Majlis Kemahiran Amal Islami Zon 1 (KAMIL)

kepada anak2 yang bertanding utk KAMIL esok
selamat maju jaya
bertandinglah dengan sihat dan penuh semangat
meh ramai2 saksikan kehebatan anak kita semua

antara acara yang dipertandingkan:
  1. hafazan terjemahan
  2. hafazan dan tafsiran
  3. bercerita dari AlQuran
  4. khat
  5. khutbah jumaat
  6. tilawah AlQuran
  7. pidato
  8. syarahan bahasa arab
  9. azan dan iqamah
ada jugak acara berkumpulan:
  1. muhawarah
  2. kalam jama'ie
  3. solat jenazah
  4. rawi dan marhaban
  5. nasyid
kalau ikut tahun2 lepas, sekolah SRA bandar seri putra byk bolot kemenangan
moga rekod tahun lepas bertahan dan akan jadi lebih cemerlang

aku ada esok, tapi aku mai lepas settle urusan anak2
alyssa ada swimming class, dan esok aryan ada parents teachers day kat tadika dia
pakwe lak liga futsal belah pagi sampai tengahari

aku?
tetap maintain status makcik lego
temui makcik lego esok kat sekolah ye anak2
makcik jual murah je lego tau
RM3 sekotak
harga ekslusif tu dari makcik, harga penuh kasih sayang
makcik jual gak snackers, stickers
dan makcik berpakat dengan kengkawan geng2 PIBG lain utk buat jualan
nak tau apa geng2 makcik jual, mai la dtg esok!

kita jumpa ESOK!
HUNGGA HUNGGA

Comments

Post a Comment