isnin datang lagi...holla!

aku suka baca blog minah YUYU ZULAIKHA
jarang pun ngomen kat blog minah ni
selalu silent reader aje
kiut betul minah nih tau
comel lote

nak say tq kat banyak2 kat minah ni
bagus gak baca blog2 org ni
mcm2 info dpt
so melalui blog minah ni dia share satu benda yang sangat best utk aku
aku tak pi pun expo ni
tapi aku klik kat link2 yang dia share

makanya aku pun apply
tarikh tutup 31 mei 2014
aku apply online aje
sebab rendah diri ya amat aku apply course CAT instead of ACCA
sebab gua kan tak de degree accounting
yang gua ada degree majoring in retail management

so few days later dpt email dari ftms college area central market
katanya gua layak
yeayyyyyyyyyyyyyy
ftms ni adalah college yang dilantik oleh pihak yayasan peneraju utk program ni selain sunway college dan kdu college

so gua kena submit la few dokumen
bila dokumen ready on 28 may 2014
aku pun nak call la person in charge tu
baru perasan
OMGGGGGGGGGGGGGG
kena submit dokumen before 21 may la
terus gelabah
tapi tetap call person in charge tu
alhamdulillah dia kata mai je submit
aku submit by hand kt ftms college
jumpa dia
dia kata ok je lewat seminggu
(gua kelentong gua outstation ekekekeke bohong sunat sesekali)
dia belek2 dokumen aku
skali dia kata:
"eh u ada diploma dan degree ke? nape apply CAT, nape tak apply ACCA"
alamak camner ni
lepas explain punya explain dan discuss aku mintak dia appealkan utk aku tukar course
dia kata qualifications aku terlebih layak utk CAT
patut aku apply ACCA
dia janji akan applykan rayuan pada pihak yayasan utk aku

30/6/2014
jam menghampiri kul 5 petang dan ketika tu aku kat jb
telefon berbunyi dari ftms college
A:  puan, rayuan utk tukar dari CAT ke ACCA telah diluluskan
aku:  alhamdulillah, terima kasih banyak2
A:  cuma sebelum tu, pihak yayasan ada nak buat sedikit pertanyaan
aku:  ok
A:  ayah puan ni org jawa ke? jawa mana ye?
aku:  eh apa kaitan soklan ni ngan application saya?
A:  pihak yayasan suruh tanya
aku:  ok...ayah saya jawa johor
A:  mak puan ni org banjar kan....banjar mana ye? (dlm hati aku, mana ko tau mak aku banjar ni...confuse betul la)
aku:  banjar johor juga, mak ayah saya org johor....saya org johor
A:  bukan apa, kami nak pastikan pemohon adalah 100% bumiputra
aku:  ok.... (dalam hati terus terdetik...agaknya nama aku ni gojes sangat kot)
A:  so puan, proses seterusnya, puan kena sit satu exam esok
aku:  ha???????????? esok? saya kat jb ni (terus rasa nak pengsan)
A:  ye ke?  kalau begitu, saya postpone kan exam puan pada hari isnin ni 2/6/2014
aku:  legaaaaaaaaaaaaaa
dan conversation pun terus berjalan
basically exam aku hari ni jam 2 petang sampai 5 petang
dia akan cover financial management dan financial accounting
ada 50 soklan
nasib baik objektif
tgh berfikir nak bwk dadu ni
kalau aku pass akan ada kelas selama 2 bulan sengah dan aku wajib lulus exam tu
tapi kalau exam ptg ni aku tak lepas, that's it!

so kelas yang 2 bulan sengah tu bermula bulan depan kalau tak silap
harap2 aku lulus la exam ptg ni, so bleh proceed kelas dan exam tu skali
kalau exam tu aku lulus gak
pihak yayasan akan tanggung yuran pengajian ACCA aku selama 4 tahun
dan dalam erti kata lain, aku kena complete ACCA aku dlm 4 tahun
kalau tak complete dlm 4 tahun, yuran tahun ke 5 tu aku kena tanggung sendiri

dan yang paling best
aku tak terikat utk bayar balik yuran pengajian pada yayasan
dan aku bebas bekerja kat mana aku nak
program ni mmg nak bantu kaum bumiputra yang sedang bekerja dlm bidang perakaunan untuk meningkatkan tahap pendidikan masing2
so korang doakan aku ye
semoga dilapangkan sket otak aku petang ni utk jawab semua soklan
baca buku sket2 je dapatnya
selebihnya aku berserah kepadaNYA!

Comments

  1. InshaAllah pass exam petang ni, bestnya nak ambik professional course, All the best:)

    ReplyDelete
  2. yo lah..
    nama kau ada bunyi minah saleh!!

    ReplyDelete
  3. insyaallah gudluck miss elly!! ha..ha

    ReplyDelete
  4. tahniah Elly...lorr saspen soklan...upenya nak pastikan bumiputera jerr...

    ReplyDelete
  5. so maknanya, kalau dah pass exam,boleh ambik alih company Sigma Setia tak? ekekekekekek

    ReplyDelete
  6. Best of luck elly! So mcm mana exam ptg td blh jawap dgn baik tak?

    ReplyDelete
  7. jealous pulak tgk kawan2 pegi sekolah semula. beban kerja n tanggungjawab utk family tak mengizinkan

    all d best

    ReplyDelete
  8. salam nak tanye.. okay ke balajr di ftms?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam
      okay so far
      akak dah 2 kali course di ftms
      good luck dik!

      Delete
  9. Boleh tak sayq nak minta no somebody di peneraju untuk tujuan rayuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dah message shamsul rizal untuk proses rayuan
      sila bukak fb/google+

      Delete

Post a Comment