Q-Dees Konsert 2014 - Part 6 (ok janji ini entry last)

entry terakhir pasal q-dees konsert 2014
itu janji aku
hahahhahaha

pada yang nak baca, sila la baca part 1 sampai la part 5
semua aku dah kongsi kat situ

tahniah aira
berjaya menamatkan alam tadika sebelum memulakan sesi persekolahan secara formal utk tahun 2015
aira mula join q dees masa umur dia 4 tahun
alyssa pun mula join q dees yang sama masa umur 4 tahun
cuma aryan aku hantar awal sket, 3 tahun sengah

alhamdulillah 
berdasarkan pencapaian dan perkembangan alyssa
jadi aku dan pakwe mengambil keputusan utk menghantar aira dan aryan di tempat yang sama
sementelah dah kenal ngan cikgu2 ngan pemandu van sekolah semua
so senang dan aku rasa lebih selamat dah terjamin

pada yang bertanya kenapa tak hantar aira ke sekolah lain, jadi bleh tengok kelainan antara sekolah2
sekolah ni bagus, sekolah ni tak bagus, sekolah ni ok dari segi ni bla bla bla
jawapan aku mudah je
anak2 dah serasi
aku pun dah serasi
hubungan ngan guru2 sangat baik dan tak pernah ada masalah
penekanan atas pendidikan mmg ada, tapi aku tak nak mengenepikan zaman kanak2 mereka
aku nak mereka enjoy zaman kanak2 mereka seperti aku dulu
kalau dulu aku gasak main parit, panjat pokok, pusing 1 kampung
tapi cara mereka dan zaman mereka dah berubah
permainan mereka juga dah berubah

nangis ke tak?
meragam ke tak?
meraung ke tak aira masa mula2 sekolah?

tidak sama sekali
dia happy pi sekolah
enjoy pi sekolah
cuma balik sekolah tu dia terbongkang la kepenatan biasanya
hahahahhahahahha

paling dia enjoy adalah membaca
itu dia punya passion
baca buku
buku dan aira sangat sinonim
pi mana2 buku la dia bawak
tido pun dengan buku

buku apa?
buku cerita
majalah cam upin ipin, boboi boy, asuh, ana muslim
komik
apa2 la jenis buku

classmate aira
ada yang sekelas semula ngan aira masa masuk darjah 1, ada yang tak
tapi mereka tetap rapat seperti zaman2 di qdees

nak tau?
 si alyssa tu dah umur 10 tahun
tapi kalau dia cuti tetap nak nyibuk pi q dees gak
yang cikgu dia kat q dees tu pun rajin melayan dia suh datang
dia pun apa lagi

ok entry terakhir ni sebenarnya aku nak fokus pada pentingnya momen2 penting seperti ini direkodkan dlm bentuk gambar atau video utk tatapan aku bila dah tua dan utk tatapan aira bila dia dah besar nanti

oh ye
skang si alyssa rajin baca blog aku
kadang2 aku tengok dia baca blog aku sambil sengih2 cam kerang busuk
atau sambil gelak tak ingat dunia

so aku kena take note
utk lebih senonoh dlm penulisan aku
kakakkakakakaka
ada aku kesah?

ok berbalik pada issue momen2 penting ni
konsert aira ni clash dengan majlis anugerah cemerlang utk sekolah agama alyssa
so aku dan pakwe terpaksa berpecah
aku ke konsert aira dan pakwe ke majlis anugerah cemerlang kat sekolah agama alyssa

selepas mengambil kira banyak faktor
sebab konsert ni melibatkan aira dan aryan sekaligus
dan aryan tu amatlah manja mama kan, mama kena ada je ngan dia
so aku takut aku terlepas momen2 penting si aira
dan memandangkan ini konsert terakhir aira
maka aku ambil keputusan utk hire jurugambar

