Happy 7th bday Aira, 27/1/2015

cerita tertangguh punya lama la
kejadian bulan january 2015 yang lalu
kahkahkah

happy 7th bday aira
moga jadi anak yang solehah, berjaya dunia akhirat

hari bday tu
papa kesayangan dia tak de
outstation
sedey la minah tu

mula mula
aku tak plan pun nak beli hadiah kad bagai
sebab dah papa dia tak de
dan aku lak dh ckp siap2
celebrate bday dia lambat
tunggu papa balik

tetiba alyssa dah siap2 beli  hadiah dan kad bagai utk aira
hasil pau duit kat aku
alamak
takkan mama tangan kosong kan

aku gelabah cari kad bday kat kedai buku
nasib baik jumpa
rasa tak syok lak tak bagi dia apa2

so kad bday dari aku
mewakili semua org kat umah

ni kad bday dari alyssa utk aira
juga mewakili semua org dlm umah
mau tak tercabar aku
kad dia cantik
siap ada muzik dan lampu
nampak tak lampu
yang riben2 love2, kumbang butang tu dia DIY
not bad gak pilihan alyssa ni
mentang2 aku bagi duit lebey
dan alyssa bagi hadiah ni utk aira
comel sangat
handbag dari kertas keras
dlm handbag tu ada buku hello kitty
benda2 camni mmg favourite aira
kebetulan di siang hari bday aira tu
kan hari kerja
si pakwe dia buat appointment servis keta dia
tapi dia outstation
mmg nak kena sekel pakwe tu
makanya berkampung la aku kat audi sg besi tu
anto kul 10 kul 6 siap weiiiii

tapi nasib baik la otak aku geliga
whatsapp member ajak lepak kat klcc
amik teksi dari chan sow lin ke KLCC
eleh tambang tak sampai pun RM10
balik dari KLCC ke chan sow lin amik ko!
RM18 bahahahhahahahha
centre court KLCC
cantik kan

disebabkan member aku si nai lambat makanya aku pi isetan pi cari hadiah bday aira
aku beli beg ni
dengan set barbie ni

tgk muka budak happy dpt hadiah malam tu





bab2 jadikan gambar tak senonoh mmg kepakaran aira
tgk la mata dia
haishhh ini budak

selain dari dapat hadiah dari aku dan alysa
dia dpt hadiah dari anak sepupu pakwe
ai fariha
dia kasi tempat letak pensel dan tabung kaler hijau tu


ok  time utk bukak hadiah hahahhahahah

dah puas main
time tido
abis semua hadiah dia diangkut masuk bilik
letak tepi tilam dia
dia kata nanti aryan curi
wakkakakakakkakaka
tgk tido pun peluk bantal busuk papa
budak mentel ni jeles aku snap gambar aira tido peluk bantal papa 
dia nak gak sekeping
beberapa hari selepas bday aira
transit dia buat makan2
meraikan bday girl bulan january dan february
aku tumpang la sekaki
bagi sket duit kat teacher transit
suh derang la uruskan apa yang patut
tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
inilah hasilnya

majlis diadakan pada hari jumaat tengahari
antara break sekolah kebangsaan/sekolah menengah dan sekolah agama
jumaat rehat tengahari kan lama

ini kek bday bday girl
dan yang ni untuk bday boy
birthday girl dengan teacher transit
bday boy dengan teacher transit














 
selain kek
teacher taska masak nasi impit + rendang
spaghetti kuah merah dan putih
soto
puding truffle
sakan memasing makan



syok makan bday girl





cuaca panas lit2
tapi awan mendung dan kuar
rutin setiap hari jumaat tengahari
lepas makan
mereka akan ada group donut
group donut ni adalah tazkirah antara anak2 transit dan cikgu transit
pastu solat zuhur berjemaah
yang lelaki kenit2 tak dpt la ke masjid utk solat jumaat
dah sapa lak nak anto
dah sapa lak nak jaga nanti
dah semua cikgunya pompuan
selesai makan2/solat zuhur, aku drop alyssa ke sekolah agama dia
pastu aku terus ke KLIA2 nak pick up pakwe
supir tu tersenarai dlm job description aku wei
kahkahkah

tu dia hadiah dari papa utk bday girl
jauh dtg dari jakarta
special edition lagi


 yang budak tak sambut bday pun dpt gak hadiah
sapa lagi kalau bukan si manja mentel aryan

 ni hadiah dari teacher transit aira
 baju besar sket
tak pe
simpan dulu
dah muat nanti pakai
 dan sebenarnya aku buat small celebration utk bday aira kat rumah
hari ahad sebab nak gak celebrate sama2 ngan papa
aira kan anak papa

nak tiup kek dan makan kek tu berlima bosan la plak
makanya aku buat small celebration
aku jemput few close friends dan sedara mara dekat
ada la dlm 10 family
utk sama2 lepak minum petang
aku suka celebrate dlm small group gini
sebab aku ada masa utk layan semua tetamu
berbanding kalau buat celebration besar2
mmg tak mampu nak layan semua org

aira request cake tema clash of clans
kat umah ni semua org main COC kecuali aku
jgn tak tau si kenit aryan tu pun main COC ok!
special design cake utk aira

 aku masak speciality aku je aritu
macaroni bakar + puding custard dan cocktail
aku order mee hoon goreng + karipap + cheese tart + cream puff
tambah pisang emas sket dan buatkan air sirap

sebenarnya masa majlis tu aku ada amik gambar guna camera aku
tapi 
tapi 
tapi
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
masa transfer gambar ke laptop
tak tau pe terjadi
masa nak buat entry ni
aku tgk langsung tak de gambar majlis tu
nak nangis rasa
tak de gambar aira blow candle kat kek COC tu
ampunkan mama aira
semua tu kesilapan teknikal 
rasa nak tampo diri sendiri pun ada nih!

so tengok ajelah kek ni ye
tq untuk semua jemputan yang mai
tq untuk yang bawak hadiah utk aira
korang semua awesome la
happy tgk korang enjoy makan dan chit chat sama2
ada rezeki kita lepak2 lagi ye


Comments

  1. happy birthday aira..sorry lambat wish sebab mama pun up entry ni lambat...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha tq uncle
      biasalah mama aira terhegeh2

      Delete
  2. Meriah sungguh bday aira.. Kawen esok tak tau la weh... Hadiah mesti tak muat rumah! Heheh
    Happy belated bday to her... Semoga jadi anak terbaik utk keluarga yg terbaik... Ameen..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aminnnn
      tq auntie nai!
      sebab date ngan auntie nai la, aira dpt hadiah mama beli kat klcc tu

      Delete
  3. Alhamduillah... betul-betul diraikan birthday Aira ye.
    Aira happy, yg meraikan pun happy sama.

    ReplyDelete
  4. Hepy bezday Aira.....seronoknya Aira dpt celebrate banyak kali . Mesti puas makan kek kan .....

    Sama mcm anak bongsu okje tu dah besar pun masih layan Dodoll lagi

    ReplyDelete
  5. Assalam elly,
    waaa
    bertingkek2
    celebration birthday girl yer
    sooookaaaaaaaa3

    ReplyDelete

Post a Comment