Kota Kinabalu Sabah - Part 3

part 1
part 2
lupa nak bgtau
dari area nabalu tu
boleh nampak puncak kinabalu
kalau cuaca menyebelahi korang
aku sampai area nabalu tu dlm jam 3 petang
alhamdulillah bleh nampak puncak kinabalu

korang leh nampak puncak kinabalu seiring dengan pergerakan awan ye





 





best lepak sini
cuma byk anjing
nak amik gambar lama2 pun aku seram
sebab takut kena gigit anjing

ok kita sambung cerita
mana aku check in?
aku sampai resort ni dah gelap
apa pun tak bleh
so ni gambar bangunan hotel yg aku amik esok pagi tu
hehehehehhehe
simple hotel
tapi aku tak amik bilik kat building nih
ekekekkekekekekekeke

 ni reception counter dia
 tadi bgtau aku tak amik bilik kat building atas tu kan
ekekekekekkekeke

basically aku pun tak pernah mai sini
cuma pada travel agent
aku request gini:
"nak bilik yang mengadap gunung kinabalu
nak bilik yang view cantik
nak bilik yang bukak je pintu  bilik .... terus bleh nampak gunung kinabalu
tak kira brapa harga
nak gak dan nak gak!
wakkakakakkakaka"

disebabkan request aku tuh
aku pun tertanya2 camner bilik yang derang bagi bila aku tgk bangunan hotel gaya gitu
skali di kegelapan malam
staff dia kata, aku kena keluar dari bangunan hotel tu
dan kena seberang jambatan utk ke bilik aku

mmg tak nampak jambatan tu sebab gelap gelita dah!
skali .... amik!
ni ar jambatan dia

 jambatan gantung ok!
(gambar ni gambar masa esok pagi aku amik)
bergoyang2 time jalan
luggage kami semua concierge yang bawak dengan rileksnya
aku plak dok dukung si aryan
wakkakakakkakak 
dengan penat ya amat, dengan ngantuk2, dengan lapar
dengan badan yang terhuyung hayang seberang jambatan ni
wakkakakakkaa korang rasa pe ada dlm otak aku?
tidak berakhir dengan seberang jambatan aje ok!
aku akan update cerita selanjutnya bagaimana aku sampai ke chalet 
dengan pendakian penuh berliku
dengan tercungap2 sebab tak cukup fit 
wakakakakkakakakkaka

sampai je kat chalet
hati mmg senyum puas
mmg berbaloi tercungap2 dan pendakian yang penuh liku
aku dpt apa yang aku nak!

nampak aryan punya gaya tido
pengsan dari dlm keta tak sedo2
kepenatan la tu 

bilik tak la brapa cun, sebab aku rasa chalet ni agak lama
jadinya bagi aku bila tgk chalet ni bersih dah cukup baik
bilik yang sangat basic
tak de hal bagi aku
sebab aku dtg semata2 utk mengejar pemandangan yang Allah dah ciptakan utk umatNya
so kalau korang tanya aku
aku tak nyesal
dan aku akan repeat lagi mai sini
walaupun tercungap2 mendaki 
so ni katil dia
anak aku kepenatan seharian berjalan dan mendaki
so aku amik extra bed
utk alyssa dan aira
nampak tilam pink tu
ekekekekekkeke
jgn komplen byk2
janji ada selimut dan bantal
sejukkkkkkkkkkkkkkkkkk
 sangat simple and basic
 tak ketinggalan benda alah ni
wakkakakakkaka tangkal azimat aira
ni sebenarnya selimut dia masa dia hari pertama lahir
dan kekal sampai skang 
dah 6 tahun
dah koyak rabak dan diikat2 dan disimpul2 wkakakakkakak
kalau basuh, malu wei nak sidai luar umah 
 bilik air dia
jgn mimpi nak bath tub bagai ye
lepas dah check in
baru tingat 
kami semua belom dinner kan
wakakkakakakkakaka
satu makanan pun tak de 
makanya kami perlu turun semula ke lobby hotel utk makan
bila perlu turun semula ke lobby hotel
makanya kami perlu menuruni bukit bagai
dan lepas makan kami perlu mendaki bukit semula
dan juga menyeberangi jambatan gantung  kan!
wakkakakakkakaka OMGGGGGGGGGG

sebab cuaca sejuk
perut lapar
kami redha

dah la aku dukung aryan
tetap pengsan masa sampai kat lobby hotel
 kami semua order western
sebab menu limited sket
sebab jam dah hampir ke 10 malam

 ok, next entry aku akan review mcm mana pendakian aku ke chalet
yang penuh liku, tercungap2 dll
dan juga view sekeliling chalet aku 
dan yang pastinya view gunung kinabalu yang begitu memukau
sebab dari atas katil kami
bukak aje pintu
baring santai atas katil dengan selimut
bleh nampak gunung kinabalu
perghhhhhhhhhhh
dan boleh saksikan pergerakan awan kejap2 dia tutup puncak gunung, kejap2 dia nampakkan puncak gunung
subhanAllah

sementara tunggu next entry
nah amik bunga ros nih
spesel dari aku!







Comments

  1. Teringat masa ke sana dlu...tapi rietta dpat chalet bawah ajer...xde larr tercungap cungap...buka pntu, keluar lepak balkoni....makan megi...tgk gunung....pastu megi beku...ekekeke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepak balkoni makan megi mmg best kan!
      elly ambil chalet level atas, stunning view!

      Delete
  2. Bestnyaaa.. baru sekali je sampai kaki gunung kinabalu. bila laa nak manjat ni. dah ada baby lagi ler tak manjat jawabnya kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah ada baby manjat lain opsss!
      wakakkakakakka
      kena fit, baru boleh mendaki ye zila!

      Delete
  3. Aku pnh holiday kat kk masa anak sorang dulu. Mmg best! Masa tu blog pun xde lagi hehe...eh elly, letih tak holiday bwk 3org anak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe best kan!
      lama dah tu TA
      boleh arrange utk next visit
      letih tak bawak 3 org
      sangattttttttttttt letih!
      tapi sebab anak2 aku sporting dan kaki outdoor makanya kami sangat enjoy!

      Delete
  4. terbaek....selimut kenangan pun ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha
      selimut tu mana2 pun sampai ok!
      bayangkan dia nak bwk hand carry dlm flight
      aku tak bagi
      aku suh check in luggage
      akhirnya majuk dan aku akur kena bawak secara hand carry tapi dengan syarat tak bleh kuarkan di kawasan public
      bukan apa, dia takut beg ilang, nanti camner selimut dia tu

      Delete
  5. cepat update!
    aku nak nengok gunung kau !
    eh..
    gunung kinabalu kau!

    ReplyDelete
  6. Tengok gambar kabus tu pun dah rasa sejuk.

    ReplyDelete
  7. punya banyak gambar gunung!!!
    mmg nak bagi den jeles ni..hhuhuhu..
    den nak gi Sabah!!!!!


    si aryan tido menonggeng tu, org kampung kata kecacingan! hahaha

    wehhhhh..ciken cop mmg nampak sedapppp laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu sket je aku amik
      tunggu part 5 nanti
      ko leh muntah darah dibuatnya
      itu org kampung kata kan
      hahahahahhaha
      mmg sedap ciken cop
      cuaca sejuk
      perut lapar
      mmg ngam!

      Delete

Post a Comment