Hari Guru 2016

aritu tu beberapa seminggu sebelum hari guru 2016 tiba, aku dah mengagau dah
apa lak hadiah untuk hari guru tahun ni
tetiap tahun pening kepala mokcik nak pikir tau
anak2 manjang kata sukati mama la

pikir punya pikir, masuk website aidijuma, order ajelah tudung kat situ
lately nih, sejak ekonomi merudum, senang lak nak beli tudung aidijuma online
kalau tak,manjang sold out jek
aku beli 14 helai tudung online, campur2 label, campur2 jenis AJ bawal, blossom box dan shawl



 untuk alyssa dan aira, aku packkan dlm kotak macam ni
setiap seorang aku peruntukkan 4 hadiah
maknanya, sekolah agama 2 org cikgu, dan sekolah kebangsaan 2 org cikgu juga
kebiasaannya derang bagi utk guru kelas 1 dan cikgu favorite satu
nak bagi semua, tak mampu la mama ko ye
pack macam ni, senang derang nak bawak
 utk sesi pagi, alysa ke sekolah kebangsaan dulu bersama 2 hadiah utk guru pilihan dia
 manakala sesi pagi, aira akan ke sekolah agama bersama 2 hadiah untuk guru pilihan dia jugak
yang ni plak cerita untuk aryan
memandangkan ini adalah tahun terakhir aryan di qdees, dan aku tak de anak2 yang akan bersekolah tadika lagi, makanya kali ni buatkan spesel sket untuk cikgu2 qdees
lagipun cikgu2 kat qdees ni, cikgu2 aira dan alysa jugak

aku order tudung aidijuma jugak pelbagai variety untuk cikgu2 ni 
tapi aku akan letak dlm mug, masukkan sebatang highlighter dan ada love card gitu
ramai org tanya mana aku beli mug tu, cantik katanya
ahah aku sendiri pun kata cantik
aku beli kat MM DIY bb bangi
RM5 utk mug tu
 tadaaaaaaaaaaaaaa
aku gulung2 je shawl tu, letak dlu mug, pacakkan highlighter dan lekat love card kat highlighter tu
comel plak tengok (sila muntah)
 cikgu aryan ada 6 org semuanya
so dpt sorang 1 ye

 view dari atas
kemain happy nak pi sekolah bawakkan teacher dia hadiah
kebetulan hari ni ada teachers day celebration
 kemain lebar sengih ko tanpa menampakkan gigi ye aryan

harap cikgu cikgu suka la hadiah dari anak2 aku tu
hadiah tu bukan lah ukuran untuk cikgu cikgi
hadiah tu sebagai tanda ingatan dan penghargaan yang tak ternilai gitu
moga Allah kurniakan kebaikan dan kemudahan untuk cikgu cikgi dalam mendidik anak2 ni semua

owhhh
aku dulu nak jadi cikgu
apply2 tak pernah dpt
so korang yang dpt bergelar cikgu tu, bersyukurlah, kerana Allah pilih korang untuk berada disitu
guru, kerjaya mulia
jgn pandang rendah pada guru, tanpa mereka siapalah kita!



Comments

  1. sri lanka habis nanti aku serbu komen blog kau eh!!

    ReplyDelete
  2. Best nye jadi cikgu anak2 ko..! Baguslah beb, ajar depa menghargai guru... Tabik!

    ReplyDelete
  3. Alamak... Mesti guru lelaki tak bertuah untuk menerima hadiah tu, mesti yang dapat tu guru perempuan. Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab cikgu kelas ngan cikgu favourite perempuan, kalau lelaki mama kena la ready hadiah lain plak

      Delete

Post a Comment