15th wedding anniversary

hari ni, anniversary couple ni, 
15 tahun lepas, diketika ini, couple ni bakal diakadkan 
yang pengantin lelaki tenang menunggu untuk diakadkan di surau 
yang pengantin pompuan kelam kabut make up diri sendiri dibantu oleh kawan2 baik dia sebab mak andam sampai lewat kahkahkah 
ketika ini, hari ini, jam ini, minit dan saat ini, 
sorang kat opis tengah nak post gambar ni, 
dan sorang lagi tah mana hari ni couple ni bawak keta asing2 pi opis, 
sebab yang sorang lagi tu ada date berjemaah malam nanti dan yang sorang lagi tu membuat cubaan untuk cari calon dibuat date kahkahkah 
jauh perjalanan nak sampai ke tahun 15 ni, suka duka, pahit manis, masam kelat, terlentang tertiarap, even terbongkang terpelanting pasti ada 
moga semua rasa yang ada ini, membawa kami sampai syurga 
untuk BFF aku NW Arselan yang paling kebabom ni, 
sayang kamu sampai syurga!

Comments

Post a Comment