Kembara Ranah Minang - Part 8 - Sawah Padi, Pisang Caramel, Abdi Homestay

lepas abis ngan istano basa pagaruyung
kami teruskan perjalanan
pa'unchu ikut jalan kampung
masyaAllah cantiknya pemandangan menjelang petang
banyak betul sawah padi
dah dipesan oleh pa'unchu
tenang aja, nanti pa'unchu bawak kalian ke sawah padi, ambillah gambar puas2
mmg betul la kata pa'unchu
dia brenti kat satu kawasan sawah padi
kagum wei
satu benda dlm hidup yang aku lom buat tang sawah padi
masuk dlm sawah, pi tanam padi tu dan kerjakan sawah tu
tapi kat sini bleh layan amik gambar ajelah
memasing turun2 keta terus sibuk ngambik gambar























derang bertiga ni dah siap tunggu kat keta
aku ngan GB dok sibuk amik gambar lembu kat atas tu
skali ada itik pulang petang la wei
alalalallalaala comelnya itik ni
yang 3 org tu pun tiba2 mai nak amik gambar itik
kihkihkih









ok itik dah hilang masuk reban
jom gerak
cool je makcik ni jalan2
harap2 aku dh tua nanti, aku masih kuat macam makcik ni
sambung perjalanan
macam2 ada di kiri kanan belakang dan depan
tapi aku lebih selesa menghayati dari lensa mata aku sendiri
satu ketenangan yang tak dpt diluah dengan kata2
sebenarnya sbb aku duk blakang skali
kalau tak, mau aku perangai cam si GB kahkahkahkah

tiba2 nampak ni
pa'unchu kata ada pacuan lembu
wah
aku ingat pacuan kuda aje yang ada
rupanya ada gak pacuan lembu

sambung perjalanan utk solat
sebelum tu brenti kat satu masjid ni
nampak kat bahagian depan masjid tu ada kolam 
tapi tgk ada org mandi siap sabun, gosok gigi, dan ada anak2 kecebur dlm kolam
cari2 tandas
ada
tertutup di bawah, tapi terbuka ruangnya
kuikuikui
cancel dan ajak pa'unchu cari masjid lain
hehehehehe

sebenarnya aku ada snap gambar guna blekberi kat masjid ni dan rupa bebudak 4 org ni masa kat situ
adehhhhh gambar dlm blekberi ilang
agaknya kena daulat ngan bebudak 4 org ni
penyudahnya kami brenti solat kat sini
masjid quba
baru agaknya masjid ni, ada lagi saki baki pembinaan
cantik, bersih dan sangat selesa masjid ni
kat sini senang aje nak cari masjid
jalan sket jumpa masjid
alhamdulillah tak la susah nak beribadah pun
kami sebenarnya menuju lembah harau
bakal bermalam di lembah harau
tapi sebelum tu mestilah makan malam dulu kan
di kota paya kumbuah
pa'unchu kata ada satu benda sedap kat sini
so kami decide nak tapau
tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
kulit popia tu dia balut ngan pisang
pastu goreng, sira ngan gula caramel
sedap wei
tak la manis sangat
sedang2 cukup rasa je manis tu
pinjam gambar GB sebab gambar aku kat blekberi tetiba yilek
abis modal aku nak membahan
dinner kami malam tu tak la setakat pisang caramel ni
kami makan gak nasi
nampak tak selera kami makan
sebab gambar kat blekberi aku ntah mana, makanya korang bleh la refer menu makan kami malam tu kat blog GB


