cerita tahun baru cina 2015

baru memasuki 2 ramadhan kan
belom aidilfitri lagi kan

meh meh aku nak cite pasal aktiviti masa cuti tahun baru cina
kakahkahkah

aku kan masa kecik duk ngan nenek 
sekolah kat umah nenek
jadi umah nenek ngan aku tu hubungkait amatlah rapat dan susah untuk dijelaskan
umah nenek dan aku amatlah sinonim ye
cuma 
arwah nenek dah lama tinggalkan kami
alfatihah untuk arwah nenek
arwah atok?
lagilah lama dah tinggalkan kami
since aku umo 9 tahun
alfatihah untuk keduanya

aku mmg plan balik johor time raya cina
so last minute plan
balik umah nenek ramai2 ngan pakcik makcik sepupu sepapat
kita berBBQ

pagi tu kami bergotong royong bersihkah menatang yang nak di bbq dan segala mak nenek yang nak di bbq
perap
dan siapkan makan tengahari sekaligus
dan juga makanan2 tradisi keluarga kami yang selalu menjadi permintaan
sejak anak2 aku dah beso bleh la byk masa kat dapur menolong
kalau tak ngemping aje anak aku sorang2

ni group membersih dan mencuci 
pakcik aku dan adik aku no. 3, si pian boncit



ni plak kaum wanita kat dapur
siapkan bahan2 nak perap dan prepare untuk makan tengahari
kambing
ribs
ni lauk tengahari kami
betik muda yang belom masak
mmg la betik muda belom masak kan
kahkahkah
tumis ngan lada kisar, bawang, ikan bilis 
makanan favourite kami
anak2 banjar
belah mak aku ni org banjar 

ni satu lagi menu tradisi kami
sambal pancok
pancok tu bahasa banjar
maksudnya cam rojak la
ko jgn tanya bahan2nya apa
aku tak tau
sejak kecik aku tau mencekik aje benda ni
dah bancuh jadi la rupa camni
bahan utama pancok ni
pisang muda tau
phewwwwwwwwwww
adehhhh bulan pose ni
lauk tengahari kami,
ada asam pedas ikan merah + sayur bendi
aku tak suka bendi
makcik aku ni dengki
aku tak suka bendi
dimasaknya lauk bendi tumis plak
sup sayur utk anak2 kecik
sayurnya semua tenggelam
ada gak asam pedas ikan kembung ni
aduyaiii asam pedas
dan paling kebabom
pekasam ni
uwaaaaaaaaaaaa nak meleleh dah air liur aku nih
pastu makan bersila ramai2 kat dapur lepas solat jumaat
kena buat 2 group
memula group lelaki
derang settle baru la group pompuan makan
kalau tak, confirm tak muat 
matahari mula melabuhkan tirai



jom mula membakar
ketua projek BBQ
aku bagi arahan aje
peaco yo cik aziz!
dibawah pohon manggis kita berbbq
ni makcik aku yang duk kemasik 
blakang tu cousin aku yang duk shah alam
lulus katanya proses pembakaran

sambal pancok siap utk dimakan 
inilah bahan2 memancok
memancok = merojak
pisang muda ni bahan utama tau
sedap
percayalah!


tuang sambal pancok
tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
ada kek
ini speciality aku
everytime bbq mmg aku ini bahagian aku
potato salad, tuna makaroni dan jugak coleslaw


cousin aku buat
pavlova
potato
membakar tanpa henti





jom makan sambil borak2
seronok  berkumpul ramai2

pakcik aku ni mmg superb
siap lampu kat dahi ko





dipenghujungnya
kami meraikan dengan dentuman mercun 
dan pancaran cahaya bunga api
berplastik mercun ada 
kahkahkah
kami biar aje org kampung men
lps jam 10 malam, kami lak buat serangan balas
bahahhahah kebabommmm




malam berakhir dengan perut yang kenyang 
dan hati yang cukup seronok

tetiba
di pagi hari
sesubuh hari
ketika aku tgk syok tido
mak aku kejut aku suh bangun
aduyaiiiiiiiiiiiiiiiiiii

aku tau dah projek pe derang ni
nak buat untok la tu
untok = makanan org banjar
kalau korang mcm burger malaysia la, pau isi sambal tu

agak dah
derang dah siap uli
dan dah tiba masa nak bentukkan adunan yang dah diperap
amik sebesen beso ah
bila tgk ada rongga2 kat tepung tu camni
maksudnya dah bleh bentukkan adunan ye tuan2 dan puan2

bentukkan camni


bila dah naik kembung
kita goreng

nak tau kuih untuk menjadi atau tak
dia akan ada lubang kat dlm tu mcm ni
belah 2 kuih tu tanpa putus
then letak sambal
eh aku tak share cite pasal buat sambal untok ni kan
ala senang aje, lada kering + kicap + gula + air asam
blend pastu dah seimbang rasa pi didihkan dan tahan lama untuk disimpan dlm peti
bukan setakat untok aje sarapan pagi tu
ada ayam rempah
mee hoon
burasak
aku tak ingat sapa yang bawak mai
dan juga bubur kacang hijau
breakfast skali harung ngan lunch
senang
yang aku tau
lepas aku settle buat untok
giliran cousin lain plak ngemas ye
gua lak nak rileks

petang tu aku bertolak balik ke kluang
umah mak aku 
sebelum tu
kita jjcm sket kat felda sungai sibol ye
jenuh cari kedai ni
terpusing2 kami
biasalah cabaran nak makan sedap kan

ini kedainya

dia punya signature
mee udang
tapi dah sold out

selain itu
mee goreng udang dia pun sedap
perghhhhhhhhhhhh
udang beso2 wei

mmg sedap!
so sapa2 nak mai sini
sila pastikan alas meja dia corak camni ye
kuikuikui
itulah cerita tahun baru cina hari tu
selain dari balik umah nenek aku kat felda sungai sayong, aku balik gak ke umah mak aku di kluang dan juga umah mak mertua kat johor bharu

amacam?
kalau korang cool lagi
maksudnya tahap keimanan sangat tinggi sebab entry ni byk gambar makanan
kahkahkah

salam 2 ramadhan korang!






Comments

  1. Amboi Elly... Gigih akak bersabar...tunggu lepas buka baru baca tau. Syukur selamat perut akak. Giler menggoda. Even mihun pun nampak sedap. Yg lain apatah lagi. Dik...citer Christmas tahun lepas dah sudah.ke? Lariiiikkk......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perli baik nampaknya!
      As usual kak......that's me!

      Delete
  2. Nasib baik saya bukak blog nk time malam. Kalau siang tadi saya buka, mau meleleh air liur. Hahaha...

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan, membakar seafood tuu ;p

    ReplyDelete
  4. wahhhhhh.....sungguh kejam menayangkan makanan yang serba enak...lama tak makan tumis betik muda tu..dulu mak rajin buat walaupun mak org jawa hahaha tapi jiran kan ramai banjar...hehehe

    ReplyDelete
  5. Elly nekcik rasa macam pergi bazaar ramadhan....meriaah bener...aduhaiii burasak tuvyg meleleh air lioq.....dah jadi bugis campor banjar

    ReplyDelete
  6. banyaknye makanan yang sedap sedap...tetiba rasa nam masak tuna macaroni berbuka nanti....

    ReplyDelete

Post a Comment