan aku cadang pick up derang lepas subuh
sampai KL jam 3 pagi, dan adik ipar SMS abah telah masuk bilik pembedahan
jam 6 pagi, adik ipar SMS lagi, pembedahan telah selamat dilakukan....tengah menunggu progress abah

jam 6.30 pagi aku ke nursery anak2 pick up derang bertiga
pagi tu, aku hantar alyssa ke sekolah mcm biasa dan amik keputusan utk bwk aira dan aryan ke johor
memandangkan adik perempuan aku bercuti ke phuket, makanya alyssa aku mintak cousin pakwe jagakan utk semalam dan malam berikutnya adik aku balik dari phuket terus amik alyssa

settle semua hal, aku gerak ke JB jam 10 pagi ngan pakwe, aira dan aryan
nape tak bwk alyssa?
sebab aku takut kes abah ni drag lama, jadi aku akan lama di johor
alyssa dah sekolah, aira ngan aryan ni tadika lagi, jadi tak pe la kalau ponteng lama

sampai di JB betul2 waktu melawat
aku lawat abah
abah masih tak sedar
masih begitu lagi
tapi ada aliran air mata di matanya
matanya terbuka sedikit, tapi dia tak mampu berinteraksi apatah lagi berkomunikasi

11/1/2014:
abah masih lagi tiada perubahan
hari ni majlis meraikan pengantin which is cousin aku, rumah pengantin perempuan dekat betul ngan umah mak mertua
aku cadang nak pi sat
baru aje sampai di rumah pengantin perempuan, adik ipar call pakwe
katanya doktor nak jumpa utk bincang hal abah
pakwe kata biar dia pi spital sensorang, sebab anak2 mana leh masuk
aku okaykan aje, pandailah nanti aku nak balik sebab uncle and auntie aku kan ada

selepas beberapa jam, pakwe bgtau:
doktor bagi option
option pertama, abah akan jadi terus begitu, guna support machine, tapi nanti paru2 rosak
option kedua, tebuk lubang kat leher abah, utk bagi dia bernafas secara normal...dan selepas siap prosedur, boleh bawak abah balik rumah dan tunggu sahaja
sedihnya hati, abah berada di stage ke 4 rupanya

pakwe discuss ngan adik2 tiri dia, ngan mak dia dan juga ahli keluarga yang lain
sepakat utk pilih option kedua
tapi perlu menunggu bilik operation kosong
doktor pun advise la apa akan jadi dan hal2 lain kalau kami memilih option kedua

lepas berbincang dan mendapatkan keputusan, kami sepakat bwk abah ke KL selepas prosedur selesai
kami akan tempatkan abah di nursing home centre berdekatan ngan umah aku ngan pakwe, sebab adik2 tiri semua duk area KL
umah kami kurang sesuai, abah perlukan air cond 24 jam, dengan berbagai peralatan dan penjagaan rapi

12/1/2014:
keadaaan abah masih lagi begitu
waktu melawat, skali masuk bleh 2 org aje
aku masuk abah bukak mata
aku ckp kat telinga dia aku dtg melawat, dan ramai lagi dtg nak melawat abah
ada linangan air mata di mata abah
tangan dia kadang2 bergerak

pakwe cadang nak balik ke KL mlm ni memandangkan keadaan abah dah lebih baik dari hari pertama
balik utk survey nursing home centre area bangi or seri kembangan
aku dah ada list, tinggal utk buat site visit aje
lagipun, kalau bertangguh takut2 abah dah siap prosedur di hospital JB, tapi nursing home centre blom ready
masalah la plak kan

kami gerak lepas abis waktu melawat tengahari itu
singgah muar hantar adik tiri kat umah abah
teruskan perjalanan ke KL semula
sampai KL jam 9.30 malam

aku kemas baju2 kotor
byk betul baju tak berbasuh
kemas juga apa2 yang patut
alyssa ngan aira nampak sangat penatnya
ohhhh camner alyssa ada?
cousin pakwe yang alyssa tinggal umah dia tu, turun JB gak
ramai betul adik bradik mak mertua, ipar duai, saudara mara dtg lawat abah kat hospital
tak terkecuali mak ayah aku
alhamdulillah, rezeki abah

hampir jam 12 baru aku ngan pakwe dpt merebahkan badan utk tido
cadangnya esok pagi mmg nak kena survey nursing home centre utk abah
lps tu travel semula ke JB
bawak aryan aje kot kali ni
sebab adik pompuan aku ada, so aira ngan alyssa bleh stay ngan dia