2 hari lagi nak konsert baru aku decide
menggelupur cari jurugambar
kawan aku agak professional
dia charge RM1 ribu utk projek ni siap ngan album bagai
koh koh koh
over budget
tapi aku tau dengan harga begitu mmg hasilnya sgt superb
sebab aku pernah amik servis dia

akhirnya cari punya cari
dpt 1 org jurugambar
RM300 charge
amik gambar dan kasi burn itu gambar terus
aku sempat la skodeng instagram dia
tak la banyak gambar dia letak
tapi dia banyak amik outdoor photo la

so aku gamble aje le
janji aku tak lepas momen2 penting aira
tapi aku lupa satu benda
apa yang aku lupa?
nanti aku mention di akhir entry

pada hari konsert
aku dah pesan siap2 suh dia mai awal sebab aku nak kenalkan anak aku kat dia
bagi dia aturcara konsert
ok
dia mai awal
2 org yang mai
aku tgk camera
canggih ok!
mcm professional fotographer punya camera
aku pun ckp la apa aku nak bla bla bla
aku highlight mana satu aira dan aryan pun persembahan dan slot
aku suh dia cam betul2 aira dan aryan

seperti dijangka
aryan ada la wat hal sket
nangis2 nak mama
sebab mama asyik nak concentrate kat aira
aryan mula jeles
itulah kepayahan aku yang paling utama dan itulah sebab utama kenapa aku amik jurugambar
kalau ada pakwe senang sket
aku leh amik sendiri gambar cam tahun2 sebelum ni
biasa aku amik gambar, pakwe amik video
so tahun ni  aku amik video dan harapan aku cantiklah outcome dari fotographer tu

pung pang pung pang
gambar dah abis burn
payment dah selesai
bila diteliti gambar
sangat mengecewakan aku
korang ni charge diri korang fotographer kan
tapi aku kecewa ngan hasil gambar korang

aku share satu aje momen penting yang aku kira sangat sangat penting
tapi telah digagalkan oleh dia
cuba tengok gambar ni
momen ni ada 1 keping gambar aje dia tangkap
gambar ni adalah gambar kami sekeluarga bersama semua guru2 aira dan aryan seramai 5 org
tak tau nak kata apa
kalau ko tak dpt momen ni bebetul bleh kan bagi instruction
kita snap semula
dan paling aku tak bley blah sekeping aje gambarnya
grrrrrrrrrrrrrrrr

aku redha
aku pasrah
sebenarnya aku sedey dan kecewa
nasihat aku pada korang yang menawarkan servis sebegini
buatlah kerja dengan betul
seboleh2nya buatlah yang terbaik utk client korang
aku rasa lebih puas hati kalau aku sendiri yang amik gambar
tapi
apakan daya

so apa yang aku lupa??????
dlm pada nak rakamkan momen2 
dlm pada mencari khidmat jurugambar
dlm pada menimbang tara charge yang dikenakan
aku lupa 
yang
aku 
perlu 
fikirkan 
faktor paling utama
bayaran yang dibuat dengan hasil yang aku akan dpt
adakah setimpal
dan aku lupa
sebelum aku commit
aku perlu meneliti hasil kerja mereka
tapi
bila segalanya last minute dirancang
maybe jadilah gini

satu pengajaran untuk aku sebenarnya
jgn nak kedekut kalau nak sesuatu yang cantik dan memuaskan
tapi 
tapi 
tapi 
sebenarnya
dengan harga yang aku bayar
semestinya hasilnya bleh lebih baik
kalau kita bleh jadi jurugambar yang baik 
dan kita betul2 ikhlas dlm mengerjakan sesuatu tugasan itu
senang aje bagi aku
brapa pun kita bayar, sebagai pemberi khidmat, kita perlu bagi yang terbaik utk client kita, sebab khidmat itu telah dibayar atas harga yang telah dipersetujui

utk fotographer tersebut
terima kasih atas khidmat anda
kalau sket lagi korang perbaiki segala kelemahan, insyaAllah peluang utk korang lebih banyak di luar sana

kalaulah ku tau kau sudi
lama dah ku whatsapp ko
mungkin bukan rezeki
kita terima apa yang terjadi
terima bukan sebab malas atau apa2
tapi apakan daya aku
huhuhuhu

*****
korang korang semua
aku banyak cite basi nak up pas ni
sudi2lah ye melayan wkakakakakakkaka 

Comments

  1. Mungkin jurufoto tu baru amatur kot...

    Mungkin dia perlu banyak lagi belajar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ntah la
      saya sendiri keliru dan mcm2 rasa ada

      Delete
  2. zaman saya dulu tadika xde konsert ni kak.. just amik gambo pakai jubah tu je..belakang just tabir biasa..teknologi semakin pesat...skuk ni da macam graduasi bila amik sijil..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah zaman saya
      ntah mana gambar zaman tadika saya

      Delete
  3. haaaahhahahahaaaaaaa!!!
    cikgunya tinggal 2 1/2 !!!

    mengong!!!!

    ReplyDelete

Post a Comment