perut dah kenyang
alhamdulillah
tapau pisang caramel seround lagi sebab enak skali dong
kami menuju ke lembah harau
tempat tido malam ni paling aku teruja
sebab hasil google cantik betul pemandangan dia
tapi kan perjalanan ke tempat tido malam ni gelap gelita wei
tak tau la camner pa'unchu punya terror bleh sampai ngan yakin dan bergaya skali
kami disambut oleh uda iqbal dan isteri dia nama noni
peramah orgnya
bukan aje disambut ngan uda iqbal dan noni
tapi dengan bunyi unggas, cengkerik, monyet dll
dan paling saspen bunyi air yang kuat sangat
tapi tak tau kat mana air tu 
sebab keadaan gelap gelita betul
kami jalan lenggang kangkung dengan beben minimal ke chalet kami
derang yang angkat saki baki beg kami
cam biasa aku tak de hal brapa bilik nak amik, janji ada port utk malam tu
penyudahnya lepas bincang2, amik 3 bijik chalet, sebab 1 chalet tu untuk pa'unchu
chalet yang ni ada 2 tingkat
ni katil tingkat bawah
 dan ni katil tingkat atas
ada drama sket kat sini
si jujie masuk bilik air
tiba2 menjerit sebab ada katak
kahkahkah
terus dia tak nak duk chalet ni
katanya katak katak katak katak
puas dikatakan bukan katak, sebaliknya batu
tetap dia kata katak katak katak katak
kahkahkah
penyudahnya chalet ni aku, kak izat dan ina yang tido malam tu
ina dah kata tak nak tido atas sensorang
aku pun macam ala2 tak nak tido atas sensorang
pastu kak izat offer diri nak tido atas
skali dia batalkan niat sebab katanya kat roda bulat tu tembus
penyudahnya diangkat bantal, selimut bagai ke bawah
dan tido bawah 
hahahahahhahahha

ni rupa katil kat chalet lagi satu 
sebelah aje pun
jujie ngan GB tido kat sini
tak tau, sini lagi banyak katak nak attack dia
dapat dah bilik memasing
noni offer nak kopi/teh
mmg cantik la
of course  la nak
bleh la padankan air tu ngan pisang caramel dan buah markisa
terpaksa la aku suh korang baca blog GB lagi untuk moment2 ni

eh ada la terselit pic ni kahkahkah
wei jujie, katak tunggu ko kat bilik air tu
gaya nak cium katak dah betul tu
harap2 len kali cium katak tu
 isi buah markisa
harum dan manis

seronok la kami malam tu borak bergelak ketawa ditemani bunyi menatang2, bunyi air yang ntah dari belah mana, ditemani cicah di ruang balkoni chalet
sebelum memasing mengundurkan diri untuk membersihkan diri, solat dan akhirnya terlelap 
sebelum tido tu kan
aku kan 
tak sabar nak bukak mata semula
tunggu hari terang
nak cari mana bunyi air
surpriseeeeeeeeeeeeeeeeee



Comments

  1. Seronoknya baca catatan ini... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kak atas rasa itu
      seronok saya nak berblog lagi

      Delete
  2. gunalah ifon..
    gambar tak kan hilang..
    ia disimpan di awan..
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ifon touch screen
      i is tak suka touch screen

      Delete
  3. kina dah pernah masuk dalam sawah padi dan menanam padi..nak gak belagak hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi dia wat belagak

      kina

      selepas entry ni ditulis
      kita pun dah dpt masuk dlm sawah padi
      tunggu entry lagi setahun baru up ye

      Delete
    2. hoi lama sangat peram tu..silap2 dah 3/4 kali ripit tempat tu

      Delete
    3. lebey kurang la wkakakakakkaka padi pun dah dituai dan nasi pun dah masak, masuk perut dah kuar jadi taik

      Delete
  4. sawah padi....bestnye...walau hari hari tgk sawah padi...tetap xjemu....itik pulang petang...dah lamer xtgk....pisang caramel...cam sedap je...yummy yummy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sawah padi camner pun tetap cantik
      ahah comel je itik tu rietta

      pisang caramel tu, mmg sedap!

      Delete
  5. Wahhhh ngences mak tgk pisang karemel tu. Tak sabarlah tu nak yido dlm kelambu hihi

    ReplyDelete

Post a Comment