13/01/2014:
tak sampai seminit merebahkan badan
telefon pakwe berbunyi
adik dia call dari hospital:
"abah dah tak de"

innalillahiwainnalilaihirojiun

betapa tabahnya pakwe aku
dia terima berita dengan tabah skali
saat aku peluk dia, baru dia menitiskan air mata
kalau aku berada di tempat dia, ntah la camner agaknya

serta merta lepas dpt call, kami bingkas bangun
beg yang kami turunkan dari kereta tadi, aku isi dengan keperluan yang aku kira patut di bawa
aku panggil adik perempuan aku
bgtau dia abah dah tak de
aku tinggalkan alyssa dan aira dengan dia
aku bwk aryan sahaja
aku pulak tengah demam masa tu, badan mmg tak larat, jadinya adalah lebih baik aryan saja aku bawak

aku ckp kat pakwe, kita terus ke hospital JB
uruskan jenazah

otw pakwe yang drive
aku tak berani tido
sebab kami mmg tak tido seharian
keluarga sepakat nak kebumikan abah di muar

berhenti few times, aku asyik nak buang air aje
pakwe lak amik masa utk hisap rokok
kasi segar mata

tiba di kulai jaya
mak mertua call tanya  lokasi kami
mak mertua suruh kami patah balik ke muar, rumah kakak abah, sebab jenazah telah selesai dimandikan dan dikapankan dan telah melepasi tol skudai
kami exit dan patah balik ke muar

kami sampai di muar, rumah kakak abah jam 4 pagi
menanti untuk dikebumikan jam 10 pagi
jadi urusan utk pengebumian perlu dilakukan seawal pagi
semua tu pakwe dan adik dia yang uruskan

waktu berjaga dah menghampiri 30 jam
mmg aku lalok dah
akhirnya aku lelapkan mata utk 20 minit dengan pesanan suh mak itam aku kejut
alhamdulillah rasa segar sket lepas dpt lelap 20 minit
pakwe langsung tak dpt lelap sebab sibuk uruskan urusan pengebumian
yelah byk surat dan prosedur nak kena follow

menghampiri jam 10 pagi
ramai saudara mara, sahabat handai, kaum keluarga membanjiri rumah kakak arwah abah
aku panggil kakak abah ni cik ara
jenazah di bawa ke surau berhampiran rumah cik ara utk disembahyangkan

usai solat jenazah,
jenazah di bawa ke tanah perkuburan islam Bakri
menaiki van jenazah


alhamdulillah pakwe dapat menyempurnakan jenazah abah
talkin
3 adik lelaki tiri pakwe, sama2 duduk mendengar talkin 
seriously aku sedih sangat2 masa ni
atas pemergian pak mertua
melihat seorang demi seorang adik tiri 
seramai 7 orang hasil perkahwinan pak mertua dengan isteri ke 4
masing berumur antara 18 tahun ke 1 setengah tahun
anak sulong abah bersama isteri ke 4
seriously aku dpt saksikan ketabahan kakak menghadapi saat2 getir dan sedih begini
semoga kakak dpt menggalas tanggungjawab dengan baik
jgn lupa kami, abang dan kakak sentiasa ada utk membantu
mak mertua aku
isteri pertama arwah abah
selamat bersemadi abah 
semoga abah ditempatkan bersama-sama mereka2 yang beriman dan beramal soleh


alhamdulillah ramai yang dtg melawat abah di tanah perkuburan
yang jauh dan juga yang dekat
terima kasih banyak-banyak dari kami sekeluarga
atas doa dan segala bentuk bantuan dan sokongan
hanya Allah yang mampu membalasnya
amin!

