Kisah Aira Masuk Darjah 1, SK Bandar Seri Putra

ini cerita 2/1/2015
lama tak aku peram
ada sebab kenapa aku peram 
jawapan ada di gambar terakhir nanti

2/1/2015 hari orientasi darjah 1 untuk aira di sekolah kebangsaan bandar seri putra
hari pertama aira memulakan sesi formal persekolahan
punyalah excited
semua serba baru
pepagi gelap dah siap
sabarlah aira
orientasi kul 8 pagi pun mula
jom rakam kenangan aira nak mula darjah 1




ok turn korang adik bradik lak posing



si alyssa tu kemain melompat
kasut dah la tumit tinggi



ok
dah sampai perkarangan sekolah
aira totally excited and super cool
sangat bersemangat nak sekolah
sangat independent berbanding alyssa dulu masa darjah 1


aira ditempatkan di kelas 1 Dahlia
masuk kelas terus
atas meja siap2 ada bungkusan buku teks untuk di bawa balik
muka bosan dah 
hahahahhaha


dah bosan dia kuarkan khazanah dia dlm beg




aku tinggalkan aira dlm kelas ni ngan cikgu dia
sementara aku pi dewan besar untuk taklimat ibu bapa

abis2 taklimat dia dah ilang dari kelas
tengok2 dah tunggu kat bus stop sekolah
mmg dah pesan siap2
kalau mama papa tak de, tunggu kat bus stop dlm kawasan sekolah
bagus
patuh arahan mama papa

alhamdulillah selesai orientasi
aira looking forward nak pi sekolah lepas tu

hari pertama sesi persekolahan
malam tu aku dh siapkan semua beg2 sekolah dan pakaian sekolah aira dan alyssa
walaupun aira baru 1st day sekolah
aku takkan hantar dia pi sekolah
walau hakikatnya mama papa mmg amik cuti 3 hari untuk aira
sila naik bas sekolah
aku mmg train dari day 1
tak de makna aku nak anto nek keta
sila belajar berdikari dari day 1
bersusah2 dahulu
bersenang2 kemudian
dia naik bas sekolah je, aku terus bergegas nek keta, tunggu kat sekolah, tgk dia turun bas dan tgk dia betul tak masuk kelas dia
sesi pagi aira bersekolah agama (nanti aku share cite sekolah agama di entry lain)
sesi petang aira bersekolah kebangsaan
so balik dari sekolah agama, aira akan ke transit
makan dan bersiap
lepas tu dari transit just jalan kaki ramai2 ke sekolah kebangsaan ngan cikgu transit 
hari pertama sekolah 
bermulalah episod skodeng aira 
bukan apa
skodeng untuk memastikan dia faham arahan pergi dan balik sekolah
pastikan dia faham arahan aku, pergi dan balik sekolah camner
alhamdulillah, sampai sekolah dia terus ke dewan, pastu baru masuk kelas

aku skodeng dia dlm kelas
duk depan skali tu 
kiri kanan budak lelaki
waktu rehat aku skodeng jugak
ni dia beratur di luar kelas nak ke kantin

rileks je dia jalan


tetiba aku kantoi ngan aira kat sini
kahkahkah
last2 aku jumpa dia dah melekat kat papa

haus katanya
abis air milo ais
aku skodeng
dia pi beli lagi air milo secawan
terror gak dia shopping kat kantin
untuk makluman 
aku bagi aira RM2 aje utk satu sesi persekolahan
sebab lunch dia dah makan kat transit
lepas beli air milo ais kali ke 2, dia beli mee hoon sup pulak
hahahahahha
rupanya dia ada duit extra
hebat ko shopping kat kantin aira



abis waktu rehat
semua masuk ke dewan besar
aku pi kelas dia
snap gambar kelas 
nampak tak beg budak pompuan kaler apa
semua pinkkkkkkkkkkkkkk

hari pertama berjalan dengan baik
abis sekolah tunggu kat sini ramai2
nanti cikgu transit akan tunggu kat sini dan jalan sama2 balik transit

