Kota Kinabalu Sabah - Part 11

ok hari yang ke 4
lepas sarapan pagi
driver suh tunggu kat lobi mcm biasa hehehehhe

entry ni agak panjang
tapi aku gerenti entry ni best pada sapa2 yang minat
so sila baca dan scroll dengan sabar dan tabah ye

kami ke sini hari ni

mcm biasa driver uruskan pembelian tiket masuk
sambil tunggu tu driver suh beli minyak ni (rumusan tradisional)
sapu kat tangan kaki dsb
utk elak nyamuk
sebab kat dlm kampung ni akan ada byk nyamuk
sedap plak bau minyak nih
so trip kami akan mula gerak dlm jam 10 pagi secara berkumpulan
bukan kami aje, ada gak pengunjung lain
ada la dlm 15 org gitu
kalau masuk jam 10 pagi, abis jam 12 tengahari
siap lunch
masuk jam 12 tengahari abis jam 2 petang
siap lunch
masuk jam 2 petang abis jam 4 petang
siap minum petang
dan diketuai oleh seorang staff kampung ni yang akan bagi penerangan utk kami
ok mulakan perjalanan masuk kampung dengan menyeberangi jambatan ni
melewati laluan air sungai
cantik sangat2
nampak tak
cantik ke tak
gila ko tak cantik
rasa nak berendam ok!
dia ala2 mini malaysia kat melaka tu
tapi yang ni lagi best ok!
kalau tak caya jom baca cite aku

rumah pertama yang kami pi adalah rumah kaum dusun
nampak tu aryan gigih panjat
masuk tak yah bukak kasut
itu yang aku suka hehehehehe
kalau tak jenuh gak, sebab kami semua pakai sports shoes

masuk2 aje dalam rumah ni disambut dengan alunan alat muzik nih
pompuan ni la guide kami
hehehhehehe dia la guide, dia la cite, dia la buat segala benda
superb minah ni, serba boleh
bukan calang2 org boleh buat
communication adalah dalam bahasa inggeris 
nampak ruang atas tu
adalah tempat utk anak perempuan tido
malam2 tangga nak naik tu disorok
yang lelaki sila tido bergelimpangan kat bawah ye
pastu kami di ajar cara buat air tuak
bahan2 nak buat air tuak
sorry la lupa la senarai bahan2 dia
pastu kat sini korang leh rasa air tuak dia
eekekekekeke ada brani?
lantai, dinding, semua pakai buluh
masuk ruang dapur
nampak awek ni tengah hidupkan api
turun dari tangga belakang umah ni
kita akan di ajar cara memasak satu masakan menggunakan buluh
dan masakan yang korang masak tu akan dihidangkan masa lunch nanti

antara bahan2 masakan
ada byk, tapi ini antaranya
maaf la, aku ni payah nak amik gambar detail sebab handbag extra ada 3 org kan


ok aku nak pilih bahan2 utk masakan aku
ko leh nampak tak camner aku kena handle aryan
sabar ajelah budak manja tuh




dah siap pilih, dia akan masakkan dlm buluh
masak dengan menggunakan kaedah bakar ye menggunakan kayu api
lupa plak nak snap tempat bakar dia huhuhuhu

ok, kita ke rumah yang ke 2
rumah rungus
sebelum tu kita kasi settle aktiviti kat luar
penghasilan arak yang lebih memabukkan
kaedah stim
sapa mau rasa bleh minum
tak de la mabuk pun
aku tgk yang minum steady je jalan


tau ni apa?
biasanya ada di pokok2

lebah
nampak corong tu
madu lebah kuar kat situlah
awek cun ni kasi rasa madu ori ni
sedap wei

nampak alyssa bedal
aku rasa 3 kali dia nambah madu tu
kayu tadi lepas di belah


benda itam dlm kayu tu dijadikan gam kat benda alah warna oren ni
lupa plak nama benda alah warna oren ni
haaaaa ni  sarang lebah yang dah  besar
ok, pose kejap ngan awek cun
jom masuk dalam rumah plak
kaum rungus ni selalu buat aksesori yang manik2 tu
gelang, rantai dll