urusan abah mmg dipermudahkan olehNYA
sakit yang tidak lama
urusan mandi dan kafan yang sangat cepat
urusan sembahyang, dan pengebumian yang berjalan dengan lancar
masih aku ingat jenazah arwah abah senyum
muka cerah walau hakikatnya abah berkulit sedikit gelap

usai selesai urusan pengebumian, kami semua mengisi perut yang masing2 kosong sejak pagi
pulang ke rumah cik ara, berehat sebentar sebelum mengadakan tahlil ringkas bersama kaum keluarga

selepas bersurai semuanya
aku dan pakwe ambil keputusan utk stay aje di muar sehingga selesai kenduri arwah utk 3 malam
mak mertua dan adik ipar pun turut serta
mak ayah aku pun sama join 
so kami ambil keputusan check in di traders hotel sahaja
senang utk kami berulang ke surau di mana kenduri arwah akan di buat, dan dekat juga utk berulang ke rumah abah dan saudara mara yang lain

kenduri arwah malam pertama di surau berdekatan rumah cik ara selepas solat isya'
alhamdulillah, jemaah ramai juga
sebab sekali dengan sambutan maulidur rasul
ada ceramah maulidur rasul lepas maghrib

14/1/2014:
alhamdulillah dpt cover hutang tidur yang tertunggak
badan pun rasa segar sket
lepas breakfast kat hotel, kami siap2
hajat nak ziarah pakcik dan makcik aku dengan ngan area sabak awor
dan juga ziarah auntie (isteri ke 4 arwah abah)
aku panggil dia auntie 
dan juga ziarah adik2 tiri yang 7 org tu
aku tau derang sedey dengan pemergian abah
kami juga mengalami rasa yang sama
mak dan ayah aku pulang ke rumah mereka di kluang lepas abis sesi ziarah

maghrib kami ke surau
kenduri arwah utk malam ke 2, usai solat maghrib
aryan biasalah, kan dia spesies melekat ngan mama
solat pun nak ngan mama
aku cuti rasmi, kurniaan dari Ilahi
sebab itu adanya gambar2 sebegini

byk kali ajar aryan
salah posisi tangan tu
tapi aku lak kena marah ngan dia
orang lom sujud dia dah sujud
imam lom Allahu Akbar, dia dah sebut dulu sekuat2 tidak


pastu dok perati org

pastu dok jengah nenek dia
solat sebelah nenek dia

pastu dah lama sangat solat
dia main game kat note 2 plak


15/1/2014:
selepas sarapan kat hotel
kami uruskan sijil mati utk arwah abah di JPN Muar
lepaskan tu kami teruskan program ziarah adik bradik abah kat muar
abah ada 7 bradik, dan abahlah yang pertama meninggal
alhamdulillah, kami dpt jumpa beberapa org adik bradik abah
tak susah nak cam derang
sebab muka derang sebijik sama ngan muka abah

check out dari hotel jam 6 petang
menjelang maghrib, kami ke surau lagi berdekatan rumah cik ara
utk kenduri tahlil malam ke 3
kuatnya angin di kawasan hotel

semangat nak solat jemaah
tapi bila aryan iqamat sekuat2 tidak masa org nak mula solat
aku tegur la
pastu aryan merajuk
terus tak nak solat
pastu mintak duit kat aku
inilah yang anak2 aku selalu buat kalau kemana2 masjid atau surau
aku tak pernah plak nak kisah bab2 ni
alhamdulillah 


dah abis duit dia masuk dalam tabung surau
dia baring lak atas sejadah
masih lagi merajuk
alhamdulillah selesai kenduri arwah utk 3 malam
selesai solat maghrib, kenduri arwah, dan solat isyak
aku dan pakwe pulang ke KL
adik ipar plak hantar mak mertua aku ke JB

kami pulang untuk meneruskan kehidupan kami seperti biasa
tanpa arwah abah  lagi disisi

imbasan gambar bersama abah, auntie dan 7 anak2 mereka pada bulan ramadhan yang lalu
aku ngan pakwe berbuka puasa bersama mereka di traders hotel


entry ini mmg panjang
kasilah aku chance melayan perasaan
aku nak buat sedikit imbasan

sepanjang perjalanan dari muar ke jb semasa abah kena transfer ke ke hospital jb
kan anak sulong abah dari perkahwinan ke 4 ada bersama kami
sepanjang perjalanan kami berborak
kakak kata beberapa hari lepas dia dan adik dia yang perempuan bawah dia mimpi
abah dtg dlm mimpi dia
katanya abah kata, abah nak pergi