skodeng hari ke 2
dia baru sampai sek kebangsaan ramai2 jalan dari transit ngan cikgu transit
bagus
patuh arahan
sampai terus berkumpul dlm dewan

abis sekolah hari ke2 jalan sama2 balik transit


hari ke tiga bersekolah
dah hari terakhir utk aku skodeng
time rehat
dia shopping lagi kat kantin
lepas shopping kat kantin
masuk dewan besar utk berkumpul
main kejar2 
hari ke 3 persekolahan lulus dengan jayanya
alhamdulillah
mama bleh pi kerja ngan aman dan senang hati lepaskan aira utk ke sekolah bersama2 kawan2 dan cikgu transit
moga aira dan kawan2 selalu dlm lindungan Allah ye
belajar rajin2, jadi anak yang solehah
hari berganti hari
bulan berganti bulan
byk perkembangan positif aku nampak kat aira
tulisan makin cantik
cara mewarna makin baik
makin patuh pada time table aku buat
aku mmg ajar anak2 kat umah
aku mmg garang kalau bab2 mengajar ni
itu kata anak2
sebenarnya aku tegas
aku tak suka anak2 aku main2 time belajar
aku tak de apa nak tinggalkan utk derang kalau aku mati nanti
ilmu ajelah yang mampu ubah derang
itu pesan aku utk derang

yang kelakar tu dia jadi penolong ketua darjah
jadi aku pesan la:
"aira sekarang dah jadi penolong ketua darjah, kena la tunjuk contoh yang baik, homework kena siap, buat cantik2, kena selalu tolong cikgu"
tau aira jawab apa?????
"mama ingat aira nak sangat ke jadi penolong ketua kelas??? cikgu tu suh aira"
kahkahkah
aira ohhhhh aira

awal march 2015
ada ujian prestasi 1 di sekolah kebangsaan 
aku mmg selalu ulangkaji ngan aira
dia selalu ckp dia tak suka exam
nangis2 ckp tak suka exam
dia kata nak aku duk sebelah dia time exam
mmg la impossible aira wei
dari lembut nasihat aku
jadi keras nasihat aku kat aira

cuma aku pesan kat aira
time exam buat yang terbaik
cuba aje buat
tak tau tak pe
kalau dpt markah sikit mama papa tak marah
mama papa akan ajar sampai aira pandai dan faham

setiap kali balik umah
aku tanya exam camner
jawapan aira
"senang"
aku tanya lagi 
senang senang
atau senang kacang
jawab aira
"senang kacang je mama"
kahkahkah

bukti "senang kacang" aira
alhamdulillah
dlm pada tak suka exam, inilah keputusan ujian prestasi 1 aira
aira dpt nombor satu dlm kelas daripada 36 org pelajar
dan aira dpt nombor 8 dlm darjah daripada 410 org pelajar
alhamdulillah 
syukur ya Allah
tahniah aira!
perjalanan masih jauh aira
kalau aira terus berusaha, insyaAllah, mama yakin
kejayaan sentiasa akan bersama aira
amin!

Comments

  1. Anak yg jenis mudah berkawan tak ada masalah elly. Letak di mana pun boleh. Kita aje yg cuak.

    Apa pun tahniah buat aira.

    ReplyDelete
  2. Assalam elly,
    waaaaa
    tahniah aira
    good girl :)

    ReplyDelete
  3. Wah...! Daripada takut dengan exam, last-last dapat nombor 1.

    Tahniah...!

    ReplyDelete
  4. Mmg cemerlang la cara mamanya pun...hehehe. Terbaik dik...

    ReplyDelete
  5. puan, boleh tau tak hantar transit mana?? anak sy juga akan mula sek di BSP keb n agama untuk sesi 2016

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf atas lewat reply
      anak saya di transit baiti, area putra tropika
      boleh call saya 0122735830 utk further info

      Delete
    2. maaf atas lewat reply
      anak saya di transit baiti, area putra tropika
      boleh call saya 0122735830 utk further info

      Delete
  6. puan, boleh tau tak hantar transit mana?? anak sy juga akan mula sek di BSP keb n agama untuk sesi 2016

    ReplyDelete

Post a Comment