Bromo Trip: Day 1 & Day 2 - Desa Ranuagung

alhamdulillah cantik kejadian kapal terbang landed
jam 8.30 mlm WIB
sesungguhnya aku tido dalam kapal terbang kahkahkah
ngantuk wei

tunggu si iyra ngan kak izat amik luggage
pastu follow ajelah derang ke arah supir
aku pun tak tau sapa supir yang bakal menyupir kami
yang aku tau hanya itenari
gitulah aku, kalau aku dah serahkan itenari pada org lain, aku akan follow aje perancangan
aku hanya study tempat2 yang akan aku pi nanti
sejujurnya aku study bagai nak rak kali ni
yelah tu huhuhu
bukan apa, kali ni alyssa kan follow, makanya mama confirm la jadi dictionary dia nanti
kalau gua tak tau jawab, mana gua nak letak muka gua nanti wei

eh
airport surabaya ni dah lain la
cantik dah
mmg selalu ke surabaya, tapi aku biasa amik flight ke jakarta aje, dan ke surabaya biasanya naik train
terus kagum tgk airport dia cantik, patut la bibik aku kata airport dah cantik, tak sesak macam dulu2

kuar aje airport dah nampak supir yang bakal menyupir kami
AGOES nama dia
masuk brg2 dlm keta
kami terus meninggalkan lapangan terbang

pandangan pertama untuk AGOES
eh stylo la mamat ni, ada gaya, tak macam kebanyakan supir
dalam hati berkata, tak pe ah, esok lusa ada, ada byk masa lagi nak kenal dan tanya pasal mamat ni kat iyra atau kak izat

destinasi pertama kami:
DESA RANUAGUNG
KECAMATAN TIRIS
KABUPATEN PROBOLINGGO, JAWA TIMUR
kira-kira 5 jam perjalanan dari airport surabaya
wowwwww

dalam  perjalanan singgah dinner
aku ngan alyssa tak makan, sebab masih kenyang akibat melantak dlm flight tadi
iyra ngan kak izat je makan
aku ngan alyssa minum es jeruk aje
derang order nasi rawon
ni ar rupa nasi rawon
sup daging, ada letak taugeh sket dan keropok
lepas makan sambung perjalanan
seingat aku, aku on off bangun dan tido
alyssa tido sampai ke destinasi
kak izat aku lupa dia tidur dengan tawaduknya atau macam aku tido2 ayam
tapi yang aku pasti si iyra yang melayan agoes sepanjang perjalanan
tahan gak mata dak iyra nih

Tiba di desa ranuagung jam 3 pagi
gelap gelita
tak nampak jelas kawasan sekeliling la tapi
sejukkkkkkkkkk
yang aku tau
sila angkat beg, pi check in kat homestay
gelap, bukak lampu picit, suluh jalan ke homestay

nampak homestay yang dibina dari material buluh, ada 2 unit
aku ngan alyssa
iyra ngan kak izat
dalam homestay hanya ada tilam single 2 unit, tu aje
eh tapi ada elektrik boleh charge phone bagai wei
pastu tingkap tak de langsir, transparent gitu
pagi tu aku bangun bilik kak izat dan iyra derang gantung kain tutup tingkap tuh
bilik aku ngan alyssa??????
langsung tak cover pape....yang kami tau, kami tido lena sebaik sahaja check in hahaha
eh 
mana jamban?
ada jamban, jamban cangkung....tapi mana air????
lokasi jamban adalah di belah kiri gambar....tapi ada mangkuk jamban cangkung ajelah, air bagai semua tak de kuikuikui

skodeng punya skodeng rupanya ada satu bilik di antara homestay kami tu rupa-rupanya adalah bilik air
makanya dengan semangat iyra membuat aktiviti mengexplore kahkahkah
sat aku share pic ye
bilik air berlantaikan tanah, ada tong air ...tak de lampu, sila bawak lampu waktu malam
mandi dan segala aktiviti bilik air adalah disini
korang imagine dan sesuaikan diri ajelah ye
dengan sistem aliran air semulajadi lepas ko buat projek dalam bilik air tu kahkahkah
aku dah biasa jumpa keadaan begini jika ke indonesia, tapi utk alyssa dia 1st time la lalui pengalaman camni
tapi kan
eh
dia cool, dpt adapt dengan baik 
aku mandi tak?
tiber aku nak tanya....mandi tu apa?
kahkahkah mmg tak mandi la aku weiiiiiiiiiiii
sekadar yang wajib ajelah aku laksanakan

sebelum belayar malam tu, aku tanya kak izat
"kak, esok pagi bangun kul brapa"
kak izat balas
"ko kalau travel, nak tido aje mesti ko tanya soklan ni kan"
ini mmg soklan wajib aku kalau travel, sebab bila travel berkumpulan, aku cuba berikan kerjasama yang baik....cuba tido, bangun tido dan bersiap sama2 dengan ahli kumpulan yang lain....barulah namanya KERJASAMA

