KL - KK - Keningau - KK - KL: Part 1

nak kata basi
rasanya ok lagi kot
cerita 2 bulan lepas

entry ni unik bagi aku
dan sangat bermakna

aku mmg teruja utk trip kali ni
pertama sebab pi reramai
aku sekeluarga
mak ayah aku
mak mertua aku
makcik aku bersama anak daranya
dan juga sepupu mak aku
total trip kami aje 8 dewasa 3 kanak kanak

ada lagi
cousin lelaki aku
dia bawak bapak dia
dan juga pakcik dia

jumlah besar 11 dewasa 3 kanak2 utk trip ni
wowwwwwwwwwwwww meriah ok
trip ni bukan sekadar utk jenjalan
trip ni satu trip penting
untuk membina sebuah masjid
itulah dia
sepupu lelaki aku
dpt jodoh dengan si dara dari keningau

so kami ni mewakili pihak pengantin lelaki
mak pengantin lelaki tak brapa sihat, jadi dia tak dpt turut serta

aku cukup teruja
nak tengok adat istiadat perkahwinan org keningau
ini kali pertama nak tgk adat istiadat org belah sini
selalu tgk adat belah semenanjung kan

aku suka adat budaya
sebab tu aku cukup teruja
nak tengok kampung org
kalau jenjalan biasa
jarang dpt masuk kampung org
acara2 gini kita dpt la masuk kampung org
dpt selami cara hidup mereka

sepupu aku kata
kehidupan harian keluarga bakal isteri
adalah 10 tahun kebelakang dari kehidupan kita
rumahnya jauh di pedalaman
air bercatu
letrik bergenerator dan ada masa2 tertentu
penuh tanda tanya di situ

kalau dah itu gayanya
camner pula adat budaya dlm perkahwinan itu sendiri
sementelah keluarga mereka ada yang dah Islam
ada yang bukan Islam

so sepupu aku amik flight awal 2 jam dari kami
sepupu aku bertolak dulu bersama ayah dan pakcik dia

aku dan rombongan aku bertolak 2 jam kemudian
flight jam 7.50 pagi
semua berkumpul kat umah aku
suh aje teksi mai umah
terus ke airport
umah aku, adik aku yang settlekan
elok la dia settlekan
sebab semalamnya kami buat makan2 syok sendiri
mcm2 makanan ada kat umah tu

flight kami dah ready
naik air asia aje
jauh nak jalan KLIA 2 tu
walau pepagi buta anak2 aku dah cam ulat nangka
seronok betul derang
sapa2 pun bleh aje terbang gitu
sebenarnya inilah harga tiket paling murah aku dpt kuikuikui
mak ayah mak mertua aku sponsor 
cousin aku sponsor mak dia dan cousin mak dia
rombongan cik kiah bersedia utk berlepas
seronok rupanya jalan ramai2 gini
mcm2 perangai ada
kahkahkah




kami duk bertiga
alyssa duk ngan papa




kalau naik flight air asia
biasanya utk perjalanan lebih sejam 
aku akan order makan
sebab makanan dia sedap dan murah
sila buat pre order utk dpt harga yang lebih murah
makan kat airport sendiri mau tau la
memandangkan flight kami jam 8 pagi
makanya aku order nasi lemak utk semua org

utk anak2 aku order ni plak
sedap boleh tahan
menu ni hanya ada kalau kita buat pre order ye

alhamdulillah sampai dah

bleh tahan panjang queue kat imigresen
kejadian yang tak disangka dan tak pernah jadi dlm idop aku
beg aku pecah
beg ni aku beli kat langkawi 2 tahun lepas
inilah pentingnya amik insurans kalau naik kapal terbang
seeeeeee
ranap beg aku
seb bek brg tak terkeluar
perjalanan tergendala
buat claim utk beg pecah
so dpt la ganti beg baru
ini beg baru utk ganti beg aku yang pecah
lebih besar
tak cantik
tak best
dan tak suka
tapi ok la dari tak de ganti kan
settle aje urusan ni
kami bergegas cari sepupu yang dah sampai awal
sepupu aku dah arrange keta utk kami
maknanya kami kena drive lepas ni
ada 4 keta yang disewa
maknanya kami akan drive dari kota kinabalu ke keningau 
aku dah google
perjalanan agak jauh 
ada 2 jalan alternatif
tapi ramai mencadangkan ikut jalan kimanis
jalan cantik
tapi .......
tunggulah aku share next entry



Comments

  1. nasi lemak air asia tak 'telanjang'.... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup
      tak telanjang
      sedap
      berasa
      dan bagi aku RM12
      not bad!

      Delete
  2. bestnya....nak plan jalan2 family ke Sabah/Sarawak...kena plan betul2 ni..bagi jadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya doakan kamu sampai ke sabah/sarawak
      plan elok2
      insyaAllah

      Delete
  3. Assalam elly,
    alaaaahaaaiiiiii
    sadisnya bag pecah
    tak lawa bag gantu tu he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam
      ahah mmg tak lawa pun
      tapi oklah dari tak de kan

      Delete
  4. keningau beb? jauhhhh tuuu...mmg jauh menyunting bunga org tu...

    cepat la update lagi...seronok gak bace...aku nak tgk budaya...majlis kat sane mcm mane...mknn pun sure lain kan...seronok gak kawin org jauh2 mcm nieh....yg pasti mesti lawoo kan sebab org sabah ni putih2 .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg jauh lieya weiiii
      tapi perjalanan yang cukup berbaloi
      mcm2 dpt hahahhaha
      pahit manis tawar kelat semua ada

      budaya mmg berbeza
      totally berbeza
      mmg putih pun bakal isteri dia

      Delete
  5. Beg ganti tu pada akak ok jer...hahahaha. Buta pesyen betol akak ni kan. Maybe sebab akak rasa beg tu sangat praktikal...hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak besar bagi saya
      dan agak tipis
      cam senang terbelah atau terkoyak

      Delete
  6. Betul Elly seronok dan tak sabar nak tengok budaya orangkan....Kalau OKje pun tak sabar jugak tu.
    Mak aiiii sampai pecah gitu.... macamana agaknya depa baling beg kitakan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. derang ni campak2 je beg kita
      kita je bagai nak rak jaga elok2

      Delete
  7. Sabah bah... Biar la x keluar negara pn. Tmpt dlm negara pn jenuh nk kasi perabih tour.

    ReplyDelete
  8. sib baik spender tak bertaburan keluar!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha malu i tau kalau bertaburan
      kahkahkah

      Delete

Post a Comment