derang tunjukkan cara hasilkan api



area dalam rumah rungus

dinding rumah dari kulit kayu

lantai guna buluh

ni la kulit pokok tu yang digunakan utk wat dinding rumah

ada banyak bilik


ok jom pi rumah ke 3 plak
rumah untuk kaum lundayeh
awal2 dah nampak nih
di halaman rumah ada tempayan
tempayan tu utk simpan kepala org bagi yang baru balik dari berperang
bawak balik kepala simpan dalam tempayan
anak sapa la tak reti duk diam tu panjat sana sini




pakwe seksi tengah hidupkan api


ni ada platform atas utk anak dara tido
kebanyakan rumah kaum mmg ada ruang gini
bila semua dah naik tido, si bapa akan tarik tangga ni dan sorok
so si anak tak leh turun
maruah anak pun terjaga sebab tak de org leh naik
nak kencing kena kejut la si bapa utk turun
terjun kalu, gegar la rumah tu
dah lantai buluh kekdahnya
rumah lundayeh ni ada special sket
dia ada aircond semulajadi
atap rumah boleh di angkat dan disendal utk dptkan udara segar
ok snap gambar lagi ngan awek cun
pakwe test power tolak atap tu
berat ok
aku mmg tak larat la

jom belajar buat tali dan vest bersama pakwe handsome ni plak

dah belajar, jom posing ngan pakwe handsome ni plak
si aryan sibuk dok main tali
jom ke rumah seterusnya
rumah ke 4
rumah kaum bajau

kita layan aktiviti kat luar dulu
nampak tak awek siput tinggi ni
ala2 org dlm hari dah aku nengok
kita belajar buat kuih tradisi


adehhhhh sorry la 
lupa nama kuih ni
tapi sedap la
bleh belajar buat dan makan terus
ni plak air pandan
si aira bertambah2 minum air ni
dia kata sedap
dah jom masuk dalam umah
tengok apa ada



ada pelamin ko
tangga ke tingkat atas
utk tempatkan anak2 pompuan

selesa gak nak tido atas nih

bilik solat 
sebab kebanyakan kaum bajau ni muslim
panjat la korang
gasak la ko aryan
owhhhh ada gak pengantin asal boleh ni
wkakakakakkakakaka
panjat la korang
ketuk la sesuka hati korang
kat dapur ada ayam




nampak kain mcm kain rentang tu
utk kaum bajau, kalau ada rentangan kain sebegini kat umah derang
tandanya ada majlis perkahwinan
haaaaaaaa sebab tu dlm umah tu ada pelamin tadi kan
inilah caranya mereka nak bgtau org kampung atau org lalu lalang

ok jom turun
kita sambung ke rumah ke 5
iaitu umah terakhir di mari mari village
next entry la ye










Comments

  1. mmg bagus pergi tempat2 camni...lagi2 kalo bawak anak2..dpt dieorg belajar sejarah ngan budaya kaum lain kat malaysia nieh....

    best betul tgk umah mcm tu kan...malam2 sure sejuk sbb dinding kayu ngan lantai buluh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat bagus lieya
      byk anak2 dan kita sendiri leh belajar
      malam2 mmg sejuk lieya kalau umah stail gini

      Delete
  2. betul2 fresh & ori madu tu kak..kutip direct kat situ..hahaha

    berapa hari total korang kat sana eh? mmg byk betul aktiviti di buat ni..den nak tiru itinerary ekau tau kak...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup ori dan fresh!
      aku pi 6 hari 5 malam jek
      mmg banyak aktiviti
      bak email, aku email itenary aku

      Delete
  3. memang tradisi mereka menjada anak dara sampai gitu sekali... mereka memang duk kat situ ke atau sebagai tempat pelancongan kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini tempat pelancongan ema
      ala2 mini malaysia
      tapi aku rasa lagi best dan lagi gempak dari mini malaysia kat melaka tuh

      Delete
  4. saya suka betul pergi tempat2 mcm ni..boleh tengok budaya org kan..

    ReplyDelete

Post a Comment