Langkawi - Part 10

tunaikan janji dengan aira
trip ke langkawi sebelum ni, kami tak naik cable car
so aira kata next time mai langkawi kena naik cable car

makanya janji ditepati
papa ko gayat ke idak, ada mama ko kesah?

last naik cable car ni masa aku ngandungkan aira 3 bulan
basically aira dah naik la, tapi dengan bestnya ada dlm perut aku
si aryan pun 1st time naik

ok dah sampai
ada benda ni gak
tapi kanak2 bawah 12 tahun sila lupakan niat anda
so alyssa ko jgn nak ngada2
jom tengok harga nak naik cable car
ko ingat pi mcd atau kfc je ada kombo
cable car pun mampu bercombo ok
lepas berbincang dengan pakwe
faktor panas, kesesakan, time dll
maka kami sepakat beli express lane punya harga
queue time masa kami sampai adalah 45 minit ke sejam
kalau korang mampu nak beratur sesak2 time matahari terpacak atas kepala, tidak utk aku, walau aku tau bangunan tu berbumbung
dah beli tiket jom masuk terus
ikut je sign ni
tak yah bratur
terus potong queue
ahhahahaha ala2 vvip
harga tiket kami
mmg mahal la, tapi bagi aku MASA aku tak bleh beli di mana2
dan aku tak nak tukarkan rasa seronok itu kepada stress beratur bersama jeritan batin anak2 aku tiga org tu
sumpah tak nyesal amik express lane
ko nampak queue tu
kat belakang tu bersesak2 beratur mcm ular kena palu ok
jom mulakan perjalanan






telaga 7
dah nak sampai stesen pertama





siap ada selfie photo contest ko
nampak pakcik tu
perghhhh kemain selfie ko
masa kat sini aku dok lepak2 kat bangku
sambil perati pakcik ni bergaya
hahahahha mcm2 perangai


last trip jambatan ni tutup 
under construction
kali ni masih sama
tutup
jom naik area atas skali



vandalisme sana sini la korang





dah puas jom turun



dah sampai bawah
byk la kedai2 yang menjual cenderamata dll
tapi mcm tak de apa nak dibeli
layankan anak2 aje nak beli souvenier



ni kali kedua aku naik cable car
so excited tu tak la sangat
biasa2 je

cuma ada 2 benda aku nak highlight kat sini:

  1. masa sampai kat atas tu, turun2 aje dari cable car adalah mickey and minnie mouse menanti...kita snap picture ngan dia, pastu nanti dia akan jual balik gambar tu kat kita siap ngan frame atau tak, siap dlm ala2 paper weight pun ada...mmg menarik la, tapi, yang buat, jual adalah warganegara bangladesh....ckp ngan aku pun ala2 confuse.....mana hilangnya rakyat tempatan??????????   patutnya front service gini, kenalah rakyat tempatan haiishhhhhh aku rasa kecewa disitu.....pada pendapat aku la kan, dari ko letak mickey minnie bagai, kan baik ko letak insan yang memakai pakaian tradisional malaysia.....setiap hari tukar2 costume pakaian tradisional....kan bagus....ini tak, pi disneyland mickey mouse, pi uss pun mickey mouse, pi supermarket pun mickey mouse.....kat cable car pun mickey mouse???????????????????  mmg la itu tarikan utk kanak2, tapi kan bagus kalau diselitkan unsur education sedikit yang menarik minat kanak2...mana identiti malaysia????????????????
  2. yang ni mmg aku rasa mmg nak maki aje, benda terjadi bukan di area oriental village ini sendiri, rasanya terjadi di kebanyakan tempat.  turun2 aje dari cable car kami haus dan lapar...makanya pi la kedai makan....order la makanan bagai...pakwe order nasi goreng dan nescafe ais....anak2 order aiskrim...aku order coke je....aku ulang....AKU ORDER COKE SAHAJA!!!!!!!!!!! sementara tunggu order, aku pi toilet, balik toilet semua menu sampai, kecuali air coke aku.....aku tunggu lagi 5 minit, tak sampai2....penyudahnya aku tanya la budak tu mana air coke aku?????? tau jawapan dia apa????? "amik la sendiri kat situ" sambil jari tunjuk dlm peti ais kt area depan kedai dia......plotak betul la.....ikut hati aku yang panas ditambah ngan cuaca panas terik, nak je aku maki, tapi aku bukan org sebegitu, cuma aku ckp "tolong amik coke tu dan segelas ais ye" mmg hampeh betul service...dan bila kena begini, aku tak heran la bila kat area cable car tu bangla yang niaga, bangla yang kerja.....sekurang2nya derang ada budi bahasa, tau macam mana nak market, tau camner nak buat sales...tau nak buat untung
itu aje aku nak highlight
itulah org kita
kalau kita ckp, dia sentap
kalau tak ckp, dia kata nape tak tegur
berubahlah
tak salah berubah, tak salah merendah diri, tak salah kita bagi yang terbaik utk org lain
kerana hidup ini satu pusingan
kalau tiga segi ke empat segi ke dua puluh segi ke tetap akan jadi satu pusingan
eh!
lama aku tak bebel kan
wakkakakaka
sekian!







Comments

  1. tak jaga hati pelanggan..kurang ajarlah tu..cakap macam tu..ema dah naik beberapa kali..cuma encik suami dan anak-anak belum naik..masa pergi pun satu famili pun tak naik... gerun kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sesapa gayat mmg susah nak naik ema hehehehe

      Delete
  2. jambatan tu
    sejak 2006 lagi dah tutup untuk pelawat.. sampailah sekarang'ntah hapa masaelahnya..

    kekanak rm 10 je kalau express pass?
    kat situ tulis puluhan ringgit..
    untung aaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejak 2006 ke?
      ada org wat kije
      aku tgk ada la dlm 2 org
      siap pakai safety harness bagai

      kekanak dia charge RM10 je utk anak aku
      katanya kesian lak mahal
      org dah offer
      amik je jgn banyak tanya

      Delete
  3. Tgk gambar pun dah gayat apa cer agegegegege...
    mcm tu gak klu masuk kedai yg sales girl dia melayu. Cth kedai hset yg mcm aku penah kena. Tanya itu taktau.. tanya ini taktau.. pulak tu sambil2 main fb kat hs dia.. tu malas tu masuk kedai melayu. Cuba kalau masuk kedai cina.. dia punya layanan mmg ko akan beli gak sudahnya hahahha

    ReplyDelete

Post a Comment