Kota Kinabalu Sabah - Part 4

sambungan dari
part 1
part 2
part 3
entry ni aku nak share chalet mana yang aku pilih
dengan perjalanan yang penuh liku ya tuan2 dan puan2

dari lobby
ada jambatan yang perlu kami seberangi utk ke chalet kami
panjangnya jambatan ni
terhuyung hayang time jalan
anak2 aku lak melompat2 riang gembira
sambil terpekik terlolong keseronokan
sampai dihujung jambatan
ke depan sket
baru la jumpa tangga ni
tu ke chalet aku?
bukannnnnnnnnnnnnnnnnn
hujung tangga tu ada platform utk rehat siap kerusi dan meja
sedut la oksigen puas2 ye
nampak?
sebab tu aku suh amik oksigen lebih sket
wakkakakakakakkaka
sila daki ye
disepanjang perjalanan byk benda alah ni 

nampak penghujung tangga gambar kat atas?
lom sampai lagi tau chalet kami
sambung tangga ni plak
wkakakakakkakaka
sampai nampak signboard ni
phewwwwwwwwwwwwww
ada platform lagi
cantikkkkkkkk 

nampak?
chalet kami!


chalet no. 13
inilah satu2nya bilik yang paling strategik
yang mana boleh nampak view gunung kinabalu ekslusif dari atas katil
just lepak atas katil
kita boleh menghayati dari saat gunung kinabalu nampak secara keseluruhan
pelan2 dibalut awan
sampai lah gunung kinabalu itu diliputi awan secara total
kalau tak silap ada 3 chalet yang berdekatan dengan chalet kami
tapi lagi 3 chalet tu tak leh view gunung dari atas tilam
unless bawak kuar tilam 
wakakkakakak
ala jiran sebelah chalet kami
siap kuar berbungkus selimut tgk gunung
salah satu kebesaran Allah ni, mana leh tak tgk kan!

korang tau, aku bangun jam 5 pagi
semangat nak tgk gunung
wakkakakakka
pastu pelan2 bukak pintu skodeng
tak de org
lagipun masih gelap sket
tutup pintu balik, baring2 terlelap
sedar2 jam dah hampir 6 pagi
terus bukak pintu
skodeng2 dah bleh nampak gunung
dah ada org lepak tgk gunung
wahhhhhhhhhhhhhhh
cantikkkkkkkkkkkkkk
tak terungkap dengan kata2

ini adalah view dari pintu bilik aku
dan view ini jugak yang boleh nampak dari atas katil aku
amacam?
cantik kan!
cool je rasa!
siri gambar gunung dari terang dan diliputi awan secara total akan aku share dlm entry lain ye
aku share yang ni aje dulu

boleh pilih nak tgk gunung dari balcony depan bilik nih

atau lepak aje kat bangku depan bilik masing2
dengan cawan yang masih kosong
tunggu air panas lom masak
sebungkus keropok sebab tetiba lapar
dah tak de benda nak makan
dan juga note 3 dan blackberry q10 utk update status dlm whatsapp, fb, dll
wakakkakakakaka
 perghh mmg layan la minum kopi time2 gini
tak cukup plak secawan
sejukkkk wei
 ditemani butterfly comel ni
dah pakwe, alyssa, aira, aryan semua tido
itupun aku kejut kejap2
suh tengok time gunung clear, berawan dan tutup sepenuhnya
kang sentap lak bila bangun dah tak nampak gunung kan
atau boleh pilih kalau nak lepak kat dek ni
ada kusi dan meja
boleh borak ngan jiran chalet sebelah
hahahhahahaha
tapi jiran chalet aku tak mesra alam la

so ok tak bilik?
bagi aku sangat ok
walaupun interior bilik biasa2 aje, tapi view yang aku dpt masyaAllah
tak terjangka sangat2
cantik, sangat menyegarkan dan syukur sangat2 dpt melihat kebesaran Allah yang satu ini

rate bilik?
aku tak tau rate secara tepat sebab harga bilik masuk dlm package juga
tapi hasil dari agoda atau lain2 aku tgk boleh dpt below RM200 utk satu malam
cuma aku tak sure la boleh dpt bilik yang view cun atau tak
so korang kalau nak pi, kena mention nak bilik yang mcm mana
atau korang bleh mention terus area chalet 11, 12, 13, 14

nasib aku baik 
sebab cuaca baik
beberapa hari sebelum tu
derang kata tak nampak gunung
sebab cuaca kurang baik
kejap aje dpt tgk gunung
aku plak start tgk gunung ni menghampiri jam 6 pagi
menghampiri jam 10 pagi, gunung tutup secara total 
awan menyelimuti puncak gunung
bayangkan brapa jam aku lepak luar tgk gunung
kalah tgk movie ok!

