KL - KK - Keningau - KK - KL: Part 4

selepas dah dapat sumber air utk mandi
kami bersiap2 utk ke rumah bakal pengantin pompuan
yang tak mandi pun bersiap2 gak layak org dah mandi
hahahhahaha

majlis bermula jam 9 pagi
tapi kami ke rumah bakal pengantin pompuan awal sebab nak bersarapan dulu
surau yang kami duduk ni hanya utk tido dan berehat sahaja

bakal pengantin
sulaiman tu sepupu aku
fedelia tu la bakal isterinya
sampai aje kat umah bakal pengantin pompuan
kami terus naik untuk bersarapan
kami buat mcm umah sendiri aje
dah dihidang
kami ceduk terus
tgk makcik aku memulakan kerja ceduk kahkahkah sambil disaksikan oleh aira yang tak sabar sebab lapar
sarapan kami pada hari itu adalah mee hoon goreng
makan bersama ayam kicap
pada korang yang bertanya pada entry2 sebelum ni pasal makanan 
ni aku nak share la ngan korang
mee hoon tu tak pedas
mee hoon tu rasa dia biasa2 aje, agak tawar
sebab korang kena lawankan ngan lauk ayam kicap tu
baru la mee hoon goreng tu berasa sedap
ayam kicap tu pun tak pedas
dan kicap dia bukan cam kicap kita
dia ada kicap spesel tau
org sabah tau la tang kicap nih
so 3 hari 2 malam kami di sini
hari2 kami makan lauk ayam kicap nih
rasanya mcm menu utama derang la
aku pun lupa nak tanya kenapa lauk ayam kicap ni ada hari2
utk yang tak makan pedas, aku rasa korang akan suka ngan ayam kicap tu
pakwe aku jadi tukang tuang air
rombongan kami
dah kenyang bersarapan
bergambar la kami sementara menunggu majlis utk bermula
yang kat tengah pintu sebelah kanan pakwe tu la bapak pengantin pompuan


meh tengok barang hantaran dari pihak lelaki pada pihak perempuan
pre gubah dari johor
dan final touch kat keningau malam tadi ramai2









majlis pagi tu dimulakan dengan majlis pertunangan
majlis pertunangan dikendalikan oleh ketua kampung nandagan
yang baju kemeja kotak2 tengah tu la ketua kampung
sempoi, muda dan sangat mesra

majlis perbincangan utk sesi pertunangan dimulakan
yang lelaki la buat perbincangan 
sesekali yang pompuan menyampuk sana sini
sesi pertunangan sama mcm kita kat semenanjung
segalanya dibincangkan
dari segi hantaran duit atau barangan
kalau kita majlis pertunangan, yang lelaki jarang ada skali
tapi kali ni bakal pengantin lelaki ada skali
mungkin sebab lepas selesai majlis tunang, terus akad nikah

pengantin lelaki dan bapaknya
itulah pak long aku
khusyuk nampaknya pengantin dengar perbincangan
segala yang dibincangkan dicatatkan oleh ketua kampung di dalam sehelai kertas
sambil diperhatikan dan disemak oleh bapa pengantin pompuan
segala perbincangan yang di catat akan disebut utk semakan
agar segala yang dibincangkan difahami oleh semua
biasanya kita kat semenanjung perbincangan adalah secara mulut aje udah
tapi disini perlu dicatatkan, direkodkan dlm borang, dan ditandatangani
aku suka prosedur ni
ini adalah perbincangan yang berlaku melibatkan transaksi duit
samada tunai atau ansuran
diringkaskan oleh ketua kampung untuk semakan pihak lelaki
aku share satu persatu untuk item yang dicatatkan oleh ketua kampung
  1. belanja dapur RM10,000 adalah duit hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan macam yang biasa disemenanjung dan biasanya kalau dlm keluarga aku, aku bagi kat mak ayah aku untuk diuruskan.....tapi ada sesetengah keluarga, mak ayah tak amik, dia bagi pada pengantin pompuan kesemuanya....bergantung pada adat keluarga masing2 la
  2. Berian RM6,000 adalah jumlah wang untuk adik bradik dan keluarga pengantin perempuan....jumlah yang akan diberi pada adik bradik dan keluarga adalah terpulang pada perbincangan mereka kemudian nanti.  keluarga mereka mmg kuat adat .... katanya kalau ramai anak lelaki, jumlah berian ni akan jadi lagi tinggi, dan katanya kadang kala ada yang mencecah RM20k.  Melalui perbincangan, jumlah RM6,000 boleh dibayar secara ansuran dalam masa 2 tahun.
  3. Keburukan kumbang RM1,000.00 adalah duit untuk ibu pengantin perempuan
  4. Permintaan nenek perempuan RM200 adalah duit untuk nenek pengantin perempuan
so semua ni bergantung pada perbincangan antara 2 pihak...mungkin akan ada item2 lain, itu boleh kita lihat dlm perbincangan yang berjalan


selepas dah setuju
bayaran dan cara bayaran akan ditunjuk dan disemak oleh ketua kampung
ketua kampung akan catatkan segala data dlm borang pula



dan untuk barang hantaran pula mcm beg kasut dll
nilai belian barang2 ni semua perlu dinyatakan utk ketua kampung isi dalam borang
nampak sepupu aku tengah tengok resit2 bagai
selesai dicatatkan dlm borang
setuju
kita kasi sign itu borang

barang hantaran dari pihak pengantin perempuan kepada pihak lelaki




alhamdulillah proses bertunang dah selesai
kasi kuar itu bakal pengantin pompuan
selesai majlis pertunangan
kami berehat seketika
sementara menantikan tok imam utk majlis akad nikah
seriusly majlis pertunangan dia agak berbeza ngan cara kita di semenanjung
tapi aku suka cara mereka yang merekodkan segala yang dibincangkan dan yang telah dipersetujui
sekurang2nya jika ada apa2 masalah, adalah untuk kita jadikan rujukan di masa depan

kita jumpa kat entry esok ye!

