cerita cuti sekolah sept 2014

phew
super duper bz

assignment sana sini
test sana sini
kelas pun bersusun

cuti sekolah dtg lagi
tu diaaaaa
pakwe yang akan layan anak2 di sepanjang cuti sekolah
sebaik sahaja pakwe balik dari jakarta hari selasa

tapiiiiiiiiiiiiii
nak cite pesal sebenarnya aku huru hara

10/9/14:
amik bebudak kat nursery
alyssa dah demam
panas badan dia
nampak lemah
tapi sampai umah dia bleh layan main badminton lagi ngan cacu jam 8 malam
sebelum tido aku startkan ubat demam

11/9/14:
pepagi aku ke KLIA2 anto pakwe
ke jakarta utk 6 hari, ada site visit
lepas tu patah balik ke rumah bwk alyssa ke klinik
badan panas dan dia pun sakit kepala
suhu 38 dah
dr bagi ubat demam, sakit kepala dan juga antibiotik sebab tekak dah merah
lepas tu aku pi kerja cam biasa

demam still tak kebah, every 6 hours aku kena bagi ubat demam, lambat sket je, sure suhu naik mendadak
alyssa melepek sagu
tak larat bangun
nampak lemah sangat
check bintik2 merah, tak de lak
aku paksa minum air byk2
aku tak kasi dia pi nursery, takut jangkit kawan2 dia
so dia duk umah ngan cacu
dpt MC 2 hari
 hari sabtu malam
sempat lagi dinner ngan kawan2 aku kat ikan bakar tasik idaman
tapi alyssa nampak ok lagi
 weekend tu nampak dia melepek sagu betul
so aku decide isnin pagi 15/9/14, nak ke KK bandar seri putra
amik darah
dan ini result darah alyssa
platelet 35
gabra terus
 dr terus uruskan prosedur utk admit ke hospital
dr suh pilih serdang atau kajang
aku pilih serdang
rupanya tak de pilihan dah
kena naik ambulans
so aku join naik ambulans skali, makanya sehelai sepinggang la kami berdua ke hospital
haaa 1st time naik ambulans
alyssa cool aje


lepas settle di emergency, transfer masuk wad
wad pun penuh
duk kat katil sementara, kang ada org discharge baru pindah
kena drip la apa lagi

 petang tu aku suh adik aku mai spital sat tunggu alyssa
sementara aku balik umah pack barang2 sat
so aku check in kat spital gak la nampaknya
sementara tu adik aku la jaga aira dan aryan
papa derang pun kat jakarta lagi
lusa baru balik
pakwe tu dah risau tahap gaban dah kat sana
rileks la pakwe, kang makwe awak ni jadi gelabah kuasa dua lak
mak ayah aku dan mak mertua petang tu jugak bertolak dari johor
risaukan cucu2 dia
tq mak ayah dan mertua yang prihatin betul kat anak cucu
tgk alyssa cool aje
kiri kanan cucuk jarum ar
every 4 hours amik darah

 nampak tak kerusi a.k.a. katil aku
nampak cam best
tapi kusi ni amatlah keras
ditengah2 tu ada curve, bila baring, badan akan jadi melengkung dan teras betul kayu kayannya
apa pun syukur
aku bleh tido sampai tak sedar doktor amik darah memalam
mesti doktor tu terpesona tgk aku tido
harap2 tak de muzik tambahan
 sarapan pagi kat spital
not bad
wad padeatrik ni kan
makanan bukan utk anak aje
utk kita yang jaga anak pun disediakan
perghhhhhhhhhhhhhhh
suka suka
 aduhaiiiiii
hari ke dua
platelet makin turun ke 32
dari airport papa terus mai spital
drip dah cabut
sarapan hari ke 3

lunch hari ke 3
hari ke tiga
derang ni tak mai pun visit kitorang time lunch
rupanya tgk wayang
eksen la tu

malam2 kami
seb bek ada teknologi
layan movie
 tq raiha for coming bwk air ngan roti bagai
 tq gak utk mya
bawak buku, belon dan roti bagai
tq gak kat cousin aku bwk belon dan makanan mcm2
tq gak utk uncle bin bawak air dan biskut bagai
mak mertua aku bwkan benda alah ni
rasanya berkesan gak consume benda alah ni
byk testimoni ngan benda alah ni
 ok dah cabut drip
memanjang ilang dari katil
doktor cari asyik hilang aje
memanjang layan drama kt tv

alhamdulillah hari ke 4
jam 10 malam
doktor bagi discharge
yahooooooooo bleh balik umah
tq tok zul mai singgah, tolong angkat brg skali masuk keta

platelet dah 62, tu yang doktor bagi discharge
lagipun alyssa nampak aktif
aku rasa nak sekel ke doktor ni
aku dah tegur ko tak nak dengar kan
nama penyakit dengue ever
tapi tanda kat kes disyaki
aduhaiiii doktor pelatih ni kadang2 degil
fokus sket buat kerja bleh tak?
dah la malam sebelum tu ko amik darah sampai habis cadar tumpah darah
banyak lak tu darah yang tumpah
tak pasal2 ko salah tanda
aku nak discharge tak bleh
sebab apa tak bleh discharge?
sebab confuse
dengue tapi disyaki
sengal betul
kalau nama penyakit denggi
kena la kes disahkan
amik perhatian ye pada pekeliling
denggi dikecualikan dari bayaran caj hospital
sebab tu doktor kena tanda bebetul, kang org bahagian discharge tu confuse
bye2 wad 5A
total bill 1,860.00
alhamdulillah kerajaan tanggung
aku bayar RM1 je utk pendaftaran
lepas discharge
hari jumaat kena amik darah kat klinik kesihatan je
alhamdulillah
platelet dah 134
syukur ya Allah
so itulah cerita cuti sekolah kami
aku ngan alyssa berdua2an kat wad
aira dan aryan ada atuk nenek papa
kuikuikui

