alyssa # taekwando # mssd # sparring # 17052015 # good luck alyssa

sekolah alyssa dan aira dah mula peperiksaan pertengahan tahun smalam
Ya Allah berilah anak2 kami kelapangan hati dan fikiran, tetapkan fikiran mereka, permudahkanlah mereka untuk menjawab soalan peperiksaan, semoga mereka dpt mengingati dan mengaplikasi apa yang mereka telah pelajari
moga anak2 kami mendapat keputusan yang baik, begitu juga sahabat2 mereka yang lain, semoga semuanya berjaya mendapat keputusan yang baik

bulan ini sungguh mencabar
dlm pada sibuk bersiap utk peperiksaan pertengahan tahun
alyssa juga sibuk dengan sukantara dan juga acara2 rumah biru yang mana dia kena jadi wakil
dan juga sibuk mempersiapkan diri untuk kejohanan taekwando peringkat mssd di SRJKC semenyih ahad ini, 17/5/2015
makanya bila anak2 bz
aku automatic bz
dah 3 minggu setiap rabu malam dari jam 8.30 malam hingga 10.30 malam, kena berkampung di sek men saujana impian, kajang untuk intensive training
penatnya tak yah la cite
aku yang tengok alyssa training pun penat
abis training, dlm keta dah pengsan 

few snap masa alyssa training
camera cap badak amik gambar masa training semua ala2 parkinson
aku share yang elok ajelah ye
semua exercise ni dijalankan selepas derang lari 10 round kat open hall ni










ini cerita ahad baru ni, 10/5/2015
hari menimbang
di sek men saunaja impian, kajang
jenuh suh budak ni diet kurangkan makan utk timbang berat badan dia
kahkahkah
membebel lapar lapar lapar kat aku
sabarlah, lepas timbang nanti, nak bedal byk mana mama tak kisah

barisan hadapan skali bersama alyssa ada 4 org dari kiri wakil dari sek keb bandar seri putra  dan 2 awek belah kanan tu adalah wakil dari sek men bandar seri putra
alyssa satu2nya peserta tunggal perempuan utk sek keb bandar seri putra
waktu menimbang tiba
aritu berat dia 26kg+++
pagi ni turun pada 25kg+++
patut kena jogging extra ko ni alyssa kahkahkah
settle urusan timbang
semua pelajar dilepaskan mengikut sekolah masing2
mcm sekolah alyssa, tak de cikgu pun mai, so balik terus 
sekolah2 lain aku tgk, cikgu derang ada, so derang training tau
seronok tengok
moga tahun ni adalah cikgu sekolah alyssa yang bertanggungjawab utk mai support anak2 murid
tahun lepas sorang pun tak timbul, padahal ada yang sampai ke peringkat mssm
sekolah yang paling banyak hantar calon tahun lepas, dan sekolah yang paling banyak menang tahun lepas adalah sekolah alyssa
so cikgu2 come on, give some moral support to your student

kalau tahun lepas alyssa berjaya sampai peringkat MSSS
kita tengok sejauh mana alyssa mampu pergi tahun ini
mama papa dan adik2 sentiasa doakan yang terbaik utk alyssa
menang kalah itu perkara kedua
kami mahukan total exposure dan pengalaman untuk alyssa pelajari
semua ni tak de jual kat kedai alyssa
its u!
good luck alyssa ahad ni
doa mama papa dan adik2 sentiasa mengiringi alyssa!

Comments

  1. semoga berjaya alyssa......!!! ..

    ReplyDelete
  2. Keep it up Alyssa!!

    Anak den yg sulung tu, dulu masa tadika, ada belajar taekwando ni, tapi baru pergi 2-3 kali, terus berhenti...sebab cikgu nya kejap ada, kejap takde..adoiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq uncle!

      taekwando jgn selalu ponteng
      nanti tak fit
      pastu lupa heheheeh
      momentum ilang
      pi la cari tempat len plak
      actually taekwando ni bagus utk disiplinkan anak2

      Delete
    2. cikgu chipsmore namanya tu..

      Delete
  3. Perhaps mummy wanna read buku 'The Sports Gene' :).

    ReplyDelete
    Replies
    1. mummy bz la uncle
      buku dia brapa rak belom baca
      dia beli aje sebab nak claim lhdn punya rebate
      kikikikikiki
      dia kata dia rajin baca blog dan nak2 blog uncle sebab kat blog uncle banyak gambar cantik2

      Delete

Post a Comment