Comments

  1. Perrghhhh..ketua kampung rupa macam polis trafik! hahaha...Tapi mmg semua majlis tunang/kahwin ketua kampung dia akan attend & jot down kat kertas/ rekod kan ke?

    Berian kalau sampai 20K, jawabnya tak kawin la..
    Keburukan kumbang...perghhhh...kebaikkan kumbang ada tak? hahaha..nasib baik nenek tak mintak RM5000...:P

    Apa apa pun, lain tempat, lain budaya dan gaya nya kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak pasti la soklan ko
      tapi kat kampung nandagan ni, semuanya begitu
      dicatatkan dan direkodkan

      hehehhe lain padang lain belalang
      apa pun, semua ni dah dinyatakan sebelum majlis
      maksudnya pengantin dah aware, keluarga dah aware
      so no harm
      hehhehehehehehehe

      satu pengalaman baru untuk aku
      good to know this

      Delete
  2. Kena keluarg besar besarkan perbelanjaan kena keluar ye Elly. Sampai adik-berdik, mak dan nenek sekali pun ada hihi... boleh tahan jugak kena sepupu Elly.

    Resit tu yg kakak rasa macam nak tergelak sikit (maaf) nasib baik dia simpan kalau tak ada macam mana?

    Itu cara mereka - masuk kandang kambing mengembek ye tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah kak, tapi dah tahu awal2 undang2nya
      so tak de masalah utk sepupu tu

      hehehehe kalau tak de resit, anggaran aje kak
      tapi sepupu ni dah tau camner adatnya, makanya disimpan semua resit

      betul
      itu cara mereka
      so kita hormati
      seperti mana kita nak mereka hormati cara kita

      Delete
  3. Elly, firsssttttt sekali, bab ayam masak kicap tu. Kalau akak, hari pertama lagi akak dah buat muka tak malu, pergi dapur minta cili padi 4-5 biji. Akak tak leh dik kalau tak pedas.

    Secondly, boleh tahan bengkok juga nak melamar anak Sabah nie yer. Itu x termasuk cost transport dr Semenanjung lagi. Tapi itu lah, kalau dah seia sekata, cinta hingga Jannah...apa salahnya.

    Thirdly, mudanyaaaa ketua kampung dia. Proses dia bagus kan. Menyeluruh and detail. Akak rasa, tak lama lagi, ketua kampung uruskan majlis, bawak laptop sekali. Tinggal print jer nanti kan.

    Oh..bab resit tu, cousin akak pun sama masa dia bertunang. Family perempuan minta resit. So, selepas tu, perlu atau tidak, kami sentiasa stand by resit especially untuk barang kemas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehhe kakkkkkkkkkkkk malu la masa mula2 nak wat lagu tu

      kalau dah jodoh kak
      camner pun akan berjumpa
      walau payah, walau berkos2 bagai
      tanda jodoh kuat
      bagus gak kak
      dpt la kami jenjalan jaun sket ramai2 sekeluarga hehehehehehe

      ahah muda ketua kampung
      kami pun terkejut

      so mmg betul la kan adat derang
      resit2 bagai
      tak pelah kak, kalau dah itu adatnya
      kita ke sana kena la ikut kan
      hormat menghormati budaya masing2 gitu

      Delete
  4. ingat ade pic mknn pengantin haahahaaah....oo gitu kan cara sane elly...ye laa tgk ayam kicap die pun lain rupenye.... tp alhamdulillah laa keluarga sana nampaknye betul2 jaga korang...mkn semua siap sedia .....senang laa ...rase family korang di alu2kan kedatangannyer.....

    adat kat sane mmg mcm tu kan...siap bertulis gitu...ala2 amik minit mesyuarat hah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak tau la lieya
      nape aku asyik lupa nak amik gambar makanan
      hehehehehhehehe
      makan cukup aje
      cuma menunya lain la ngan tekak kita ni

      alhamdulillah kami disambut dengan begitu meriah
      seronok rasanya

      so far yang aku tau
      gitu la adatnya
      so kita follow aje!

      Delete
  5. Assalam elly,
    ooohoooiiiiiiiiiiiii
    sakan betui adat blah sana kan3
    tapi comei la pengantin pompuan tu he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn
      kulit derang cantik...putih bersih
      pastu kan gigi derang cantik
      derang makan sirih rupanya

      sana mmg kuat adat lagi
      ada sesetengah adat bagus kita kekalkan
      untuk kebaikan dedua pihak
      bertuah dpt saksikan dan lalui semua ni
      skang baru tau

      Delete
  6. Mahal jugak yek nak kawen org Sabah ni.....ingatkan duit hantaran jer....memacam sumbangan ada weyh....kalau mak dah pengsan sekejap sebelum nikah haha..... Awak mana satu Elly? Pakai tudung sebelah pompuan baju biru tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya yang bertudung tu
      yang paling comel skali sebelah awek baju biru yang free hair tu kihkihkih
      ahah mahal
      tapi ada rasionalnya pada perkiraan saya

      Delete
  7. ini adat perkhawinan kaum murut, kadazan dusun pun lebih kurang sama....
    kalau kaum bajau, suluk lain pulak...so tang adat tu kena refer pada suku kaum mana yang nak dikawini itu.
    Brand kicap cap ayam agaknya.
    Ayam masak kicap tu boleh kira lauk rasmi orang sabah, semua suku kaum masak menu ini...lauk2 orang sabah senang dan simple aje.

    ReplyDelete

Post a Comment