Kemaman Terengganu - Part 1

kalau pi pangkor tu bulan feb 2014
entry kemaman ni adalah dari 11/4/14 - 13/4/14
kuikuikui
eleh ok la tu entry up less than 1 year lagi

memulakan perjalanan di subuh hari 
bersama pakwe, aira, aryan dan mak ayah aku
alyssa terpaksa aku tinggalkan ngan cacu sebab dia sekolah
jgn ngada2 nak ponteng
kenapa kami ke kemaman?
nanti di akhir entry persoalan itu bakal terjawab



happy nampak pintu gerbang ni
apa pun brenti sarapan dulu
belasah je brenti mana2 kedai
tapi best wei sapan kat kedai ni
tepi jalan besar je kedai dia
sebelah stesen petronas
look for lorong kampung besut 3
roti tempayan tu best wei
layan ngan kari kambing
kebabom

nampak tak
licin wei aku makan
sedapnya
favourite aku 
makan panas2
singgah kat area kijal
beli lemang
bagi aku harga lemang dia mmg agak murah dan sedap
 
 

lepas beli lemang kami terus ke rumah adik ipar aku
lupa la nama kampung dia
1st time aku mai umah dia
ni adik ipar baru aku
sebab adik lelaki no. 2 aku bercerai ngan isteri pertama dan kawin lain
nak tau cite kelakar
aku tak snap gambar apa pun masa pi umah adik ipar aku
kecuali bunga rambai ni
kahkahkah
akhirnya dpt jumpa dan kenal besan baru mak ayah aku
baik dan peramah orgnya

dari umah derang kami gerak utk cari tempat penginapan
ingat nak stay kat awana kijal, tapi harga kebabom la mahal weiiiii
tetiba nampak ada satu apartment
depan awana kijal
cari punya cari ada office dia di deretan bangunan kedai di tepi jalan besar
haaaaaaa bleh la
apartment 3 bilik
sorry aku lupa la harga dia semalam brapa
bahana bila lambat up entry
tapi worth your money la weiiiiii

aku nak kongsi pasal apartment ni
kalau ko pi, ko book proper bagai, insyaAllah ko akan dpt apartment yang cantik, bersih bagai
cam aku, terjah aje tetiba, full sebenarnya
tak de apartment kosong
tapi aku suh la budak tu dok tanya2 kot2 ada pemilik yang nak sewakan
dia pun kesian kat aku yang muka dah sedia sedeyyyyyy
so dia call bagai sana sini
akhirnya ada satu apartment yang sudi disewakan utk aku
pemilik dia wanita cina
nak share ni
apartment dia tak la bersih mana
habuk byk
tak properly maintained
so kalau nak duk sini, sila pastikan yang ko dpt apartment yang mmg khas utk disewakan
bukan asal boleh aje
tapi mmg kami pun tido mandi letak barang aje kat apartment ni
selebihnya kami bz pi sana sini

lepas letak barang 
rehat
kami kuar balik
nak menghala ke bandar kemaman
cam biasa nyinggah la sana sini
si pakwe ni dia asal mai kemaman aje
dia pastilah nak mengimbau masa silam dia masa duk sini

kami membelok ke telaga simpul
pakwe kata ada tempat makan kat situ 
tepi pantai
bleh la abiskan masa sebelum ke destinasi seterusnya
cuaca sangat cantik



kami makan dan minum kat sini
air 6 cawan, mee goreng 4 dan mee sup 1
total hampir RM50
amboiiiiii
mentang2 kami org luar
ko tgk keta yang kami naik park depan kedai ko
sedap betul ko membedal harga ye
malas nak tanya
ko overcharged, ko jawab la nanti ye
btw mee goreng dia sedap!
tapi bahan tak la kebabom sangat, mee goreng bodo je, tapi sangat berasa

mee goreng dia yang sedap itu


 


ada tempat mainan kanak2 kat sini
suka la aira dan aryan

ni kedai yang kami makan tu
di bawah rimbunan pokok mangga
lebat weiiii mangga dia
kalau jatuh mau benjol kepala ko


 
kenapa nama tempat ni telaga simpul?

