KL - KK - Keningau - KK - KL: Part 2

flight landed dengan selamat
beg pecah... dah buat claim bagai
cari cousin kat airport .... dah jumpa
keta sewa pun dah ready
keta sewa bakal pengantin yang sediakan semua
so aku tak tau brapa rate utk keta sewa tu
dan bakal pengantin siap2 bagi RM100 utk isi minyak
ada 4 bijik keta - Myvi sebijik, alza sebijik dan saga BLM 2 bijik
orgnya tak la ramai mana
cuma beg yang banyak
so 1 keta ada 3 penumpang
sangat selesa utk perjalanan yang jauh dan jalan yang penuh mencabar
kecuali keta aku la
aku anak branak amik saga blm
sebab aku dah google bagai sebelum ni
kalau korang nak tau bleh baca kat sini
so aku dah ada sedikit gambaran perjalanan utk sampai ke keningau
keta paling sesuai tentunya 4WD
utk lebih selesa dan syok merempit
tapi keta yang ada pun insya Allah sampai!

tempat yang aku tak pernah sampai
agak pedalaman
tentulah aku akan buat study sebelum pi sana
dan aku rasa aku lagi update dari si bakal pengantin nih
sebab aku bleh tau disepanjang perjalanan ada apa, akan jumpa apa dll
kahkahkah
tapi tetap suruh bakal pengantin lead the journey
dan aku anak branak lebih selesa berada di barisan paling belakang
yelah, ada lagi 2 keta, drivernya wanita
so biar kami berada di barisan paling belakang utk memantau kalau ada apa2 atau sapa2 yang tertinggal nanti

kata bakal pengantin
dan juga bacaan aku dari google sana sini
perjalanan dari kota kinabalu ke bandar keningau amik masa lebih kurang 3 jam
dan dari bandar keningau ke umah bakal pengantin pompuan amik masa hampir sejam lagi
sebab tu kena amik flight pagi, so sampai airport KK sebelum jam 12 tengahari
campur tolak bleh sampai ke keningau sebelum cuaca gelap
perjalanan akan turun naik bukit, curam, selekoh, berkabus dll
so mengambil kira semua faktor termasuklah faktor brenti utk makan, minum, tandas, solat dll sebab tu ler kami amik flight pagi

untuk ke keningau ada 2 jalan
ikut jalan penampang - tambunan yang melalui banyak selekoh, pendakian, jurang...perjalanan amik masa lama sket disebabkan bentuk muka bumi, tapi jalan cantik tau
atau
ikut jalan papar kimanis yang mana ianya pilihan terbaru, jalan ala2 hway, besar dan selesa, perjalanan lebih cepat disebabkan bentuk muka bumi yang lebih baik
tetapi dedua jalan mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan ada persinggahan yang menarik
tapi yang aku suka
perjalanan ini akan melalui banjaran crocker
so aku expect kabus bila sampai ke area tu, sebab laluan kami dikawasan itu adalah selepas jam 3 petang

so kami sepakat memilih jalan papar kimanis
rombongan kami kan majoriti org veteran
so kami tak nak mereka keletihan
kami pun dah sepakat utk tidak terlalu kejar masa
perjalanan lebih santai, maksudnya akan ada banyak persinggahan utk regangan otot
hahahahhahahaha


bandar KK cam biasa
tetap jem
tak la seteruk KL
cuaca cantik sangat2
dalam 30 minit perjalanan
bakal pengantin belok ke kanan
memasuki satu kawasan kampung
ingatkan nak pi mana
brenti makan tengahari rupanya!
warung ni lokasinya dekat ngan rail keretapi
blakang warung ni ada sungai
terkejut aku weiii
ada buaya kat sungai tu
bleh nampak sekor buaya tengah landing kat tepi sungai dan pastu selamba masuk dlm sungai
ngeri
katanya ada 7 ekor buaya dlm sungai tu
bertingkat2 tahap kengerian aku
kami memilih menu ala carte
nasi putih bersama lauk pauk
lama gak tunggu dia masak
sebab tu aku sempat merayau pusing sungai la, tengok buaya la etc

ntah kenapa aku tak snap gambar makanan
sesuatu yang pelik nampaknya hahahha
lapar sangat agaknya 
tu yang lupa

settle makan, kami teruskan perjalanan ke keningau
bakal pengantin lead
tapi tak lama
lepas tu kami huru hara 
hahahahha sendiri jalan
sebab bentuk muka bumi tu mencabar kereta2 yang dipandu oleh kami
semestinya masa naik bukit myvi kena tinggal ngan saga BLM
dan semestinya alza pun jauh ketinggalan hahahahhahaha
yang pasti jalan straight aje
hahahahhahahaha check point kat bandar keningau
line telefon on and off
nasib la kan wkakakakakakkaka
tapi dikebanyakan masa keta aku adalah keta yang terakhir
biasalah anak kecik ada
nak kencing
nak berak
nak itu
nak ini
hahahahahhahahah