kak izat kata jam 5 pagi
ok set, aku kunci jam

jam 5 pagi
senyap je bilik sebelah 
aku bangun siap2 ngan alyssa
keluar bilik
skodeng derang kat sebelah
hampehgas tido lagi 
aku ngan alyssa dh bangun
mmg tak kose la nak tido balik
makanya kami berdua cadang untuk jalan2 area homestay
iyra sempat pesan, jalan terus ke dalam sana, akan jumpa danau yang cantik nanti

cuaca pagi tu berkabus
sejukkkkk
udara segarrrrrrr
depan homestay tu penuh pokok
nampak cerun jauh ke bawah, tapi tak brapa clear apa yang ada kat bawah nun, sebab berkabus tebal
depan homestay kami
kabus tebal boleh tahan


ni keadaan sejam lepas tu, kabus dan mula berkurangan
cantik kan homestay kami, dibuat dari bambu


dekat ngan homestay belah kiri, ada sekolah
tapi hari tu tak bukak pulak sekolah ni
tak sure cuti ke apa



ini yang iyra kata tu
agoes suh jalan terus sampai dalam, nanti jumpa danau yang cantik
ada kedai kopi
Caffee New Planet ko nama kedai kopi ni
kihkihkih tak singgah pun kedai kopi....lalu je
tapi owner dia kata jalan je terus sampai dalam
tengah borak2 ngan owner kedai kopi ni, tiba2 ada sorang jejaka naik moto menghala ke dalam tu
dia tanya aku ngan alyssa nak ke dalam ke
kami iyakan aje, confuse kdg2 nak ckp ngan stranger ni
stranger di indonesia ni bagi aku ada 2, 
kategori pertama mmg dia ikhlas nak bantu, dan jadikan kita kawan
kategori kedua, yang tiba2 ujung2 di minta upah
minta upah tak pe, tapi mmg tak bawak duit masa tu
bawah handphone ngan camera je
aku bercerita dari pengalaman
dalam hutan ke, kat bandar ke sama aje
tapi beria2 jejaka tu pelawa naik motor, katanya dlm 200 meter nak jalan ke dalam, kebetulan mmg dia nak ke dalam tu, meh la naik motor
aku tanya semula, boleh ke 3 org naik motor
dijawab "iya bisa aja mbak, ayuh!"
melihat kesungguhan dia berkali2 pelawa, kami setuju
makanya bertigalah kami naik motor tu

belah kiri tu pokok2
belah kanan tu mcm gaung pun iya, macam tebing curam pun iya
kabus tebal betul2 menghadkan penglihatan kami
ko tengok trek tu
nek moto pun camtu, jalan kaki pun camtu
perghhhh seriau gak naik motor wei
maunya motor tu rebah, tercampak kami bertiga belah kanan tu
uwaaaaaaaaaaaaaaaa
tapi dia punya skill bawak motor mmg superb wei
akhirnya sampai dihujung destinasi
betul2 di hujung tebing
kami disajikan dengan pemandangan sebegini
tak sesia si alyssa terjerit2 naik motor tadi kahkahkah
Danau Ranuagung
dan gunung lamongan di belah kanan tu
masa ni kabus bergerak laju
kami dpt lihat danau dengan jelas sekali
nampak perahu getek, perahu yang dibuat dari buluh
boleh sewa dan keliling danau tu, RP10,000 aje
boleh ke tengah danau, berfoto,berselfie bagai nak rak juga
nak mandi manda, bercamping pun boleh kat situ
nampak tebing tinggi tu
boleh capai 70 m tingginya
korang boleh jalan mengelilingi danau ni sebenarnya
tapi aku tak buat la, sebab tak cukup masa
mandi pun tak sempat, sebab tak cukup masa
barangkali kena repeat lagi ke sini
insyaAllah
tak berhenti2 mengucap subhanAllah
bersyukur atas nikmat menyaksikan keindahan sebegini di pagi hari
trip kali ni, aku tak banyak ambil gambar
aku banyak abadikan moment dan gambar2 dalam kepala otak aku
mmg trip kali ni aku nak menghayati betul2
asyik amik gambar2, kadang2 tak sempat menghayati
air danau ni jernih, banyak ikan dalam tu
owh lupa
danau ni kalau kita lihat berbentuk love tau

kabus dah mula nak menyeliputi dan melalui danau dan gunung lamongan sekali lagi


aku dan alyssa ambil keputusan untuk patah balik ke homestay sebab jam dah 7.30 pagi
jam 8 pagi ada program iyra dan kak izat aturkan 
satu2nya program yang aku tak sangka akan dibuat
tapi apa salahnya bila sesuatu tu lain dari kebiasaan kan
nak memastikan program mereka berjalan seperti dijadualkan, aku dan alyssa berpatah balik ke homestay
takut kak izat dan iyra tercari2 kami
kabus dan menutupi hampir keseluruhan danau
dalam perjalanan, terserempak dengan kak izat dan iyra  nak ke hujung tebing
derang jalan kaki
kami bgtau kami ngelat naik motor huhuhu