so next entry aku share apa yang ada di sekeliling chalet dan hotel
byk aktiviti boleh buat kat sini
nyesal gua check in satu malam tau!
apa pun rezeki sampai dan ada utk kami
syukur sangat2

smalam aku cuti 
pi tribunal court
1st experience utk aku
later2 aku share

hari ni pun aku cuti
amalan biasa
bday aku atau pakwe
kami declare public holiday utk diri masing2
hari ni bday pakwe
happy bday ayang, moga dikurniakan umur yang panjang, rezeki yang baik utk kita sekeluarga
dirahmati dan diberkati selalu, semoga kebahagiaan sentiasa bersama kita sekeluarga!

kemana kami hari ni?
yang pastinya sekarang jam 9.34 pagi
aku masih duk depan laptop dlm bilik aku tgh update entry ni wkakakakakakkaka

pasni nak anto keta peugeot tu
merajuk plak
aku kena bwk satu keta follow
sebab kang dibuatnya breakdown peugeot tu camner plak?

tiada sebarang perancangan hari ni
ikut saja kehendak hati bday man gue
we love u!
have a good one this year!




Comments

  1. huwaaaaa bestnya akakkkk. kita tengok gambar dah terasa angin sejuk sepoi2 bahasa kat situ.. aduhaii pemandangan yang best setipa kali bangun titunnnn

    ReplyDelete
  2. wahhhh pengalaman yg best ni!
    happy besday utk pakwe ko. thn lepas ko bg dia bawak kapal terbang kecik kan? thn ni bg apa plak? aku cadangkan korang berdua pi water rafting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. idak la water rafting tau si pakwe tu
      dia tu penakut

      Delete
  3. tribunal court?...cite cepat.
    dah penah pegi 2 tahun lepas kot. dah menang, award pun dah dapat tapi RMnya tak dapat2 sebab company tu declare bangkrap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ida, aku pun tunggu yang tu jugak. Lebih tertarik part tu dari part bercuti.

      Hampeh betul! Kah kah kah!

      Delete
    2. nanti2 la aku wat cite tribunal court tu ye

      Delete
  4. set! den ingat...chalet no 13!

    berapa banyak tangga daaaaaaaaaaaa...:P

    so,after 10am, mmg tak akan nampak gunung dah? petang2 sunset kat gunung, cantik ka? pepagi buta tu,sunrise view ada ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib2
      tapi selalunya gitu
      petang2 tak sure, sebab petang2 aku padat ngan aktiviti lain
      sunrise view ada la sket2 hehehehhehe
      kena tido kundasang lama sket kalau nak sunrise dan sunset
      ni tido semalam
      semuanya terkejar2
      nyesal tau
      len kali nak tido bermalam2 kat sini

      Delete
  5. whuahhh kekaguman iols
    percutian yg haibat menyaksikan gunung kinabalu!

    sy akan ingat chalet no 13!
    tak kira balik sabah nnt nak gak menginap kt situ.

    ReplyDelete
  6. Fuh penat maw daki...rietta dapat chalet bawah jerr...kena kuar kt balconi bru nmpak...pastu lari lari nek tngga, tgk kat anjung tinjau...rindunya nk bercuti lg.....

    ReplyDelete
  7. Pilihan bijak utk melarikan diri seketika dr kesibukan kerja yg x pnh habis. Ok aku dah dkt sethn x berjalan ke mana...gatalllll tapak kaki aku ni dah hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. gatal tapak kaki?
      ada 2 makna
      satu nak jalan
      satu nak tajang org
      so mana satu?

      Delete
  8. hahahhahaa!!
    hambik kau!!
    putus urat napas!!

    ReplyDelete

Post a Comment