Avillion Port Dickson - Review dari kaca mata aku

entry terakhir untuk avillion port dickson

sebelum aku sambung entry ni, aku nak jawab dulu soklan2 korang di entry sebelum2 ni
soklan yang paling banyak manakah aku ketika anak2 aku bergembira dlm kolam ?
aku ada, aku amik gambar derang la
dah puas amik gambar, aku letak camera aku, simpan elok2
baru la aku berendam
kenapa aku berendam?
sebab aku tak reti berenang
so aku berendam ajelah kahkahkah
bila aku berendam lak
semuanya dlm pool dah
so sapa nak snap gambar?
so
sebab tu lah gambar aku mandi manda tak de
rugilah korang
kalau tak dpt tgk gambar aku ber2 piece
ekekekkekekekekekek3

dah...............jom pusing2 keliling avillion
tgk apa yang ada
tgk apa yang menarik kat sini

tak jauh ngan pool, berdekatan ngan pet farm
ada minangkabau bullock cart
bleh la nak posing2 kat sini
kena masanya ada la burung merak, ayam belanda dan menatang2 lain yang jinak2 berkeliaran

bleh refer kat tanda ni utk jenjalan
macam2 ada
ada trek utk jenjalan keliling resort ni
mcm trek dlm hutan kekdahnya
laluan ke bilik kami
bilik kami di area rangoon
byk pokok ni kat area resort
aku suka benda alah ni
ada tempayan nak buat basuh kaki
manjang anak2 aku main air kat sini

disadvantage kalau cuaca hujan
nak ke lobby kena hujan kuikuikui
tapi ada je payung disediakan 
bleh amik sesiap kat lobby kalau tak nak berhujan dan berpanas

sampai dah bilik kitorang

jom tgh camner rupa bilik yang kami dpt
sebijik katil king
dan sebijik lagi katil single kat tepi tingkap tu....muat utk aira dan alyssa
aryan cam biasa la menyelit antara mama dan papa
ada balcony
tapi yang kurengnya
bilik kami tak mengadap laut lepas
so tak brapa privacy 
len kali kena mention siap2 dlm booking
jom masuk bilik air
ada bathtub
di area shower ada bumbung yang terbuka
bleh mandi hujan
eh kapal terbang!
dlm bilik air 
ada lubang2 camni
so korang kalau ada anak hati2 ye
takut terjatuh
ada tembok tu, cuma takut la kang anak2 panjat tembok jatuh lak kat area ni
cuma tak syoknya, kadang2 ada bau sket la dlm bilik air
bau air laut yang agak mengganggu lubang idong aku


best melepak kat balkoni
dpt minibar mix ni free
termasuk dlm package yang aku amik
tak best sangat...kedekut la resort ni
bagi la makanan yang sedap2 len kali
arghhhhh bedal ajelah
view dari balkoni bilik kami
sambung lagi apa ada kat sini
ada nature's walk
korang bleh la jalan2 exercise kat sini
seronok wei
macam2 ada disepanjang nature's walk ni
jom jalan
cantik bunga ni



melepak kat sini sangat ohsemmmmmmm



jalan2 jumpa spice farm


korang tau mana satu pokok kaduk????
pakwe kata yang daun beso tu, blakang kayu hitam tu
rasa nak sekel je dahi dia
pokok kaduk pun tak kenal
tuuuu
yang macam daun sireh tu
selain dari spice farm
ada butterfly patch
orchid farm
lupa nak snap gambar

kita pi di sebelah hujung sana plak
ada aktiviti air
boleh mandi laut
boleh main pasir
kami dpt main  water bee ni FOC
tapi tak naik pun
malas ar

layan sunset jom

utk kaki pancing mmg elok
bleh la memancing
member aku mai dia mmg kije menangkap ketam
byk wei ketam kat sini
kalau kena timing beso2 ketam






kapal terbang bersepah2 lalu kat sini
aktiviti wajib yang bleh buat kat sini
utk anak2 aku
byk masa habis kat pool
dah la pool tutup jam 9 malam
haishhhhhh
nak kejung aku tunggu derang berendam
ada 3 pool kat sini
ini pool yang pertama
ada slide
pool tu tak dalam
sesuai la utk bebudak
nampak tak, takat montot aryan je air dlm kolam ni
hahahahhahaha
mmg enjoy la bebudak mandi kat kolam yang ada slide ni
tak caya bleh refer kat entry ni

kolam yang kedua
dalam la jugak
beso kolam ni
anak2 aku suka terjun2 kat pool ni

meh tengok keseronokan mereka kat pool ni
kat entry ni
dan juga entry ni
dan juga entry ni

ini kolam yang ketiga
kolam utk org dewasa aje
bebudak tak leh mandi kat sini
mat dan minah salleh ramai la kat sini
ber2 piece ekekekkekeke
sangat privacy pool ni kalau korang mmg kaki berenang
apa lagi yang kami buat masa kat sini?
kami ke pet farm
lepas tu kami juga bz ngan aktiviti di kids cabin

ok 
utk review makanan plak
package aku amik siap2 breakfast breakfast
ada dinner skali je (4 course dinner)
utk info, inilah harga breakfast buffet ye
RM35++ adult
RM15++ child
tekak aku mengatakan tidak utk makanan time buffet breakfast
tak de rasa makanan yang agak kebabom
hanyalah bersifat biasa aje rasanya
aku frust
sebab kat pd ni dah la payah nak cari makan yang bebetul sedap
hotel lak rasa hampeh gak
charge mahal tu
so len kali aku tak akan amik buffet breakfast
sebab tak sedap dan costly
kan dah kata
mana2 derang pi, ada je derang kawan
ni time dinner 
ni buffet dinner berbayar
sebab kan dah kata 
percutian kali ni tak mo kuar pi mana2
nak duk dlm hotel je

