Mesyuarat Agung PIBG SRA Bandar Seri Putra Kali ke 7 - 5/3/2016

beberapa hari sebelum mesyuarat PIBG
aku antara yang happy kot
sebab bakal melepaskan jawatan AJK PIBG yang dah disandang untuk tahun ke 4
udah2 la kan
bagi la peluang kat orang lain
dengan idea baru, cara baru, dan segalanya baru
kami AJK2 lama mengharapkan pencalonan yang serba baru untuk lantikan AJK nanti
dan
sesungguhnya aku nak berehat seketika

harinya telah tiba
persiapan malam sebelum mesyuarat bermula
ustaz ustazah bertungkus lumus membuat persiapan
aku tak pi tolong la tapi
sebab aku bz berada di Dazs Donut & Coffee untuk majlis doa selamat dan pembukaan cafe pada hari yang sama dengan mesyuarat PIBG
so aku berpecah dengan pakwe
aku akan berada di mesyuarat PIBG
pakwe dan anak2 akan berada di Dazs Donut & Coffee 
aku sampai jam 8 pagi kat sekolah
lepas daftar dpt buku ni
boleh tengok segala laporan sekolah, program, pencapaian, usul, cadangan, dll dlm buku ni
alhamdulillah kehadiran agak menggalakkan
kali ni AGM SRABSP bertembung dengan AGM SKBBM
makanya kehadiran ibu bapa agak menyusut

cantik hiasan pentas
aku suka
selepas bacaan doa, majlis dimulakan dengan ucapan Puan Guru Besar
disambung dengan ucapan YDP PIBG, seterusnya merasmikan mesyuarat PIBG
mesyuarat kali ni, sekolah melancarkan gubahan muzik untuk lagu sekolah
tq untuk volunteer ni, aku lupa lak nama dia, padahal duk sama2 masa AGM
(tanda penuaan makin ketara gitu)
mesyuarat bermula
semua AJK kena naik atas pentas sama2 membentangkan lapuran
aku nyorok kat belakang
nampak tangan naik atas snap gambar
tangan aku la tu
kahkahkah
amik gambar ibu bapa la kat bawah tu


derang ni suka la kantoikan aku
snap gambar tu len kali bgtau la
dah kantoi men hp
pang kang
semua minit mesyuarat dicatatkan oleh 4 org ustazah yang comel lote ni
parah
org tgh mesyuarat dia selfie2

dihujung pembentangan, AJK PIBG sesi 2014/2016 dibubarkan
hoyehhhhhhhhhhhhh boleh berehat lepas ni selepas 4 tahun menabur khidmat di SRABSP

pentas mula diambil oleh guru besar dan guru penolong kanan 1
dibuka untuk pencalonan AJK baru
tiba2 ada seorang bapa bangun dengan penuh konfiden
katanya: "melihat pada pencapaian dan kemajuan sekolah setakat ini, dengan barisan AJK yang bagus, saya cadangkan AJK yang ada ini dikekalkan"
oi oi oi mana boleh camni
dan bangun lagi seorang bapa: "saya menyokong"
dan bangun lagi seorang bapa:  "saya juga menyokong"
dan bangun lagi seorang bapa: "saya cadangkan, cadangan ditutup"

aiseh camner ni
kami semua dah mula pening
sorang2 bekas AJK bangun membela diri dan memberikan sebab musabab kenapa mereka tidak mahu dilantik semula
semuanya gagal dan hanya ky yang berjaya membela diri kerana dia tiada lagi anak yang bersekolah di SRABSP
amboi ky!
dihujung2 dewan mula gamat
akhirnya guru penolong kanan 1, ustaz azhari mohon dewan angkat tangan jika setuju bekas AJK dikekalkan
kahkahkah
majoriti angkat tangan kecuali kami bekas2 AJK

dan dengan rasminya kami bekas2 AJK dilantik semula
kecuali mana2 bekas AJK yang tidak hadir, mereka digugurkan secara automatik dan lantikan baru di buat
ada 3 bekas AJK yang tak hadir, dan kami gantikan dengan calon baru
barisan AJK baru untuk sesi 2016/2018
aku is redha!
budak paling happy
sebab dia berjaya membela diri untuk meletakkan jawatan
tq ky, happy jadi teamwork utk 4 tahun yang awesome
jgn lupa terus bantu aku bila aku bukak gerai
ky ni dah 6 tahun dlm barisan AJK
barisan AJK lama dan baru bergabung
ada yang dah balik ni, masih tak cukup korum
moga kita semua sama2 berganding bahu untuk kejayaan dan kemajuan anak2 SRABSP

jom makan
ada sket jamuan kat kantin
tu tuan iqbal
bekas YDP 
2 tahun aku bersama di bawah pimpinan dia
sekarang dia jadi penasihat surau mumtaz SRABSP
ok dia sgt awesome!
yang tudung pink tu linda
isteri tokey kantin SRABSP
peramah, cantik, baik hati dan selalu tak nak amik duit kalau nak bayar lepas makan kt kantin
aku tensen!
tq linda, moga murah rezeki korang sekeluarga

aku balik bukan setakat perut kenyang makan kat kantin
tapi siap tapau lagi
akakakkakakakaka
tq linda!

dengan lantikan semula, aku ada 2 tahun lagi di SRABSP
insya Allah akan terus berbakti demi sekolah dan anak2 SRABSP

oh ye
aku dpt hadiah dr sekolah sempena 2 tahun perkhidmatan yang lepas
sijil dan sepasang kain untuk buat baju
korang ni sampai hati tak up gambar aku kat fb masa amik hadiah dr GB ye
tq SRABSP
insyaAllah bakal berikan yang terbaik dan menamatkan perkhidmatan nanti dengan penuh gaya!

Comments

  1. Seronok saya dapat merasa bekerja dengan PIBG SRABSP yang banyak menyokong pihak sekolah dalam banyak perkara.

    ReplyDelete

Post a Comment