KL-Jakarta-Bandung-Jakarta-KL: Part 2

itenary utk trip kali ni

depart from KL - Jakarta:  5/6/15 @ 0700 hrs via airasia-meeting @ Tangerang-Jakarta Town-direct to Bandung-Heritage-check in Hotel
6/6/15:  meeting @ Mutiara Hotel, Bandung-Pasar Baru-Hotel-Heritage-Paris Van Java-Hotel
7/6/15:  meeting @ Mutiara Hotel, direct to Jakarta-Tanah Abang-Tangerang-Airport via air asia-touch down @ KLIA 2 at 2330++ hrs
phewww capek dong!


tips yang aku lupa nak share masa part 1 aritu
iaitu tips nak ke Pasar Baru di Bandung

nak shopping ala2 mak datin 
nak shopping lenggang kangkung tapi beli sampai 1 kontena lagaknya
kahkahkah
dan yang pastinya nak shopping dengan aman dan sentosa tanpa sesat barat, tanpa ada masalah cari barang tapi tak jumpa

nak tips tak?
biasanya kebanyakan org amik supir skali masa trip ke bandung atau mana2 nak pi di indonesia
yeeee itu antara pilihan yang terbaik aku jugak rasa
dan kalau mau ke pasar baru di bandung, minta pak supir dptkan porter utk korang
porter ni korang kena la bayar servis dia
ikut la brapa korang nak bagi bergantung brapa jam korang heret dia kesana kemari dan bergantung juga pada brapa byk brg ko suh dia pikul
dengan adanya porter ni, dia akan bawa ke kedai yang korang request
kalau korang nak cari telekung, dia akan bawak ke kedai2 telekung
dia jugak boleh bantu korang membeli kalau korang kurang mahir dari segi bahasa
dan porter ni juga, akan membawa segala brg2 yang korang shopping
dan korang bleh la jalan lenggang kangkung ala2 kak limah lenggang ye
dan tak bermakna dengan adanya porter ni korang tak bebas
korang boleh aje brenti kat mana2 kedai yang korang nak
as per your request
bagi aku porter ni memudahkan pandu arah dan proses pembelian kalau korang beli brg banyak
tak la lenguh tangan nak menjinjit
biasanya kami bayar antara 100,000 - 500,000 rupiah utk service ni
kat mana amik porter ni?
biasanya  bila ke pasar baru ni, pak supir parking keta di parking lot tingkat atas
dah ada porter yang menanti

ok sambung cerita dari part 1 


perut maha lapar
pak supir kata tugasnya blom selesai
cari kedai makan kat area pasar baru tak ada
kalau ada pun tak kenan ngan tekak

jalan punya jalan
cari la teksi
ok dpt 1 teksi
macam2 la ko pak supir 
alasan macet la
susah la
tak tau la restoran kami nak pi tu kat mana
last2 kami kata hantar ke hotel ajelah
eh 
tetiba dia kata tau plak lokasi kedai yang kami nak pi tu
sekel kang!

restoran ni la yang kami nak pi
Raja Sunda
makanan sunda


restoran yang selesa 
menu


kami yang mmg kebulur
tak nak kalah
amik paket 6 tu ye
meh tengok org yang kebulur order apa dan dia dpt apa

ni macam kuih rempeyek kita la rasanya
ulam2
tahu
kalau ke indonesia silalah makan tahu
tahu dia sedap
makan tahu ngan sambal ni
nikmat betul la wei
ikan gurami bakar
udang
ayam bakar
cumi = sotong
kangkung + beef + telo burung puyuh
ini mmg win la kat tekak aku

aku amik es jeruk kelapa = air kelapa + limau


mmg kenyang ya amat la makan
lama kami melepak kat restoran raja sunda ni
sebab tunggu pak supir pick up

sampai aje pak supir, lepas tu kami ke area heritage
kejap je pun kat sini sebab bosan
lagipun sampai area ni ada masa sejam sebelum derang tutup kedai
belah kiri tu pak supir kami
boring2 kat heritage
kami ke paris van java
aku suka mall ni
open concept mall
dah tutup gak
cuma ada la few kedai yang masih bukak
 








malam tu puas kami ronda nak cari port tengok bola
lupa lak game apa ye malam tu
tapi masya Allah semua tempat full house
menyesal lak tak tempah tempat awal
ni antara kedai yang ada menayangkan game bola, tapi pun penuh
penyudahnya kami balik ke hotel 
tido lagi best la
tu aku la, yang lagi 3 org ni aku tak sure la
yang aku tau, aku nak tido sebab esok jam 8.30 pagi nak bertolak dari bandung ke jakarta semula

