Kisah Aira Masuk Darjah 1 - SRA Bandar Seri Putra



kali ni nak cite pasal aira masuk darjah 1kat SRA Bandar Seri Putra
SRA aira sesi pagi
utk SRA tak de orientasi khas
hari pertama terus aje dtg sekolah
so malam2 tu aku dah siapkan semua beg2, kasut, botol air dll
so pagi tak gelabah
subuh2 dah siap
alyssa plak sesi pagi dia sekolah SK
aira sesi pagi di SRA
alyssa naik bas jam 6.30 pagi ke SK
mmg awal betul naik bas, padahal dari umah ke SK tu tak sampai pun 10 minit
apa nak buat, bas sekolah nak memusing sana sini

bas aira sampai jam 7.15 pagi
excited betul mokcik kenit ni nak pi sekolah
comelnya aira pakai tudung
alyssa tu tie tak dpt lagi
pakai ajelah apa yang ada ye
sebab awal lagi
meh kita amik gambar dulu ye aira

aira naik je bas sekolah
mama papa terus kezas ke sekolah
nak tgk pandai tak aira cari kelas berdasarkan gambarajah kat banner

kat sekolah org dah ramai
dan yang paling best
aku ngan pakwe sampai lepas bas sekolah aira sampai
jem tu nak pi sekolah 
hahahahhaha
gelabah la aku 
risau aira jumpa tak kelas
sebab dia memang tak tau kelas dia kat mana
dia cuma tau dia kelas apa dan dia kena cari sendiri
aku terus ajelah pi cari dia kat kelas
elok dah duduk dlm kelas 
ahhahahahahah
berkat selalu heret anak2 ke sekolah
derang pun dah pandai berdikari
waktu rehat
mama papa tunggu
dia makan nasi lemak
pedas katanya

lepas rehat
dah masuk kelas semula
hahahhaha
lulus!
dengan jayanya
alhamdulillah
duduk depan skali
tu classmate masa tadika, ilzreen
anak assistant aku
boleh lak sekelas


jam 11 pagi
abis waktu persekolahan SRA
aku perati je aira pi mana lepas kuar kelas
bagus
1st day dah lulus nek bas
hari ke 2 tunggu bas 
aku akan skodeng je dari jauh hari ni
aku tak skodeng kat kelas
aku tunggu waktu rehat je jam 9 pagi
bagus!

lepak skali ngan anak cousin pakwe
sekelas gak masa tadika
geng mulut murai
cakap tak henti2
dlm kelas asyik bercakap sampai cikgu terpaksa asingkan kelas
hari ke 2 waktu balik persekolahan
bas dan van sekolah huru hara
keta ibu bapa pun masih ada yang masuk dlm kawasan sekolah
wah
lulus utk hari ke 2

hari ke 3 persekolahan
aku tunggu kat kantin je terus
bagusssss
kali ni dia lepak ramai2 ngan kawan2 dia
budak belah kiri skali tu nangis nak mak dia
jenuh aku pujuk
tetap nangis
aduhaiiiii
tapi makan tetap makan bekal dia tu
hari ke 3 waktu balik persekolahan
hari ni bas dan van sekolah lebih teratur dan tersusun
sebagai ajk pibg kat sekolah ni
aku mmg memantau pergerakan van dan bas sekolah memandangkan aku ada 3 hari kat sekolah utk skodeng anak aku
so apa yang aku tak berkenan aku share ngan ajk2 lain utk sama2 cari jalan selesaikan
alhamdulillah hari ke 3 semua keta ibu bapa dah tak dibenarkan masuk ke dlm kawasan sekolah
hanya van dan bas sekolah yang berdaftar sahaja boleh masuk
bagus demi keselamatan anak2
pastikan van dan bas sekolah yang anak2 kita naiki dilindungi skim insurans murid sekolah spad ye
anak2 dah mula keluar utk pulang
mencari bas dan van sekolah masing2
lulus dengan bergaya utk hari ke 3
mama boleh kerja esok hari dengan hati yang senang

bas mula bergerak meninggalkan perkarangan sekolah
aira terus balik ke transit


alhamdulillah senang betul menguruskan aira masuk darjah 1
aira sangat berdikari
lega hati aku nak kerja 

3 bulan persekolahan byk perubahan aira
dari teruk tulisan jawinya
dah comel tulisan jawi aira
dan lancar bacaan jawi aira
bagus
perubahan yang baik

ujian prestasi 1 berjalan sebelum cuti persekolahan
alhamdulillah 
aira berada di kelas ke 2
aira dpt nombor 12
cikgu kata aira tak de masalah sangat
semua ok aje
tengok keputusan aira, mama akan ajar aira dengan lebih intensif supaya peratus aira berada di paras 90 keatas
90 ke atas tahap mumtaz
sebenarnya aira sedih dpt no. 12
dia ngadu kat papa dia nangis2 
sedih dpt no. 12
tak pe aira
mama tau apa masalah aira
utk SRA masalah aira 1 aje
utk semua paper hanya satu masalah aira
aira confuse huruf jawi apa yang boleh disambung
dan huruf jawi mana yang tak boleh disambung
cikgu pun ckp benda yang sama kat mama
majoriti soklan sebegitu aira dpt salah
tak pe 
tak pe
mama janji
mama akan bagi latihan intensif utk aira
moga keputusan pertengahan tahun aira lebih baik dari ini
apa pun, mama bangga dengan pencapaian aira
ini baru ujian pertama
lepas ni banyak lagi ujian
kita cuba lagi ye aira!

Comments

  1. Budak cerdik, tak takut dan ligat senang dan diurus Elly. Tak payah susuah-susah mama/papa dia dah pandai.

    Bab menulis jawi semua budak akan ada masalah sama mana yg boleh sambung dan tak.. tapi biasa sekejap aje ni Elly..

    ReplyDelete
  2. Bagus Aira...cepat berdikari..
    Ohhh.,..zaman sekarang meja budak2 sekolah dah canggih eh, pakai meja biru tu...teringat zaman den sekolah, pakai meja kayu, penuh kesan torehan..hahaha

    ReplyDelete
  3. * nengok kelender kat dinding *

    sibbb baik update dalam tahun ni jugakkkk

    kahkahkahhhhh

    ReplyDelete
  4. Jawi tu lama-lama bila dah biasa baca, akan dapat juga, insya-Allah.

    Cantiklah seat dalam bas tu, macam bas persiaran je...

    ReplyDelete
  5. Cantik tersusun and well organized sekolah ni.
    Teringat sekolah yg anak saudara saya mengajar tu.. serba kekurangan....
    Kesiannya tgk budak yang nangis tu....

    ReplyDelete
  6. Good job mama papa aira! Aira... anak yg cerdik. Insyaallah dia akan lbh perform akan dtg. Sonok baca citer pasal anak2.. syabas kerana dpt jd ajk pibg yg buat keje bkn sekadar pandai cakap berjela2 hihi..

    ReplyDelete
  7. Assalam elly,
    iols ni dok pulun baca pengalaman ibu2 bapak2 anak masuk sekolah tau3
    hover excited
    sedangkan lambat lagi anak iols nak sekolah he3

    ReplyDelete

Post a Comment