alfatihah utk mereka

malam tadi
tengah aku mamai2 nak tido
telefon berbunyi
katanya kak husna, bagitau mak dia meninggal jam 9 malam kat hospital serdang
dlm mamai2 aku lafazkan innalillah
tapi dlm hati dok fikir kak husna mana
rupanya jiran selang 2 umah je dari umah aku
mmg mak dia sakit
kuar masuk spital
dan dah beberapa hari kat ICU hospital serdang
baru 2 minggu lepas aku ziarah dia kat umah
itu pun sebab dia baru kuar spital
pastu beberapa hari masuk balik
dia ada masalah hati
hatinya kecut
kaki tangan dia bengkak
doktor pun dah bagi jangkaan dan makluman pada anak2
anak2 pun semacam dah bersedia menerima sebarang kemungkinan

pakwe lak tak de
kalau tak dialah yang akan tunggu jenazah sampai kat umah tu, kalau kematian berlaku pada waktu malam
aku lak, mana nak urus anak lagi, dlm hati nak gak bantu wat sarapan utk keluarga simati
nak masak, bahan tak de, nak order dah tengah malam
penyudahnya aku redha ajelah, jiran len yang settlekan bab makanan
derang mmg maklum kesibukan aku dan kekerapan suami tak de umah
tq jiran2 yang paham masalah aku huhuhuhu

pagi ni pun agak huru hara
kena hantar alyssa utk rehearsal kat sekolah kebangsaan
dah la asyik ingatkan aku jgn anto lambat
7.20 pagi nak sampai sekolah
dengan nak uruskan aira dan aryan yang waktu 7.20 pagi tu biasanya baru nak bangun
penyudahnya semua aku kejut kul 6 pagi, mandi dan siap2
anto alyssa
pastu pi nursery anto barang
anto aira dan aryan pi sekolah
dan aku dengan senang hati boleh membantu jiran dan menghadiri upacara pengebumian

van jenazah sampai jam 10 pagi
biasanya aku akan follow sampai ke kubur
sampailah selesai talkin dan doa



alhamdulillah majlis berjalan lancar 
takziah utk kak husna sekeluarga
semoga arwah ibu ditempatkan bersama2 mereka2 yang beriman

pagi ni jugak
ayah aku call
katanya nak bgtau sesuatu
aku tanyalah mende
dia kata pok mat meninggal
pok mat mana aku tanya
katanya bapak angkat aku
bertuah betul la ayah aku ni

yaaaaa
ingat cite aku ke kemaman?
alhamdulillah aku sempat jumpa pok mat
dikala dia  dok nyebut nama aku, aku muncul utk ziarah dia
takziah utk anak2 pok mat
aku doakan pok mat tenang di sana
tak la ralat di hati, sebab aku sempat berjumpa pok mat
maaf tak dapat ziarah utk kali terakhir
dari jauh doa aku sentiasa mengiringi arwah
innalillahiwainnailaihirojiun


Comments

  1. Alfatihah. semalam hana pun menziarah kematiah ayah kawan. Mereka cuma pergi dahulu dari kita

    ReplyDelete

Post a Comment