KL - KK - Keningau - KK - KL: Part 3

beginilah jalan di keningau
selesa
besar
tak banyak kenderaan
cuma bentuk muka buminya
itulah challenge
semasa memandu

udara segar
sangat2 segar
jauh dari hiruk pikuk
jauh dari pencemaran

area kaki gunung
pagi2 sejuk gila wei

perjalanan dari tempat penginapan kami ke rumah bakal pengantin pompuan


ada bunga manggar gak
mcm kita di semenanjung

rumah kayu bertiang
mcm rumah rancangan felda
khemah dah siap
persiapan lain pun hampir siap
inilah rumah pengantin pompuan
dikelilingi kehijauan pokok2
nampak tu makcik aku amik feeling kat beranda
belah kanan tu reban ayam, dibuat daripada buluh
disitulah si aryan, dok cucuk anak2 ayam pakai kayu
abis anak ayam org ko kerjakan ye aryan

hahahha mak mertua aku ngan makcik aku membuat cubaan memasak
kami di kampung nandagan ni 3 hari 2 malam
masakan kan berbeza
tak tahan la tu tak dpt makan pedas
penyudahnya derang berdua masak
megi goreng pedas
ini adegan hari ke 3 sebelum bertolak balik ke KK
kahkahkah
nak share
inilah tempat penginapan kami
merah menyala ni keta kami ye
di kawasan ni ada 2 aje keluarga muslim
keluarga lain non muslim
di sini kami ditempatkan
disurau
dulu2 surau
ada solat bagai disini
tapi kena complain
azan bising katanya
pastu tetiba jadi gereja plak
pastu jadi surau balik
diceritakan oleh seorang hamba Allah yang kami jumpa
wallahualam
agak uzur surau ni
bersihnya agak kurang
tapi cukuplah utk kami berteduh 2 malam



nak share ngan korang
inilah air paip kat surau ni
inipun mak aku dah letak tuala kat kepala paip
utk tapis air tu kasi bersih dan jernih sket
tapi tetap ini hasilnya

tak terkeluar bahan2 kumbahan melihat air
tak termandi kami dibuatnya
apatah lagi nak gosok gigi
aku basuh muka guna air ni
ada rasa kesat dimuka
kena mata
pedih mata kata mak aku

bukan semua rumah airnya warna camni
dirumah pengantin airnya jernih
ada isu air disini
tak silap tentang paip dan masalah saluran
aku pun tak pasti

kami difahamkan elektrik ada masanya
siang tak de elektrik
malam ada
guna generator
tapi kami tak tau lak air pun bercatu
di subuh pertama kami disitu
semua tak solat subuh
lepas jam 12 malam, letrik langsung tak de
rupanya air pun tak de skali
camner nak amik air wudhu
pagi2 kami semua termenung
camner nak mandi bagai
majlis tunang dan akad nikah jam 9 pagi
huhuhuhu

seb bek ayah aku pi meronda
bekas askar tak de kerja lain, meronda aje kerjanya
dia dengar bunyi air
rupanya diseberang jalan besar ada sungai
kami sepakat utk ke sungai membersihkan diri

pemandangan jam 6 pagi
dah terang
ko mampu mandi sungai jam 6 pagi?????
tak pernah aku buat mandi sungai jam 6 pagi
nak mandi pagi kat umah jam 6 pagi pun terkebil2 kesejukan
inikan pula mandi sungai jam 6 pagi!

cuaca berkabus dan sejuk
uwaaaaaaaaaaaaaa camner nak mandi

nampak tu mak mertua aku ngan cousin aku tengah termenung camner nak mandi sungai
sejuk gila ok!
tangga ni belakang umah org
kami turun ikut tangga ni utk mandi
i tell u, sungai dia bersih
walaupun blakang umah sungai
aku tak nampak derang buang sampah merata2
terpukau dan terpaku aku tgk kebersihan sungai
makcik aku org pertama yang masuk mandi dlm sungai
walau sejuk
dia selamba je berendam
katanya memula nak masuk dlm sungai tu gigil la
dah masuk 
nak stay dlm sungai tak nak kuar
rupanya inilah hulu sungai kinabatangan
tak sangka dpt mandi kat sini weiiiiii
kahkahkah
tahap jakun gak la ni


cantik kan cendawan ni
aku park handphone aku tepi pokok cendawan ni
mana tahan tengok semua berendam dlm sungai weiiiiii
dari celop2 tangan dlm air sungai
penyudahnya aku berendam
sampai mak aku jerit suh naik bersiap2 nak pi majlis tunang dan akad nikah

kahkahkah
semua jalan dengan kepuasan dpt mandi pagi tu
yang tinggal kat surau, tak mandi langsung 
yang tak mandi tu tentulah pakwe dan anak2 aku
kahkahahakahahhaa
pengalaman baru utk kami
aku dah biasa mcm ni
dah pernah lalu benda2 gini
tapi ini paling memberi kejutan
terlalu banyak yang perlu disyukuri semasa melalui ini semua
syukur atas kehidupan yang kita ada
hargai apa yang kita ada

kalau korang berpeluang melalui ini semua
bawaklah pakaian tebal
bawaklah selimut
sejukkkk weiiiiiiiii
kami tak diberitahu semua ini
makanya
berlapis2 baju kami pakai masa nak tido
time subuh
kaki aku ada dlm beg baju
sebab sejuk sangat
tak tau mana nak parking kaki yang sejuk
tido pun rapat2 peluk2 sebab sejuk
ahhahahahahahhaha