mimpi yang sama dialami oleh anak ke 2 arwah abah hasil perkahwinan dengan isteri ke 2
3 org anak perempuan mengalami mimpi yang sama

perjalanan dari muar ke hospital JB
pakwe amik keputusan exit dari tol pagoh
tak nak dari tol tangkak sebab berpatah balik katanya
tapi nak singgah kejap cari kedai makan, sebab tak makan2 dari pagi
jam plak dah hampir kul 2 petang

pusing dok pusing kami berhenti isi minyak
guess what?
stesyen minyak tu betul2 sebelah kawasan perkuburan
kawasan perkuburan yang mana arwah abah dikebumikan akhirnya
lepas isi minyak tu, pakwe berpusing2 cari hala ke tol pagoh
ironinya ada la beberapa kali kami sesat dan terpaksa u turn
u turn yang kami buat juga adalah di kawasan perkuburan
masa tu hati dah terdetik sesuatu yang tak best
tapi kami berpendapat, kebetulan sahaja!

hari kami ziarah rumah abah
masa tu mak dan ayah aku kan ikut skali
ayah aku pi la kedai runcit seberang jalan rumah abah 
tuan kedai tu kata:
"haritu arwah dtg kedai, sehari sebelum dia pengsan dan jatuh....dia kata....aku penat la, aku ingat nak brenti kerja la, penat.....aku nak rehat"
tuan kedai tu kata, iyalah, kita ni tak perasan bila ayat tu diutarakan
bila arwah dah meninggal baru la kita perasan, yang dia nak tinggalkan kita

benda yang sama berlaku pada anak sulong abah dari perkahwinan ke 4nya
malam sebelum abah pengsan dan jatuh:
abah ckp kat dia: "abah penat la kakak, esok hari last abah nak kerja kat kedai tuh, pasni abah nak brenti kerja dan rehat aje kat rumah"

beberapa hari sebelum abah pengsan dan jatuh
dia dtg ke rumah kami jumpa ngan pakwe
dia bawak seseorang atas urusan perniagaan dengan pakwe
derang meeting kat kedai mamak aje
akibat miscommunication ngan pakwe, aku tak dpt jumpa abah
pakwe kata abah tak banyak cakap
selalunya abah yang bercakap byk, mcm2 idea dan komen dia akan bagi
selalunya abah akan cerita bab2 agama (pak mertua aku mmg ajar agama, ada ramai gak anak murid dia), pakwe biasanya akan byk mendengar dan bertanya
tapi kali ni, pakwe yang cerita agama dan abah hanya mendengar

bila diingat balik rentetan peristiwa tu
mmg ada signal abah nak pergi
tapi kita hanya insan biasa
yang tak mampu membaca petanda2 yang telah diberi

kalau ditanya
aku tak ralat dengan pemergian abah
sedih atas pemergian insan yang kita sayang adalah adat
itu mmg perasaan normal yang akan dialami oleh sesiapa jua
aku dan pakwe balik ke johor tanpa kompromi saat dengar abah pengsan dan jatuh
mengusahakan dan lakukan yang terbaik saat abah begitu
cuma kami tak berada saat dia menghembuskan nafas yang terakhir
tapi kami rasa tak larat
sebab di setiap waktu melawat, kami ada bersama dia
sehingga saat dia ditempatkan di liang lahad
kami tak ralat bercuti 10 hari kerana abah

hari ini bday arwah abah - 24/01/2014 yang ke 66 tahun
biasanya hari ni aku akan call abah
wish bday dia
jarang aku bgtau pakwe aku call abah wish
pakwe tak pernah lupa bday abah
sebab tetiap tahun dia akan ingatkan kami
tahun ini pun sama
walau abah dah tak de
smalam dia dah ingatkan aku tentang bday abah
rasanya untuk tahun ini, bacaan yassin, alfatihah dan alunan ayat2 suci adalah hadiah terbaik utk arwah abah
itu sahaja hadiah yang insya Allah menggembirakan hatinya di sana, membuat dia tenang dan aman.

