Seminar Perlindungan Keselamatan Sosial 2014

susulan entry aku pada 28/04/2014
meh aku share sket
seminar anjuran perkeso
RM100.00 seorang
aku claim kat opis
aku pi ngan assistant aku skali
hotel bangi-putrajaya tu kat bangi
formerly known as Equitorial Hotel
ekekekkeekke tukar nama aje pun

pendaftaran jam 8 pagi
kelam kelibut aku uruskan anak2
yelah, pakwe tak dak, aku sensorang nak uruskan derang
paling mencabar nak kejut aryan mandi jam 6.30 pagi
haiyaaaaaaa

tempat selesa
makan pun sedap
kat hotel kan
makan mmg sedap la
tapi brapa byk pun ko mampu nak telan
lain la ko tapau masuk dlm beg kan 
akakkakaka huduh wei, jgn la buat camtu
gambar makanan sorry la, malas snap
tetiba termalu lak sebab dikelilingi oleh org2 yang mmg aku tak kenal
dan baru pertama kali bersua
dan kebanyakan derang dari department human resource
aku?
aku org finance aje

ok....seminar pertama yang aku join
tapi sebelum seminar ada ujian penilaian tahap kefahaman (sebelum seminar)
ada 6 page kena jawab
cam biasa bantuan toyol sentiasa ada hahahhahahahah
kursus tamat jam 5 petang
dan sebelum balik, kena jawab ujian penilaian tahap kefahaman (selepas seminar)
soklan dia sama jek ngan yang pagi tadi punya tu
cuma dia nak tengok ko leh faham tak lepas abis seminar
aku suka konsep mcm ni
walaupun dah abis seminar
tetap mintak bantuan toyol
wakkakakakakak gila ko
byk wei aku nak ingat
dah la aku bukan HR
alhamdulillah bagus gak seminar nih
byk yang aku belajar
byk yang aku tak tau dah jadi tau
dan banyak gak yang perlu aku perbaiki kat opis tuh dan ada gak cadangan2 yang aku kira nak propose kat boss 

sekarang aku tau, mcm2 kita bleh claim ngan socso
mcm2 benefit ada utk kita as employee
dan mcm2 hak kita sebagai employee
tak mampu la aku nak cite kat sini
sebab terlalu banyak rasanya
so sebagai bukti


ada org tanya, aku kan finance, kenapa aku pi seminar ni?
senang aje jawapan aku....walaupun aku finance, ni semua knowledge utk aku...kang HR submit kat aku mintak payment, betul ke apa dia submit tu.....so dengan knowledge yang aku ada, aku leh check dengan betul...kadang2 ada penalti ke apa2, so aku leh faham, kenapa ada penalti, camner nak elak penalti....so kerja tu tak yah la mengelentong aje, sila kerja dengan efisyen, ikut undang2 dan dateline.
as finance, bukan aku kena tau finance aje, aku kena tau semua benda utk aku betul2 faham apa yang terjadi dan apa2 sahaja yang melibatkan wang syarikat, jadinya pendapatan dpt dimaksimumkan dan kos dpt diminimumkan....barulah bonus bleh dpt beso sket heheheheheheh
lagi satu reason, tak rugi pun belajar ilmu yang bukan kerja kita.....tak tak rugi pun kalau kita buat sesuatu kerja tu yang bukan pun kerja kita
kan bagus gitu kan....just make urself valuable

rajin tak rajin?
aku rajin pergi benda2 gini to gain more knowledge
kerja aku sekarang memerlukan aku cover finance, HR dan admin
so aku rasa mmg aku perlu up knowledge aku
HR dan admin ni satu benda yang aku mmg tak pernah buat sebelum ni
so aku pun dlm proses belajar
memandangkan syarikat aku ni tak la besar mana, dan staff pun tak la ramai mana
makanya tak de la complicated sangat
jadi aku belajar la pelan2 bersama bimbingan boss
mana yang aku tak tau, selamba je aku tanya boss 
dari aku wat salah, ada baiknya aku wat muka tebal tanya byk2 kali

best tak pi seminar camni?
best la, kalau penceramah dia best
bertambah best dengan adanya faktor tambahan seperti tempat dan makanan yang best berserta ada geng yang pi sama2
dan yang paling best kalau tempat tu dekat ngan umah hahahahahha

so penghujung bulan may ada satu lagi training aku kena attend
bersama dengan assistant aku gak
training utk GST
jauh tempatnya.....di office auditor aku
kat batu caves gitu
nanah la aku nak drive!






Comments

  1. Socso sebenarnya tak complicated sangat. Tapi memang perlu sangat2 untuk ada knowledge. Kalau tidak, kita tak kan tahu apa hak kita kan....

    ReplyDelete
  2. Byk jugak yg aku tau psl socso ni. Time belajar dulu ada yg buat psl socso ni. Sekarang ada pulak kawan dlm sicso. Makanya, tak paham terus tny dia. Haha...

    ReplyDelete

Post a Comment