bila letrik tak de
segalanya jadi gelap
takut pun ada
nak terkencing pun tahan
ada satu malam
bapak pengantin nak terkencing
dia tahan
skali dah tak tahan dia bangun
mak aku tersedar, tanya nape
katanya nak buang air
aduhai gelap ya amat
seb baik ada lampu picit mainan anak aku
guna la lampu corak katun tu sebagai penyuluh jalan nak ke tandas
gelak besar kami pagi tu bila berkongsi cerita

stok air mineral lebih
utk minum
dan kegunaan lain
ayah aku tu pandai tau
dibantainya air mineral aku wat basuh muka bagai
hahahahahhahahaha

lagi satu
jangan takut
jangan segan 
penduduk kampung nandagan sangat baik hati
sangat peramah
sangat cepat mesra
kami terhibur bersama mereka
bersama mereka kami tak kekok
seperti dah pernah berjumpa
itulah keistimewaan kampung nandagan!



Comments

  1. True enough, terlalu banyak rahmat untuk kita syukuri. Tapi Elly, sungai tu memang nampak best gilakkk okehh. Kalau akak, mesti pagi petang kat situ jer...hehehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak...bukan mesti
      mmg pagi petang kami dok berendam kat sungai
      nanti saya share di next entry ye

      Delete
  2. Bertuah anak-anak elly dpt peluang melihat ini semua. Jadi kita tak boleh salahkan pemimpin mereka mengugut kalau tak berubah juga mereka nak keluar dari M'sia. Maklumlah dah lebih 50 tahun mereka bagaikan diabaikan... kesian kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul akak cakap tu
      anak2 saya cukup enjoy
      sebab derang dah biasa lalu semua ni
      mandi sungai bagai

      Delete
  3. Yelah ....kehidupan mereka agak mundur dari kita yang di Semenanjung ni. Wow ...... dah macam berkelah kat Templer Park jer tu seronoknya ......OKje tak pernah mandi sungai tau. Makanan depa macamana Elly....Pengantinnya mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg seronok ok
      rasa nak berendam lama2 kekdahnya
      makanan dan cite pasal pengantin kena tunggu entry lain
      byk entry nih

      Delete
  4. perghhh gile rare beb pengalaman anta pengantin kat sana...bab takde letrik, air tak okeh ...kene plak mandi sungai sejuk2 tu....setengah org suke dgn pengalaman mcm nie...mcm aku ni sure dah mengeluh hahahahaahah....tapi tu laa pengalaman yg susah nak dpt kan beb....

    org sane mmg mkn tak pedas kan elly...aku mase gi cuti kat sabah mmg bab mkn laa rase tak puas...kene bwk bekal cili api kot heheheeheh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku suka lalui semua nih
      aku enjoy with the whole journey
      mmg tak akan dpt kat tempat lain
      pasal makanan dll nanti aku share
      kalau ko spesies pedas, mmg ko kena bawak bekal cili api ye lieya

      Delete
  5. eh elly mkn pengantin kt sane mcm mane...nak gak aku tau....seonok bace citer ko nie...bukan semua org dpt pengalaman mcm nie....

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti aku share entry lain ye
      sabaq naaaaaa

      Delete
  6. bestnye jalan jalan...tapi xbestnye xde letrik ngn air...bestnye mandi sungai...tapi jam 6 pagi kat sabah lak tu, tmbah ngn sejuk...errr....xpernah dbuat....tapi nak buat jugak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sejuk rietta jam 6 pagi mandi sungai
      sampai ke tulang sejuknya!

      Delete
  7. dah part 3 dah? den terlepas la entry sebelum2 ni...nanti den nak baca part 1 & 2..

    - baca entry ekau ni kak, mmg buat den rasa bersyukur sebab kita ada aja bekalan air & letrik...takyah nak kena gi mandi sungai bagai..
    - apsal korang tak sediakan lilin? takde la bergelap gulita
    - pasal surau jadi gereja jadi surau balik tu, den rasa tu mmg common kat Sabah...sebab mubaligh Kristian aktif kat sana..byk yg den baca macam mana penduduk satu kampun di kristian kan( lepas mereka peluk islam)...
    - den tak pernah mandi sungai..mandi air terjun/ laut pernah :)

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Best... Apa sengal la aku ni.

      Delete
    2. Sengal gak ko ni kan wakkaakkkakakkaa
      Tak kisah la beb, as long as derang happy, I am happy!

      Delete
  9. best gila pengalaman kau kali ni beb!
    dengan budak2 tu pun merasa duduk kampung mandi sungai!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat sangat best!
      enjoy betul!
      bukan senang nak dpt!

      Delete
  10. Kampung2 pedalam sabah mmg semua mcm ini, kalau tgok gambar kg ini kira dah ok ini, yang teruk dr ini pun ada....Suku kaum murut kalau tak silap ramai di sini.

    ReplyDelete
  11. Rasanya tak semua tempat di pedalaman sabah tiada bekalan elektrik dan airnya dicatu. hanya tempat tertentu saja yg jauh dari kawasan pekan atau bandar. macam kawasan tulid-sinua dan kawasan pensiangan. tempat lain ok rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye benar
      saya share info di tempat yang saya pergi sahaja
      tentunya tempat lain di sabah tidak la sama dengan tempat saya pergi ni

      Delete

Post a Comment