perkenalan dengan abah kali pertama masa aku masih berkawan lagi ngan pakwe
pertama kali pakwe hantar aku balik rumah mak ayah aku kat kluang, abah ikut sama
abah orgnya sporting, sangat open minded, tak berkira, sangat pemurah dan sentiasa positif

masa dulu kami ada restoran
abah masak kat kedai
bila pakwe dipanggil oleh petronas utk berkhidmat
abah yang jaga restoran sepenuh masa
aku mmg kerja
sesekali dtg kedai lepas waktu bekerja

aku mmg tak brapa reti masak
bila dtg kedai
pak mertua masak utk menantu
hehehehehehhehe
boleh?

kadang2 abah berseloroh ngan kawan2 dia
"ko tengok....bapak mertua masak utk menantu....patut menantu masak utk bapak mertua"
hahahhahaha
apa nak buat
menantu abah tak reti masak

abah adalah insan yang sangat payah nak bawak ke klinik
pakwe ni pun mewarisi perangai arwah abah
ada skali tu abah demam
berkali2 aku ngan pakwe pujuk pi klinik
ditolak berkali2
akhirnya satu malam, kami dtg ajak dia kuar makan
dia tolak...katanya dia kan berniaga kedai makan, wat pe pi makan lagi
aku kata saja2 tukar selera
akhirnya dia setuju
dia masuk aje dlm keta, kami teruskan perjalanan, dan park betul2 depan klinik
ahahahhahaha masa tu dia tak bleh byk songel
terpaksa la dia jumpa dr hahahahahhahahah

selepas peristiwa tu, setiap kali kami ajak keluar dia tolak mentah2
kihkihkih

sejak kenal abah mmg abah selalu sakit kepala
biasanya dia akan makan ubat cap kaki tiga
itulah ubat dia setiap kali sakit kepala
dalam daftar kematian direkodkan sebab kematian sebagai spontaneous subarachnoid hemorrhage
jgn tanya aku apa maknanya
itu istilah perubatan
yang jauh utk aku tafsirkan
yang aku faham, abah ada darah beku, dan salur darah abah pecah, makanya berlakunya pendarahan



24/01/1947 - 13/01/2014
MOHAMED BIN KARIM
semoga arwah abah tenang di sana
kami anak2 akan sentiasa doakan abah 
walau abah telah tinggalkan kami
kenangan bersama abah tetap segar bersama kami
ALFATIHAH



Comments

  1. Takziah dulu dari kakak

    Kakak ni memanglah cewek elly. Dari mula baca airmata kakak dah luruh tak berhenti ingat arwah mak kakak pulak jadinya. Apa pun syukur abah pergi dgn senang dan tak mahu susahkan anak&keluarga sebab itulah dia pergi cepat...

    Khususon ilaruhi almarhum Mohamed bin Karim al-fatihah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak!
      saya pun sama spesies ngan akak la

      Delete
  2. innalillahiwainnalilaihirojiun

    al fatihah untuk PakCik Mohamed..

    mata aku masuk habuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq dr singa
      meh aku tiupkan mata ko yang masuk habuk tu

      Delete
  3. Al Fatihah..

    Cuti weekend ni den baca betul2 ya kak..panjang betul entry ni

    ReplyDelete
  4. Takziah elly....aku baca setiap words ko. Sebak rasa dada. Alhamdulillah arwah pergi bertemu penciptanya dgn mudah.

    ReplyDelete
  5. Takziah Elly....sebak rasanya...tpi bhu yg memikul lebih berat...do take care yea...

    ReplyDelete
  6. al-fatihah... i shed my tears when reading this.

    ReplyDelete
  7. al fatihah..semoga roh arwah dicucuri rahmat.teringat ayah akak..meninggal 2003 kena stroke lepas solat subuh tengah mengaji...darah beku dlm otak juga..tebuk kmudian koma seminggu terus pergi...sedih
    :( ingat ayah baca kisah ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayah akak juga mmg susah nk pegi klinik atau hospital..

      Delete
    2. org tua gitu la kan kak
      tq byk2 kak

      Delete
  8. Takziah babe. Al-fatihah utk arwah.

    ReplyDelete
  9. takziah elly & family,
    sedih sgt baca perjalanan cerita awk.
    semoga arwah tenang disana.
    Innalillahhiwainnalillahhirrajiaun.
    Al-Fatiha.

    ReplyDelete
  10. Takziah kak, Al-Fatihah... moga arwah abah mertua akak ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman

    ReplyDelete

Post a Comment