dah tak nak makan, dia melepak ngan budak ni main game plak
dinner buffet review:  biasa2 aje, dan lepas ni kalau mai sini, tak nak dah amik dinner buffet dia, tak variety dan pilihan sgt terhad
senang cite tak sedap
biasa2 aje
dinner yang kami dpt free tu adalah 4 course dinner
sorry la
gambar tah mana agaknya
tapi senang cite tak sedap
tak abis pun makan
anak2 semua ckp tak sedap
aryan lagi la
tido terus atas kusi tak nak makan

hari terakhir kami disini
check out jam 12 tengahari
air surut bawah resort kami


memasing menunjukkan muka poyo sebab dah kena balik
nampak tak beg kuning tu 
tertera 1 love avillion
dpt free 2 beg dan ada hadiah misteri
puzzle kapal 3d
bab merosakkan gambar mmg hobi korang kan
mama nak posing sibuk nak join
tapi muka memasing macam apa je
saja je dengki kan korang bertiga ni

beg ni la yang dpt free 
dlm tu ada puzzle kapal 3d
suka la tu si aira dpt free gift
aryan muka tak puas hati kena balik
menuju lobby dengan hati yang berat nak balik
kahkahkah

duk dendiam tunggu mama check out
utk yang bertanya
total bill kami utk 3 hari 2 malam
sebenarnya aku amik package
package utk family la, lupa lak nama package tu
dalam package tu termasuk:
  1. 3 days 2 nights stay for 2 adults and 2 kids with breakfast
  2. dinner sekali utk 2 dewasa dan 2 kanak2
  3. 30 minutes water bee kat area pantai
  4. free batik/ceramic painting for 2 kids
  5. surprise gift for the children (2 children) - alah yang dlm beg i love avillion tu, dlm beg tu ada puzzle kapal 3d
  6. minibar mix
  7. 1  hour use of karaoke room
  8. and few discounts utk spa dan f & b
kenapa aku amik package ni?
dan kenapa kami ke sini?
kami kesini 2/1/15 - 4/1/15
ingat kerajaan bagi cuti extra seminggu sempena banjir besar yang melanda negeri2 pantai timur?
time tu la aku amik kesempatan bercuti
memandangkan cuti akhir tahun aku dan pakwe tak bawak anak2 berjalan ke mana2
maka kami amik peluang utk bawak derang bercuti 
dan percutian kali ni adalah utk berehat dan spend time ngan anak2
dan percutian kali ini tak memerlukan kami keluar dari hotel/resort utk beraktiviti dll
kami hanya nak beraktiviti di dalam hotel/resort sahaja
sebab tulah aku memilih avilion resort port dickson
segala mak nenek ada dlm hotel
dan mmg pun
kami menghabiskan banyak masa kami dlm resort
di pool, pet farm, kids cabin, di restaurant, dan di seluruh kawasan resort
dan aku rasa harga package yang aku bayar adalah berbaloi
anak2 cukup seronok
mmg betul la kata kak singa
anak2 aku mmg ulat air
aku kalau bercuti mmg aku kena make sure hotel ada pool
kalau tak, matik la kena bebel sampai nanah tinga

adakah aku akan kemari lagi?

semestinya!!!!!!!!!!!!

kenapa semestinya??????????
dah amik membership avillion pun
kehkehkeh


Comments

  1. not bad harganya... dah mcm level grand lexis.

    ReplyDelete
  2. kalau semua ada dalam area hotel, ok la tu...ehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup
      harga berbaloi dengan apa yang ditawarkan

      Delete
  3. ramai review avviloin the besh tau, ari tu nk p pd pun duk kt hotel sri malaysia je sbb yg lain dh full lah kak
    next time cube sini plk

    ReplyDelete
    Replies
    1. pd hotel kena book dik
      kalau tak redha ajelah mana ada kosong

      Delete
  4. yg pastli bace kisah ko ni aku pun nak ckp best.... bilik cantik n xklusip.... lawooo..suke aku style gitu.....ko pun rajin dok hotel kan elly...ko pun dah masak kan mane yg okey mane yg tak okey...bagus gak ko buat entry gini dpt le org lain jadikan rujukan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku mmg kaki jalan2 cari hotel hehehehhehe

      betul lieya
      entry ni utk berkongsi
      sebab aku pun cari gak entry dari blog org len utk baca review hotel2 aku yang nak pi next

      Delete
  5. Kakcik kalau dapat masuk dalam kolam, memang suka baring atas air... rasa terapung2 dan nyaman je... :)

    Bagus juga bercuti kat Avilion ni, serba maknenek ada kecuali tak seronok baca tentang makanan yang tak sedap tu la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg rasa cool dan rileks kan kak chik

      mmg best
      serba mak nenek ada
      makanan mmg out, tak tau la esok lusa

      Delete
  6. Assalam elly,
    fengsahn tengok bill
    tapi memang bestla kan3

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam
      jgn pengsan
      nanti saya rendam dlm kolam

      Delete
  7. Bestnya Elly....entah bila nak dpt tido kat Avilion ni....tunggu keluar duit KWSPlah kot agaknya hihi.....
    Cantik dan sangat sangat best tu tempat ni yek Selalu tgk dari jauh jer okje kalau ke PD tau Elly

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah ada rezeki satu hari nanti
      dulu elly pun lalu2 jeling2
      alhamdulillah termakbul jua impian

      Delete
  8. Replies
    1. dah bagi review kat atas
      tak sedap
      biasa2 aje di tekak sis
      nothing extra ordinary

      Delete

Post a Comment