KL - KK - Kenignau - KK - KL: Part 7

puas mandi sungai
berjam2 dok berendam mandi sungai
anak2 aku enjoy gila mandi sungai

jam 4 petang
majlis bersanding bermula
kami berarak
tanpa paluan kompang
masing2 dah tukar pada baju lebih kasual
ntah apa, kami sepakat utk memakai baju kasual 
memandangkan majlis sehingga malam hari
pelan2 kami berjalan
amboi pengantin nampak macho gila



sang pengantin pompuan dah menanti bersama ayah disebelah
ada org sambut ala2 nak silat
bersama alunan alat muzik tradisi
wahhhhh best tau



kata bapa pengantin pompuan
"pi la bersama suamimu nak"
kahkahkah 
itu ayat rekaan aku semata2
amboi fifi (pengantin pompuan aku panggil fifi)
paut tangan suami kemain sakan ye
kuikuikui
semestinya tanda sayang kan
fifi nampak cantik petang tu
kami sampai disambut dengan alunan alat muzik tradisi
tak sure apa namanya
tapi best


pengantin terus naik ke pelamin
sweetnya pengantin

acara merenjis bermula
aku ingat mmg kat sana ada acara gini
rupanya dlm byk2 kampung kat situ, inilah kali pertama majlis merenjis diadakan
dikelolakan oleh sahabat2 fifi dari semenanjung
so bagi keluarga pengantin pompuan dan penduduk kampung
ini adalah sesuatu yang janggal utk mereka
tapi derang sporting
derang merenjis sama
mak mertua aku memulakan majlis merenjis


kami pihak lelaki
mereka pihak perempuan
sambil2 bersanding karaoke pun bermula
mak mertua aku mula2 berkaraoke
lagu bosanova
cayalah mak!
diikuti pakwe aku
duet pakwe dan cousin aku

pak ali pun karaoke gak
boleh tahan suara pak ali, sedap!
acara karaoke ni bersambung2 dan berselang seli
lepas pihak lelaki, pihak pompuan lak sambung
gitulah sampai malam
hahahahahhahahahahha
sakit tekak dibuatnya
bersahut2an acara karaoke
semuanya sporting2 belaka
acara karaoke ni berlangsung sampai lewat malam

berhenti sekejap utk makan pengantin
org2 penting duk la makan kat meja ngan pengantin

org cam aku makan ala2 buffet udah
cam ni la hidangan mereka
kalau kita nasi beriani, nasi minyak bagai
derang hanya nasi putih 
lauk ayam kicap, ada ayam cam kari, ayam cam paprik gitu
mmg lain la masakan pengantin derang ngan masakan pengantin kita
aku bedal je....
ada aku heran
muahahhahahahahhaha
lagi satu
kalau kita kt semenanjung, ada meja utk makan kan
derang cuma ada kusi aje
so duduk dan makan kat kusi tu ye
nampak tak
camtu la acara makan2 derang
mmg tak de meja
pengantin je ada meja
yang len2 sila duk kat kusi
atau 
duk la kat tepi2 tu duduk makan
ini tempat deejay dan karaoke
ini deejay dia
superb la deejay dia
sistem bunyi yang bagus
communication yang bagus
terhibur kami
apa bezanya majlis derang ngan majlis kita kat semenanjung?

kalau kat semenanjung
kita mai majlis kawin, makan2, salam pengantin, jumpa keluarga pengantin dan balik
dpt buah tangan bagai
pakai baju pi wedding pun cantik2 dan berfesyen2 gamaknya

derang?
hanya berpakaian biasa aje tapi.............
satu kampung mai ko
makan, berborak dan bergembira
lepas makan derang tak balik
malah derang berkumpul dan bersama2 sampai majlis abis
mcm betul2 ada keramaian yang gilang gemilang
serius meriah sangat2 aku rasa


majlis sentiasa meriah
penuh pengisian sampai lewat malam
bukan setakat sanding seperti di atas dan berkaroke
byk lagi acara
aku share di next entry ye!


Comments

  1. pernah attend majlis walimah kawan kat lahad datu, gini juga.. stail makan macam open house je tapi orang sentiasa datang start 11pg - 11mlm. mmg raja sehari sungguh! karaoke jangan cakapla... sampai 2-3 pagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnnnnnnnn
      mmg betul mcm komen mrs azmi
      dah lalui baru betul2 percaya

      Delete
  2. Cayalah MIL ekau kak....karaoke lagu Bosanova tuuuu...eh, ekau tak karok sekali ke kak? hahahaha

    Mesti teruja org kampung tu kan, 1st time renjis merenjis..
    Paluan kompang kat sana sama ke rhyme nya macam kita kat Semenanjung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak mertua den sporting weiiiiiii
      aku tak karok la weiiii
      tak kose hahahahha
      aku kan pemalu orgnya

      ahah kitorang siap ajar family dia camner nak merenjis
      yang best derang layan je
      hehehehe
      tak de kompang la wei
      dia guna alat muzik tradisi derang tu ar
      keletang keletung
      best gak irama dia

      Delete
    2. aku tak nyanyi
      takut hujan
      tapi suara org keningau kebabom weiii

      Delete
  3. Kakak sebenarnya seronok mengikuti cerita elly ni sebab itu kakak ikuti dari mula sampai yg N3 ini.

    Ada kelainan tapi seronok dan meriah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak
      follow cerita ni
      ada few lagi entry pastu bleh khatam hehehehe

      Delete
  4. Akak terfikir...kalau macam tu punya ramai yang datang dan bersama2 sampai ke malam, banyak sungguhlah tuan rumah siapkan hidangan yer Elly? Patutlah pun ongkis hantaran agak tinggi di sana yer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak, kalau non muslim ada pesta mabuk2 lagi heheheh
      tapi sebab keluarga muslim tak adalah

      Delete
  5. Tempat orang budayanya pun lain kan Elly....macamanalah kalau okje yg kena duduk sana agaknya ...ohhhh tak dpt bayangkan....Tp itulah pengalaman katanya

    ReplyDelete
  6. karaoke sampai larut malam dengan kehadiran tetamu satu kampung, bkan saja satu kg, kampung sebelah lagi...senario biasa bila ada majlis kawin semua tempat di sabah.

    ReplyDelete

Post a Comment