kami kata, kami tunggu kat homestay ajelah kan
jalan depan lagi,
terserempak dengan agoes
nampak tak stylo dia
tak macam kebanyakan supir tau
nanti kita korek sapa agoes ni
aku tak pandai selfie
most of the time kena gelak ngan alyssa sbb x reti selfie
asal aku yang selfie, mesti huduh hasilnya
penyudahnya alyssa ajelah yang selfiekan


sementara tunggu kak izat dan iyra, meh kita snap2 apa yang ada disekeliling


korang tau tak ni apa?
sebab alyssa tak tau
nilah biji kopi dan pokok kopi
yang kaler merah tu dah masak
kalau ko nak makan, ko petik dan nyonyot je
aku selalu buat macam tu masa kecik
lama gak tunggu iyra dan kak izat
lepak2 depan homestay
amik gambar
tiba2 agoes panggil
ajak ke Taman Baca Leda Bintang
tak la jauh mana
sebelah homestay aje pun


apakah Taman Baca Leda Bintang?
nanti next entry aku kongsikan apakah dia, dan apakah yang kami buat kat situ, dan apakah program yang aku tak sangka akan ada dalam itenari kali ni

agoes tunjukkan aku benda alah ni
jom cuba minum kak elly
rempah2 gula batu dan ntah apa2 lagi
kak izat ada beli benda alah ni bawak balik
agoes kata, dia akan tuang air panas, nanti air akan tukar kaler merah
ko ingat magic ke apa?
tu, airnya tukar kaler merah, yang belah bawah
yang belah atas tu kopi
tapi, aku tak reti minum kopi gaya camtu
ya ampunnnnn
apa rasa air tu?
macam air ada halia2 tu
air yang kalau aku pantang time beranak, mmg liat dan tak akan aku minum huhuhuhu
sedap minum panas, kalau dah sejuk, terkebil2 kot nak ngabiskan

oh aku nak kongsikan
ni jalan nak masuk ke desa ranuagung
diambil oleh iyra masa kami keluar meninggalkan desa ranuagung dengan danau ranuagung dan taman baca leda bintang yang sangat memukau



sebenarnya untuk ke desa ranuagung ni pemandangan kiri kanan cantik tau
macam-macam ada
perkampungan yang cantik, flora dan fauna pun cantik
cuma kedatangan kami ke sana pada waktu malam, apa pun tak nampak
dan kami meninggalkannya di waktu siang, maka, dptlah kami jamu mata kami dengan pemandangan kiri kanan depan blakang saat kami tak terlelap dan terlena
jalan perhubungan korang jangan tanya la
tak la cantik sangat, tapi untuk aku, aku dah biasa dengan jalan perhubungan sebegini di indonesia
apa ada hal
masalah dan benda2 sebegini diimbangi dengan pemandangan semulajadi yang cantik

oh sebelum aku akhiri entry ni...
soalan aku sapakah agoes ni?
yeayyyyyyyy dah tau jawapan dah

masa kak izat dan iyra nak cari homestay di taman negara bromo tengger semeru, derang jumpa homestay kopi jawa dan pemiliknya adalah agoes
dari whatsapp bagai antara mereka, tercipta satu itenari yang lain dari yang lain
dan dia bukanlah supir yang kebiasaannya
kahkahkah
patut la stylo semacam!
dialah pemilik dan pengasas Taman Baca Leda Bintang,
pencinta dunia audio visual....eh dia ada production house ko, pemilik homestay, fotographer, traveller, pemilik ladang kopi, pemilik kedai kopi dan yang paling senang nak digambarkan pencinta kopi
wow portfolio yang hebat aku kira
yang akhirnya bersama-sama kami mengembara dalam trip ini ,
yang akhirnya menjadi sahabat kami dunia akhirat insyaAllah.

gaya pencinta kopi, agoes sam

sebelum bergerak ke trip bromo ni, 
aku google sana sini utk study itenary yang dibekalkan oleh kak izat dan iyra
nampak nama agoes sam ni
tgk video kat youtube 
pasal ranuagung
pasal bukit nol
eh tak sangka
pemilik video itulah yang akan sama-sama mengembara bersama kami
terima kasih untuk segalanya agoes!
terima kasih kak izat dan iyra untuk trip yang agak luar biasa!

korang boleh la layan:








Comments

  1. Air kaler merah tu macam menarik!!

    ReplyDelete
  2. btul btul merah air tu...cantiknye danau tu berkabus...sukanya....

    ReplyDelete

Post a Comment