baca sendiri la
inilah telaganya


bila waktu menghampiri jam 4 petang kami terus menghala ke hospital kemaman
itulah sebab kami ke kemaman
utk menziarahi bekas besan mak ayah aku
bekas pak mertua adik lelaki no. 2 aku
aku panggil dia pok mat

walau dia ni pak mertua adik aku suatu masa dulu
walau dia jauh
kami dekat di hati
beberapa hari sebelum aku decide nak ke kemaman
mak aku call 
ckp pok mat sakit
masuk spital
asyik nyebut nama aku je
tanya mana aku
itulah punca aku luangkan jugak masa ke kemaman
ziarah dia
jumpa dia 
supaya dia brenti nyebut nama aku dan tanya mana aku
yg tudung purple tu anak pompuan pok mat
jgn la garang sangat muka tu kak
takut saya
keadaan hospital sangat padat
panas
kena bawak kipas meja dari umah utk elakkan pesakit panas
katil bersusun sana sini
alahaiiii apa nak di kata
nangis dia tgk aku mai 
dia suh aku duk sebelah dia
borak ngan dia
masa aku sampai dia lom makan
anak2 dia kata tak nak makan
dari tadi suh makan, tetap tak nak makan
aku duk sebelah dia
aku pujuk dia
akhirnya dia nak makan
alhamdulillah

apa sakit pok mat?
ada belaka
jantung, kencing manis, darah tinggi, buah pinggang
itu kata anaknya

beberapa tahun dulu
masa aku duk KL
aku pun lom ada anak  lagi
pok mat masuk IJN
buat pembedahan utk jantung dia
lama dia kat wad
aku lawat dia tetiap petang bawakkan nasi putih dan lauk
org tua, dari kg di terengganu, mana la lalu lauk spital kan
setakat sehari 2 kat spital bleh la telan
kalau dah berminggu, usahkan pok mat, aku pun tak lalu nak makan lauk spital
makanya bila aku ziarah, aku bawakkan makanan
hampir setiap hari aku lawat dia
itu yang buat dia ingat aku sampai sekarang

setiap kali aku ke terengganu
aku mesti ziarah dia
aku selalu tanya khabar dan kirim salam melalui adik ipar aku
dah jauh2 duduk itu ajelah yang mampu aku lakukan

dari jauh 
aku selalu doakan pok mat diberikan kesihatan yang berpanjangan
semoga Allah mudahkan segalanya
apa pun yang terbaik utk dia 
kita sebagai hamba telah berusaha sehabis baik
dan selebihnya hanya doa dan tawakal
dan selebihnya lagi redha dengan qada dan qadar dariNya

Comments

  1. Memula baca kakak ceria Elly
    Bila tiba part bawah sayu hati kakak
    Pok Mat mestilah ingat kebaikan Elly sebab dulu di IJN selalu Elly bawa makan utk dia, kali ini elly jauh.

    Alhamdulillah Elly ada perasaan utk ziarah - nak juga dia makan. Syukurlah... dan moga Pok Mat terus sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah saya pun tacing gak masa type entry nih
      biasalah budak gembeng

      alhamdulillah
      pok mat sihat, dah keluar wad, walau sesekali terpaksa masud wad balik

      Delete
  2. Panjang betul Part 1 ekau kak...hahaha..
    Harapnya sampai part 3 aja la..;P

    Haipeng tak gi ke?

    Roti tempayan tu den baru tau setelah sekian lama gi Teganu...terbaca last week kat blog org...nak try la jugak...

    Telaga Simpul pun den tak pernah jejak...

    Depan Awana Kijal tu ada apartment eh? den tak pernah perasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja wat panjang
      kang ko kata byk sgt part
      tapi mmg lebey la dari 3 part
      aku kalau jenjalan, mana duk diam
      abis semua pelusuk aku redah

      haipeng tunggu entry esok ye
      itu entry len, kalau aku masuk skali, kang ko semput nak baca

      roti tempayan tu mmg sedap, ko pi makan ye len kali
      telaga simpul pun tak pernah pi
      alahaiiiii
      tak kemaman la beb

      ada apartment
      aku pun baru tau
      kalau bawak mak ayah cam aku sangat sesuai

      Delete
  3. Akak kalau ke Telaga Simpul tu dulu, utk teman hubby memancing jer...hehehehe. Makan biasanya kami dah melantak kenyang2 kat Awie Nasi Ayam di bandar Kemaman tu. Bila ziarah orang sakit dan kedatangan kita tu memberi sedikit rasa riang di hati mereka, hati kita yang kembang kuncup kan. Semoga ukhuwah itu terus berkekalan walau jodoh adik Elly setakat ini saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahah kak, ramai org memancing kat situ
      insyaAllah kak ukhwah tu tetap terjalin

      Delete
  4. mohon link blog ni...promot kmn :>
    tqvm

    ReplyDelete

Post a Comment