cuma nak highlight beberapa perkara aje.  aku bukan doktor, tapi tq byk2 utk kawan2 yang dari kalangan doktor yang bagi macam2 advise.  sebelum klinik kesihatan confirmkan alyssa kena denggi, aku dah whatsapp result darah kat member aku, dr hanie, katanya alyssa confirm denggi, confirm kena masuk wad dan by the time doktor tgk result sure doktor tu gelabah.
mmg betul apa dr hanie ckp....yang best tu before naik ambulans dia cucuk jarum kat tgn alyssa, tapi tak drip air....aku dah request utk drip air sebab alyssa nampak sgt lemah, tapi katanya tak yah....moment sampai emergency kat hospital serdang, punyalah bising doktor tu pasal tak drip

sebagai pesakit/org yang jaga org sakit, kita ni kena la give and take ngan doktor/nurse, fahami dan hormati bidang tugas masing2, muka tu jgn la masam mencuka mcm aku ada buat salah kat ko kan, kalau sama2 tolak ansur, mesti kerja jadi senang. alyssa kena drip, so nak pi tandas je kena panggil nurse, kesian lak aku tgk nurse tu, pesakit ramai, terkejar2 dibuatnya, kalau tak betulkan drip tu balik, memekak aje mesin tu, ganggu lak pesakit lain, so aku belajar camner nak bukak dan pasang balik, kan senang kan!
baru ko nak senyum kan nurse

pada yang dtg melawat plak, boleh tak belajar hormat
tandas dlm wad tu priority utk pesakit 
sila la bagi laluan pada pesakit nak guna
aku ni dah la terpaksa tolak drip alyssa tu kalau nak ke tandas, tgh jalan nak ke tandas, ko potong queue aku, pastu ko masuk tandas
lebih 5 minit lak tu ko dlm tandas, berak la tu
so aku terpaksa cari tandas lain sebab alyssa tak tahan
bleh bayang tak aku tolak drip tu cari tandas len
ko tu dah la lelaki, tak de telo ke bang oiiiiii

pada pesakit atau org yang jaga org sakit, jagalah kebersihan ketika ko dlm wad atau nak tinggalkan wad
jgn la sampah tu merata, sebelum discharge pastikan segala brg2 ko dan segala sampah ko buang dlm tong sampah
lepas ko discharge tu, kan ada org len akan duduk kat tempat ko
rugi ke kalau ko jaga kebersihan?
dan yang aku nak tanya, kalau tu rumah ko, ko buat ke camtu?
sepah sana sini?

duduk kat spital mmg aku akui sgt annoying, doktor yang dtg pun mcm2 jenis, soklan sama aje memasing
tapi aku jawab la elok2, yelah doktor ni ada yang mmg pakar, doktor biasa, doktor pelatih, student pun ada
tapi agak pelik pendapatan isi umah bagai pun ada ditanya
tak pelah, sebab medic student, aku layankan ajelah
siap tazkirah aku bagi wkakakakakkakaka
tapi nak tanyalah sesapa yang baca ni doktor
tak de ke rancangan nak cari troli yang agak senyap bunyi
contohnya bila nak amik blood pressure
tolak troli tu sekampung leh bangun
mmg sedikit mengganggu la kalau tak cukup tido
koh koh koh

last admitted kat hospital kerajaan masa bersalinkan aira tahun 2008 di hospital serdang
berbeza sangat ngan baru2 ni masuk
berbeza dalam erti kata ada positive improvement
semoga perkhidmatan terus cemerlang
walaupun ada segelintir yang wat hal, abis tercalar imej baik yang ada

tq utk para nurse dan doktor
aku kagum dengan semangat derang 
tq byk2 utk mak ayah, mak mertua, saudara mara, kawan2 dan kamu semua yang mendoakan kami sekeluarga, hanya Allah yang mampu membalasnya
bila kita ada di keadaan ini, baru tau dan yakin ramai yang sayangkan kita sebenarnya
syukur alhamdulillah
semoga kita semua terus dirahmati dan diberkati olehNya!



Comments

  1. Alhamdulillah...nasib baik alyssa dah sembuh..jenuh jugak kena duduk hospital 4 hari kan

    ReplyDelete
  2. ko tak wassap aku ponnnnnnnnn..

    * majuk *

    hahahhaaa..
    tak de nya,,
    aku nampak Ig kau.. tau ko kat spital
    aku nak wassap .. melepek sagu balik kerja.. lupa..
    nawaitu je ..
    kira ok lah tu kan..
    nawaitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. majuk ke?
      wkakakakakka
      ko sendiri pun melepek sagu kan
      nawaitu dah kira ok la tu bagi aku
      ala kebetulan dr hanie tu mmg dekat ngan aku, tu yang dok tanya dia
      ingat gak nak tanya ko, tapi ko jauh kuikuikui

      Delete
  3. Yang peliknya, Alyssa nampak ceria juga. Kuat semangat betul anak dara elly ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup kak, melepek camner pun, semangat kuat!
      org kat spital tanya saya, alyssa sakit apa, sebab nampak mmg mcm tak sakit huhuhu

      Delete

Post a Comment