tepat jam 8.30 pagi selepas siap check out dan sarapan
kami bertolak ke jakarta
tak nak lewat sebab flight kami jam 8++ malam

r n r yang kami suka brenti setiap kali perjalanan dari bandung ke jakarta
pertama sebab aku bleh makan ice cream baskin robbin
aku bleh layan starbucks
pastu aku bleh beli kek kartika sari dan amanda


kota jakarta



badan pengawas pemilu = macam suruhanjaya pilihanraya 
kami kan berempat trip ni
aku teman si binturong dogol sorang ni nak ke tanah abang cari baju  utk dijual
yang si pakwe ngan sorang lagi mmg pemalas disuruh drop derang kat mall, katanya mau ngopi aja

sampai dah area tanah abang
byk blok, sesak dan padat
kami cuma nak tuju ke satu kedai aje berpandukan alamat yang ada
sebab masa sangat terhad



nampak tak brapa tingkat
mau rabak kaki wei

ini tujuan kami

kawan aku sibinturong ni borong baju longdress buat tido
macam baju ala2 kelawar la kalau kat malaysia
tapi kain dia sedap wei
sejukkkkkkkkkkkkk
selesai borong
korang la kasi angkut
aku follow je


kasi pak supir tunggu sat
kami nak pi satu tempat
pak supir kasi duk dendiam kat situ bersama brg2 yang kawan aku borong tu
berat wei nak bawak ke sana kemari

teman si binturong ni lagi
aku mmg suka la amik gambar buah es jeruk ni
gegar la plak
amik gambar sambil jalan gitulah
di kawasan luar tanah abang byk org berjualan
sihat2 aku tengok buah2 derang jual

si binturong ni nak ke kedai ni
beli habbatussauda
kat sini murah
mmg betul
jauh murahnya dibandingkan kat KL
kedai ni jual banyak brg2 dari mekah
kayu sugi

lipstick mekah
tgk si binturong ni  memborong
dia ni kalau beli sebotol aje, mmg aku tajang
sebab penat aku jalan teman dia jauh2
tapi nasib baik dia beli banyak kahkahkah
eh kalau korang beli, sila check in dlm luggage ye
jgn hand carry
kang tak lepas
jadam
pahit macam apa rasanya



meriah kan area luar tanah abang ni 
bukan setakat berjualan
derang makan2 je kat situ
tengok derang berniaga



org jual beg ni mmg merata

kalau kat malaysia, mau hilang helmet buat camni
kat indonesia org tak heran pun


haaa berat wei beg tu
ada dlm 60 pcs kot baju si binturong tu borong
muatan keta kami
amik ko
ni ada lagi sekotak beso brg kami blom pick up
manakah destinasi lepas ni?
mana lagi brg sekotak beso tu?
sambung part 3 nanti ye

extra tips, ni kalau nak ke tanah abang:
mai awal pagi sebab jam 4 petang tanah abang ni dah tutup perniagaan
pastikan kalau korang nek teksi kuar awal
sebab jam 4 petang tu payah nak dpt teksi
teksi yang aku recommend mesti la kaler biru, teksi blue bird
kalau dah jam 4, ko kuar aje dari tanah abang tu sure ko nak nangis sebab jem ya amat dan mmg payah nak dpt teksi time tu
kalau ada pun teksi borongan (teksi tak de meter)
dan harga semestinya lebih mahal
ni aku share dari pengalaman aku sendiri yang degil
ada la beberapa tahun lepas aku mai tanah abang sensorang, sampai jam 2 ptg
pakwe dah pesan jgn jenjalan merata sensorang
tapi makwe dia kan degil kahkahkah
padan muka makwe dia yang degil tu, amik teksi pastu sukati nak pi mana sensorang
sebab tu
kebanyakan org amik keta dan supir, senang nak kemana2 ekekekekekekkekeke

porter?
ada jugak
bleh aje dptkan porter dan bayaran ikut la korang nak bagi brapa ye
pening2 tak tau nak bayar berapa, ko tanyalah porter tu sendiri
tapi kalau dia dah sebut harga jangan lak korang tak bayar
kahkahkahkah



Comments

  1. Mak ai! jenuh kakak nak habiskan tapi seronok juga tengok tempat mereka. Nampak santai walau sana-sini sesaknya kakak perhatikan.

    ReplyDelete
  2. Sedap betul nampaknya kangkung + beef + telo burung puyuh tu!
    Yep, tahu sana memang sedap! Kat sini tak ek El?
    Saya suka sgt entry ni sebab banyak betul people shots! :)

    ReplyDelete
  3. ko pulak..
    berapa beg ko borong??

    ReplyDelete

Post a Comment