tq sultan selangor bagi rakyat cuti, bangi-seremban-bangi kami via komuter

dek kerana entry kembara ranah minang
dek kerana menyahut cabaran dr singa
entry ni tertunggak sket
final piala malaysia
selangor vs kedah
kami tengok live dari stadium 65 inci kat umah kami
boleh golek2 ngan aman
sambil makan jemput2 kentang+carrot+bawang
sambil makan karipap daging
sambil makan brownies
sambil makan fish fillet
minum air masak
padan muka semua kena minum air masak

selangor menang!
hoooorayyyyyyyyyyy

jangan sedey ye penyokong kedah
dah terbaik sampai ke final
kalah menang adat pertandingan
ala bola sebijik rebut ramai2
apa ada hal
dah ke final pun kira terror tau
apa pun
kami rakyat selangor
happy gila
sebab dpt cuti sehari
cuti peristiwa
sempena kemenangan selangor
tambah happy, 4 hari cuti berturut

so kami anak branak plan nak ke seremban menaiki komuter
lebih kurang jam 11 pagi kami kat sini
harga tiket, aku dah lupa
tapi pergi balik, 2 dewasa 3 kanak2 lebey kurang RM35 la
tak brapa ramai org

nampak beso dah anak dara ni


nak gak gayut kat situ




sampai dah stesen komuter seremban
i'm here, peace!


sah seremban jem oooo

sebenarnya kami nek komuter nak pi makan a & w seberang stesen komuter ni
skali dah tukar jadi pejabat pos la wei
uwaaaaaaa tensen la mokcik camni

kesudahnya terus blur mana nak makan
tgk2 ada seremban parade kat depan tu
boleh la kan dari tak de
nak menapak ke arah bus stand tu si pakwe kata malas
malas jalan la tu
 
bergambar dulu


cari kedai makan
kesudahnya the chicken rice shop
hahahaha janji anak2 makan banyak
aku ngan pakwe order yang butter chicken tu
dah tak sedap cam dulu la

perut dah kenyang 
jom naik tkt atas
apa ada kat tingkat atas

ada escape room
interactive game dari japan katanya
camner nak escape daripada locked room within 45 minutes
ada byk difficulty, tapi yang kat sini difficulty dia level 3. 4 dan 5
pilih la mana nak
ada bon voyage, prison break, firefighter, heaven and hell, the secret lab, the mummy return ngan the overlook hotel

harga isnin - jumaat (11 pagi - 5 ptg) RM33.90, 5 ptg - 1 pagi RM38.20
sabtu, ahad, public holiday (11 pagi - 1 pagi) RM38.20
bayaran adalah per person per game
semua harga dah masuk gst sesiap


kami tak layan la escape ni  pun
sebab mahal
pastu yang poyo main aku, pakwe ngan alyssa jek
yang 2 lagi tu mesti la nak masuk skali
rugi la plak bayar tiket tapi tak main

so kami decide nak layan 4D motion ride
amik pakej keluarga RM50 + RM15
tunggu giliran nak masuk
kami pilih cite roller coaster ngan alien
kahkahkah
masa duduk before start movie tu, aira dah nangis jerit2 sedu sedan tak nak join
katanya takut bla bla bla
mmg beria2 la dia nangis
aku ngan pakwe pun oklah, suh dia tunggu luar
ada la staff yang akan tgkkan

so kami berempat je yang layan movie
seb bek la aira tarik diri awal
kalau dia tak tarik diri, tak tau la camner raungan dia time  movie tu
hahahahahhahahahhahahah
seram gak wei, seolah2 ko nek roller coaster bebetul
seolah2 ko jumpa alien, masuk dlm air bebetul kekdahnya
kusi yang kami duduk tu gerak2 ke kiri, kanan, depan, blakang wei
aduyaiiiiiiiiiiiiiiii
yang pakwe kuar2 je, dia kata len kali jgn ajak dia layan benda2 ni dah wakakkakakakakakakkaa

settle movie,
kami turun bawah
tak de pe sangat pun dlm seremban parade ni
kami menuju ke parkson
kebetulan ada promosi kembali ke sekolah
ada jual peralatan sekolah dan juga toys
3 bradik ni sangkut kat sini
main artificial sand

dah puas jalan
jom balik

sila jangan salah platform
pemalas memasing naik tangga
kita naik lif aje
menyaksikan macam2 keretapi sampai sebelum keretapi kami sampai

dlm beg tu ada pencil case

gerabak tu ada kantin

happy la tu dpt kasut baru

cantik ketapi ni




sampai dah bangi
jom cari keta
best jugak nek ketapi ni
hahahahha
len kali kita naik sampai gemas
bleh makan nasi ayam gemas yang original 



Comments

  1. Nekcik pun rasa nak pi penang naik train ets tu

    ReplyDelete
  2. Nekcik pun rasa nak pi penang naik train ets tu

    ReplyDelete

Post a Comment