Bomo Trip: Day 1 jom naik kapal terbang

4/3/2017:
nasib baik flight ke bromo belah petang
kalau tak kusut jugak otak aku
aku  sentiasa percaya yang Allah sebaik2 perancang

bukan apa
pagi tu aku ada  AGM di SRA Bandar Seri Putra
dan aku kena buat presentation untuk projek Pembinaan Dataran Mumtaz
kan aku akauntan untuk projek tu
lagipun pengarah projek Dataran Mumtaz, si Iqbal, berada di luar kawasan
so kalau aku tak de pagi tu, sapa la nak buat pembentangan
Image may contain: text
kami yang menggalas tanggungjawab untuk sesi 2016 - 2018
tu uniform baru kami
bau kedai masing2 baju tu
mesti memasing terus pakai tak basuh huhuhu
Image may contain: 6 people, people sitting and indoor
kehadiran ibu bapa
jumlah kehadiran masih menyedihkan, jumlah pelajar 2000+++
ini je yang hadir
barangkali masing2 bekerja atau ada urusan lain
tahniah untuk yang hadir, terima kasih memperuntukkan masa kalian untuk mengetahui perkembangan sekolah anak2 kalian
Image may contain: 10 people, people sitting and indoor
tahun ni tiada lantikan AJK PIBG yang baru,
lantikan di buat 2 tahun sekali
Image may contain: 9 people, people smiling, people sitting
nampak aku kat belakang tu tengah buat pembentangan akaun pembinaan Dataran Mumtaz
aku memang suka duduk jemaah bahagian belakang
Image may contain: 5 people
ooo tak de sapa snap gambar aku ye masa aku buat pembentangan berdiri kat depan guna slide
sampai hati korang ye
bahahhahaha
elok pun tak de gambar, ntah camner rupa aku agaknya buat pembentangan tu

kami selang selikan acara dengan hadiah cabutan bertuah
aku ada sponsor 20 hadiah cabutan bertuah

aku pun bertuah wei
dah la hadiah tu aku yang sponsor, aku sendiri dapat
kahkahkah
rezeki jangan ditolak katanya, amik je!
Image may contain: 4 people, people smiling, people standing
aritu ada hamba Allah suarakan hajat dia pada aku
nak sumbangkan portable PA system ke sekolah
eh boleh je
makanya aku mohon YDP PIBG mewakili hamba Allah tu menyerahkan portable PA system tu kepada pihak sekolah
yang tengah tu Puan Guru Besar SRA Bandar Seri Putra, Puan Nor Maizah Ambari
moga sumbangan ini membawa manafaat kepada seluruh warga SRABSP
Image may contain: 3 people, people standing and indoor
mesyuarat tamat jam 11 pagi
yes!
tamat tepat pada masanya!

inilah barisan PIBG sekolah
Image may contain: 1 person, standing and indoor
dan ini adalah barisan AJK PIBG dari kalangan ibubapa
ada lagi beberapa org yang tak hadir dan dah balik kerana ada komitmen lain
Image may contain: 4 people, indoor


abis aje mesyuarat, aku bergegas balik rumah siapkan si aira dan aryan yang ada tuisyen jam 1.30 petang
settlekan 2 org budak kenit ni, pelok cium dgn pesanan berbakul2
sebab isnin ni sekolah agama ada ujian prestasi 1 sampai hari khamis
risau betul kat aryan tu sebab tulisan jawi dia out
kahkahkah
cuma aku pesan kat aira
"nanti aira ajar aryan ye, tulis elok2, baca jawi....papa kalau ajar, sampai subuh belom tentu abis satu muka surat"
kahkahkah
alyssa aku dah buat permohonan penangguhan peperiksaan bermula isnin - rabu
alhamdulillah diluluskan

lepas drop aje 2 budak kenit ni kat sekolah,
patah balik rumah, aku kemas2 mana2 yang belom kemas dan terus bersiap dengan alyssa
pakwe kena drop kami awal, sebab nanti kena patah balik nak pick up 2 budak kenit tu abis tuisyen

sebenarnya dah berhari2 kemas beg
kejap masuk
kejap kuar
kang masuk lagi
kang kuar lagi
perangai biasa bila nak travel

beg kami
kiri tu beg aku
kanan beg alyssa
backpack 1, beg kecik 1 dan sleeping beg 1
insya Allah















jom mulakan perjalanan ke airport
tak la jauh mana pun airport tu
sepelaung jek

mencari dr singa dan iyra
rupanya derang bz check in luggage derang
aku ngan alyssa tak de check in luggage, semua angkut nek katebang
alyssa tanya..."mama kakak nak panggil auntie singa ke?"
aku jawab..."wakkakaka panggil la auntie izat...kang dia menyinga baru ko tau"
















aku ada satu perangai buruk
bila travel, kalau bukan aku yang beli tiket katebang, pastu check in dah siap awal2, aku suka ambik mudah
malas nak check gate mana bla bla bla
makanya aku follow jek derang jalan
kahkahkahkah
ikut je la mana kak izat dan iyra tuju
dah sampai kat gate
pi cari air minum
pi tandas
selfie2 amik gambar
charge2 gadget



aku pi tandas jap
tiba2 tengok kak izat ngan iyra tengah kelam kabut ngemas
eh pesal
"salah gateeeeeeeee"
aku pun kelam kabut ngan alyssa
sungguh laaa
kelam kabut lemak2 dalam badan berperang dek gerakan aktif berlari2 dan berjalan laju akibat salah gate
jauh jugak wei nk pi gate yang betul
phewwwwwww nasib perasan awal

sampai tepat pada masanya di gate yang betul kahkahkah
terus tak de nafsu nak bergambar bagai hahahahaha

macam biasa
nek katebang air asia, confirm la pre order makanan siap2
sebab lebih ekonomik
alyssa order hot dog
eh sedap tau hot dog ni



aku order macaroni & cheese
tekak mat salleh sangat
bukan apa, tau dah kat sana nanti pagi petang siang malam confirm la makan nasi
















perut dah kenyang
mata dah layu
badan pun agak lesu
penat seharian ke sana ke mari
hari2 sebelumnya pun begitu
tak dan badan nak rehat

nak amik gambar awal gelap gulita
apa pun tak bleh buat

anak dara ni siap bawak bear ngan kain busuk bagai
good night korang!


Comments

  1. bestnye jenjalan...salah gate mmg kelam kabut....

    ReplyDelete
  2. Best aku baca cite ko elly. Dah lama sbnrnya aku tak blog walking huhu.. Eh ko dgn alyssa dah mcm adik dgn kakak weiiii

    ReplyDelete
  3. Oh kecik kecik dah jadi ahli backpackers ye Alyssa..bagus tu...ikut mama tu
    Oh macaroni cheese meatballs..rindu rasanya

    ReplyDelete
  4. Oh kecik kecik dah jadi ahli backpackers ye Alyssa..bagus tu...ikut mama tu
    Oh macaroni cheese meatballs..rindu rasanya

    ReplyDelete
  5. NEXT TRIP NAK ORDER MACARONI CHEESE TU PULAK LAH! HEHEHE

    ReplyDelete

Post a Comment