area ni nama dia kimanis


pendakian bermula di sini







nampak tak
kan dah kata
aku expect kabus
yeayyyyyyyyyyyyyyy





kabus terakhir aku snap gambar
sebab lepas dari ni
aku tak brani snap
sebab bantu pakwe utk drive
jalan sangat la kabur
kabus betul2 tebal
rupanya kami menghampiri area tertinggi banjaran crocker
pemandangan sangat indah weiiiiii
ada kawasan utk berhenti
ramai berselfie bagai
ada satu resort kat situ kalau korang nak rasa kabus bagai
ada gak tempat utk korang makan2
tapi kami lalu aje
kami tak berhenti
sebab takut perjalanan kami akan lewat
sebab cuaca mcm dah start nak mendung2
nanti aku share 
sebab masa perjalanan balik dari keningau ke KK
kami singgah area ni semula
dengan perspektif dan pemandangan yang berbeza

kami dah start turun bukit plak


menghampiri bandar keningau



inilah bandar keningau
agak besar
ada masjid
ada kfc, mc d tak delah
banyak kedai
ada hotel
jem tau bandar keningau ni
sapa sangka kan!


nampak tak kesesakan tu



panggung wayang pun ada

memang betul
lebih kurang 3 jam kami sampai ke bandar keningau
maksudnya
ada lebih kurang sejam lagi nak sampai ke umah bakal pengantin pompuan



boleh tahan gak
perjalanan turun naik bukit, selekoh bagai utk sampai ke kampung bakal pengantin pompuan
kampung nandagan namanya

akhirnya
kami sampai ke destinasi
phewwwwwwwwwwwww
sekali tengok
mmg betul seperti apa yang bakal pengantin lelaki bgtau
pembangunan 10 tahun kebelakang
cuma satu
segarnya udara!
alhamdulillah sampai jua selepas merempuh perjalanan penuh liku
tak terjangkau dek akal aku akan menjejakkan kaki di sini
lots to share
on next entry

tips perjalanan darat dari KK ke keningau:
  1. pastikan bekalan makanan dan minuman ada sket dlm keta....ada je kedai tepi jalan, ada je persinggahan, cumanya samada kena atau tak la ngan tekak korang makanan2 itu....mcm aku, aku bedal aje, janji halal....dan satu perlu diiingat, nak makan tu, tengok bebetul halal ke idak ye....mcm kami senang, sebab bakal pengantin dah pernah ke umah bakal isterinya, so dah tau mana satu kedai halal atau tidak
  2. kalau nak solat jumpa je surau, solat, sebab bila dah masuk pedalaman, payah nak jumpa surau, gereja banyak la
  3. kalau ada bawak anak kecik cam aku, toilet pun ada aje, cuma kalau derang wat hal kat tempat tak de toilet payah gak....dan kebanyakan toilet di hentian2 disediakan, sangatlah ok, cuma sekali je aku brenti kat satu stesen minyak tu, toilet dia sangatlah sedih hahahahahhahahaha
  4. peralatan asas sila la beli siap2 kalau korang bermalam di kampung area pedalaman mcm kami, sebab payah wei nak cari kedai, nak ke bandar keningau jauh lak, pastu nak kuar memalam kabus tebal, bahaya utk perjalanan lak
  5. jumpa stesen minyak, isilah minyak full tank, kang mana ko nak cari stesen minyak wei kt kampung2 tu....ada je jual minyak, depends pada stok dan harga pun lain ye!
  6. dan disepanjang perjalanan pergi dan balik KK - Keningau - KK, ada disatu masa cousin aku nak buang air kecil, selamba pi umah org tumpang toilet...hehehehe surprisingly org sabah sangat peramah dan helpful.....derang baik hati kasi tumpang toilet....serious jatuh cinta ngan org2 keningau!
  7. more tips on next entry ye!

Comments

  1. Tak ada R & R tu yg terpaksa menumpang rumah org dgn tak malunya ye. Ramai tahu bukan org Keningau aje baik rata-rata Sabahan memang friendly..

    Letihnyaaaa...

    ReplyDelete
  2. sonoknya tgk pmndgn cmtu.bab kabus2 tu best

    ReplyDelete
  3. xsabar nak baca next entry ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila bertabah dengan entry terhegeh2 saya ye

      Delete
  4. Tips yang sangat perfect utk perjalanan jauh ke tempat yg kita tak pernah sampai.

    ReplyDelete
  5. Wah...terasalah OKje mcm berjalan nak Keningau jugak hihi....Jalan dia cantik jugak yer Elly cuma tulah berbukit bukau dan selekoh tu yg agak mencabar sikit tambah lagi berkabus.....Sure macam Cameron Highland yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang la OKje
      mmg cantik alam ciptaan Ilahi

      Delete
  6. Kalau part berjalan ni mmg byk part. Semua bnd kalau blh nak jdkkan kenangan kan?

    ReplyDelete
  7. salam kenal, singgah dan follow sini.
    Saya orang sabah tapi tak pernah lalui jalan kimanis ini, Dulu2 klau nak pergi kenigau tiada pilihan kena lalu guna jalan mendaki yg satu lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal juga
      haaaa pas ni bleh try lalu jalan kimanis nih ye
      much better

      Delete

Post a Comment