Anugerah Kecemerlangan SK Bandar Seri Putra - Tahniah Alyssa!

baru sempat nak share
perkara biasa utk sapa2 yang baca blog mama alyssa ni

hari anugerah kecemerlangan SK bandar seri putra
kat sinilah alyssa sekolah
darjah 3 Jasmine

pagi tu sebelum alyssa pi sekolah
aira dan aryan tak ikut
sebab derang kena pi sekolah
untuk sekolah yang padat betul ngan pelajar
hanya yang mendapat anugerah dan yang sewaktu dengannya perlu hadir bersama ibu dan bapa
pelajar lain diberikan cuti
berbanding zaman mama alyssa dulu
kalau hari2 begini
semua pelajar perlu hadir
tak de istilah dicutikan

papa alyssa tak de
outstation
jadi mama alyssa ajelah yang mai
cacu mai skali
sebab kang bosan lak mama alyssa tu

ada persembahan pancaragam sekolah
baru ditubuhkan pancaragam sekolah ni
alyssa pilih pasukan pancaragam sebagai pilihan ke 3 untuk aktiviti ko kurikulum tahun depan
mama cam biasa la
lepas dia daftar dia terus lepak dlm dewan
apa lagi
mesti baca blog 
tak pun men game
tak pun men fb sementara tunggu majlis bermula
macam2 persembahan ada
antara yang best ni la
pasukan bicara berirama sekolah buat persembahan
pasukan ni menang tempat ke2 diperingkat kebangsaan
dan juga dinobatkan sebagai johan skrip terbaik
mmg terbaik persembahan derang
ada juga persembahan lain2
tapi cam biasa mama alyssa malas katanya nak snap2 bagai

mama alyssa mana reti duk diam
kang dia bosan
dia pun ronda2 luar dewan
cari alyssa nak snap gambar
ini adalah snap pertama yang dia buat lepas jumpa alyssa
alyssa tengah queue nak naik pentas amik hadiah
nilah dia kawan2 yang sama2 naik pentas ngan alysa utk kelas 3 jasmine
alyssa dpt no. 1
itupun mama bising gak
sebab result english alyssa drop 
setiap kelas 5 org dpt naik naik pentas





ok alyssa naik pentas utk tahun ke 3 berturut2
harap2 tahun depan dpt naik pentas lagi
tahun depan lagi mencabar
sebab kedudukan pelajar di dalam kelas ikut prestasi



dpt sijil dan plak

ngan classmate alyssa yg dpt no. 2, hannan
inilah pesaing plg kuat untuk alyssa
nyna farhana nama dia
kawan dari tadika lagi
sampai la sekarang
cuma di SK kami lain kelas
nyna kelas 3 hibiscus
dpt no. 1 juga dalam kelas
mama kata dia suka persaingan antara alyssa dan nyna
persaingan sihat katanya
overall utk darjah 3, nyna ni la nombor 1
terror kan kawan alyssa ni
alyssa kena kerja kuat lagi
sebab 
keseluruhan darjah 3 alyssa berada di kedudukan ke 44 daripada 406 org pelajar
pastinya mama dpt spend time ngan alyssa next year 
sebab mama dah korbankan cita2 dia demi anak2 dia
mama kata
kalau alyssa main2 belajar
mama sekel2 kepala alyssa
sebab mama korbankan cita2 dia demi anak2 dia
pengorbanan paling besar mama buat untuk anak2 dia

alyssa dan mama 
hari kami berseri2 sungguh
sama cam bunga seri pagi ni tau!
alyssa nak share sesuatu
mama alyssa sangat prihatin dan advance
lepas final exam aritu
walau alyssa tak dpt result
mama dah tau result alyssa
teruk alyssa kena bebel
sebab 
pendidikan islam alyssa dpt 50/100
pendidikan kesihatan alyssa dpt 85/100
bahasa inggeris alyssa dpt 76/100

alyssa diam jek la mama bebel2
mmg mama strict betul kalau bab2 belajar ni
skali alyssa dpt paper exam dari cikgu
pendidikan islam alyssa dpt 100/100 sebenarnya
dan pendidikan kesihatan pun alyssa dpt 100/100 rupanya
cuma english alyssa mmg drop betul 

balik rumah
alyssa tunjuk kat mama kertas exam yang cikgu tanda
terdiam mama
alyssa tau
mama tak akan diam terus
mama pi sekolah cari cikgu suh betulkan
camtu la mama alyssa punya prihatin
dia dulik apa walau dia kena korbankan masa kerja dia
kesudahnya inilah hasilnya
sampai sekarang 
cikgu pendidikan kesihatan alyssa tak betulkan markah utk paper pendidikan kesihatan
mama sms
cikgu tetap tak tukar gak
mama kata
masa dia jumpa cikgu pendidikan kesihatan tu
cikgu tu kata gini:

cikgu:  tak pelah puan, paper pendidikan kesihatan ni bukan paper core, lagipun tak de effect kat kedudukan dlm kelas dan kedudukan dlm darjah, biar ajelah
mama:  betul, tapi anak saya dah usaha, jadi saya nak usaha dia direkodkan dengan betul
cikgu:  nanti la saya betulkan, tapi lepas majlis anugerah la, sebab kalau betulkan sekarang, nanti boss saya marah2 saya
mama mmg cukup angin kalau org jawab camtu kat dia
terus mama jawab:

mama:  camnilah, saya minta cikgu betulkan, saya akan buat semakan, kalau minggu depan tak tukar2, saya akan hubungi cikgu semula
bagi mama alyssa 
kesilapan perlu dibetulkan
kecil atau besar
penting atau tidak
ini bukan core subject
kalau core subject camner
50 dgn 100 tu byk beza tau tak
separuh!
nasib baik mama alyssa prihatin 
bagaimana dengan ibu bapa yang tak prihatin dan tak de access dengan teknologi untuk buat semakan????????

so alyssa dah tau dah apa tindakan mama lepas ni
bila dia tengok cikgu tak ammend markah alyssa dlm sistem
alyssa tau dah
dia akan buat complain masa mesyuarat PIBG
mama mmg tak pernah tak dtg mesyuarat PIBG

apa pun alyssa tau
mama bangga dengan alyssa
walaupun masih banyak yang alyssa perlu perbaiki
jauh disudut hati dia tetap bangga dengan alyssa

tq utk ucapan tahniah dari semua 

Comments

  1. Wah...kagum akak. Tahniah Alyssa....semoga terus maintain cemerlang. Kagum juga sebab Alyssa pandai karang entry blog dengan detail.

    Elly, jangan bagi muka sangat pada cikgu. Akak dah rasa dahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakkkkkk
      mama alyssa yang karang
      cuti sekolah ni mama dia denda alysa buat karang an hari2 sebab karangan dia sangat teruk
      kadang2 kita ni parents serba salah
      kang lebey2 ngan cikgu
      dimark lak anak kita nanti
      serba salah dibuatnya

      Delete
  2. Tahniah alyssa.
    Sebagi ibu kita sebenarnya tak mahulah hampakan usaha anak kita sia-sia. Kena bertindak tak kitalah ianya subjek teras ke bukan. Tapi yg bimbangnya kalau kita buat complain bimbang anak kita di cam lain pulak - itu yg serba-salah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq auntie
      mmg betul kak
      dia dah usaha kan, jadi biarlah dia dpt rekod yang betul
      mmg nak complain byk2 pun mcm sengal
      tapi mmg saya bercadang nak complain time AGM

      Delete
  3. Tahniah Alyssa..

    Satu aja yg den tak faham dgn cerita ni...
    Yg markah Pendidikan Islam dari 50/100 jadi ke 100% tu, sebab apa? Cikgu salah tanda ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq uncle handsome!

      owhhh cerita tu
      alyssa dpt 100 markah utk paper pendidikan islam
      tapi cikgu letak dlm sistem 50 aje markah dia
      alasan ustaz, ada 3 org nama alyssa dlm kelas tu
      apa punya alasan la, kalau 3 org nama alyssa pun, kan bapaknya nama len2
      aku tak leh terima la alasan camni, buat kije mata kasi bukak besar sket bleh tak?

      Delete
    2. ustaz kata lagi dia confuse mana satu alyssa
      bleh ke terima alasan gini

      pastu papa alyssa suh tambah:
      tak susah ustaz, dlm kelas tu anak saya sorang je tak pakai tudung

      Delete
  4. Tgk la Alyssa tu! Beaming with smiles, making mama feel so proud. Alhamdulillah.

    Ha... bergambar, bergambar jugak. Ask Alyssa to keep an eye on hannan. Kang dia take over tahta pulak next year...hihi...

    Hebat lah mama Alyssa! Beruntung la Alyssa dpt mama yg tegas cam tu utk betulkan rekod markah tu.

    Nota pada mama Alyssa:
    Walau apa pun feedback mereka, akak jgn lost cool. Maintain. Diplomasi. Cara ni adalah lebih baik dan berkesan, insyaAllah. Buat black and white is better, cause then ada rekod aduan etc. Tapi leceh la sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah
      apa pun mana dia bagaimana dia
      mama papa tetap support dari belakang

      next year dia berpisah dengan hannan due to streaming process
      its ok, new classmate, more friends la camtu

      yup
      biasanya jumpa cikgu ni ckp elok2 aje
      sebab dia pun manusia
      ada gak masalah
      dengan harapan ckp bebaik
      buat la kije bebetul

      saya mmg rasa nak buat aduan
      tak de niat lain
      cuma
      utk pastikan segala proses betul
      nak2 bila teguran dah dibuat
      complain pun dah dibuat

      Delete

Post a Comment