Bromo Trip: Day 2 - Rumah Baca Leda Bintang, Desa Ranuagung

sementara tunggu kak izat dan iyra tiba di rumah baca leda bintang
aku dikenalkan dengan Daniel, Charlie, Veqa dan Herry oleh agoes
mereka antara para volunteer yang datang untuk bersama anak2 di taman baca leda bintang

TAMAN BACA LEDA BINTANG
organisasi sosial non profit yang menyediakan perpustakaan dan tempat bermain untuk anak-anak di desa ranuagung
mereka belajar dan bermain dengan alam, membaca buku-buku secara percuma
misi mereka mengembangkan minat membaca dan pengetahuan anak-anak, kreativiti dan keberanian melalui kebudayaan dan kesenian juga mendorong anak-anak untuk menyimpan angan-angan.
Tempat ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang sudi bertukar-tukar pengalaman bersama anak-anak.

facebooknya 
websitenya

antara yang korang boleh lihat
video di youtube
lagi satu video di youtube



tepi rumah baca ni ditanam dengan labu siam
bergantung2 buahnya
duduk bawah tu best
redup dan sejuk


program dimulakan sebaik sahaja kak izat dan iyra sampai
kami bersama-sama anak2 desa ranuagung akan menjalankan aktiviti bersama-sama
nampak anak-anak ini malu-malu diawalnya
tapi akhirnya mula memasuki kawasan rumah baca untuk bersama-sama kami
 makin lama makin ramai yang datang ke rumah baca
agoes kenalkan sorang demi sorang siapa kami kepada anak-anak ini
 daniel memecah suasana dengan menyanyi sambil bermain gitar
daniel cuba mencuri tumpuan dan perhatian anak-anak dengan sebaik mungkin

ada yang enjoy
ada yang muka ketat
ada juga yang macam tak de perasaan
hahahaha




penduduk kampung pun turut turun ke rumah baca
yang kiri skali Pak Dul, bapak kepala desa ranuagung
bukan setakat menyanyi bersama
kami menari bersama juga
kredit pic to: agoes
abis menari, iyra teruskan aktiviti
anak2 bakal diajar seni melipat origami 3D
setiap sorang dapat 1 origami
kredit pic to: agoes 
jom buat sama-sama
seronok mereka cantum-cantumkan origami



tengah sibuk aku snap2 gambar, datang si alan
sibuk nak tengok camera aku
meh alan, auntie elly ajar
kredit pic to: agoes
 semangat ingin tahu yang tinggi
kredit pic to:  agoes
ni antara gambar yang alan snap
 ini juga
 dan ini juga
 jom alan
kita selfie
 bila matahari mula memancarkan cahaya teriknya
kami beralih arah ke kawasan yang teduh agar anak-anak senang beraktiviti
siap aje origami, iyra suruh mereka sebutkan nama origami masing2
betul aje sebutan, boleh claim hadiah kat auntie izat
berebut2 menyebut sebab nak dpt hadiah
maka claim hadiah pada auntie izat
dpt pensel warna, pensel dan pemadam

yeayyyyyyyyy kami semua berjaya dpt hadiah

ada lagi
jajan diedarkan pada setiap seorang
snack time!
tapi derang tak makan pun, katanya nak bawa pulang ke rumah
agoes teruskan acara dengan bercerita tentang ranuagung sambil daniel memetik gitar
bukan derang aje yang syok dengar cerita agoes
aku pun syok mendengar

charlie sambung menyanyi dan melakukan sedikit pergerakan dibantu oleh petikan gitar daniel
sebelum masing-masing pulang ke rumah, alyssa edarkan choki2 setiap sebatang untuk mereka
si alyssa ni byk bwk choki2, sebab dia mmg kaki choki2
seriusnya muka ko alyssa
tau  la kat sekolah jadi pengawas

alhamdulillah program bersama-sama anak2 ranuagung telah selesai
iyra kepenatan
kak izat pun dah kepenatan
perut lapar
apa lagi
makanan tengahari dah siap, dimasak oleh ibu2 desa ranuagung
sedapnya laukkkkkkkkkkkkkkk
ini paling sedap
bertambah2 makan
tau tak ni sayur apa?
ni ar buahnya yang dah jadi sayur
makan dengan selera sekali
eh dia makan sayur la
yang aku tau kat malaysia dia tak makan sayur, hanya di Indonesia sahaja dia makan sayur
kahkahkah
gambar bersama-sama mereka yang awesome
pic kredit to:  agoes
dan inilah barisan volunteer pd hari itu
nice to know all of you.
pic kredit to:  agoes

inilah sebenarnya program yang aku tak sangka akan ada dalam itenari kali ini...tq kak izat...tq iyra....seronok juga dpt turut bersama-sama dalam program sebegini...alhamdulillah, byk yang alyssa dpt belajar, dalam pada dia ke sekolah, tuisyen sana sini, program motivasi dll sana sini, masih ramai diluar ini yang tidak dpt belajar seperti dia....moga alyssa tak sia-siakan peluang dan rezeki yang Allah kurniakan untuknya.

oh ye, segala peralatan, buku-buku dan makanan telah di beli dan diuruskan oleh kak izat dan iyra dari malaysia lagi dengan sumbangan daripada mereka-mereka yang tak dpt aku nak nyatakan di sini.....awal-awal lagi aku dah maklumkan pada mereka, yang aku hanya dpt membantu dari segi lain, kerana fokus community service aku sendiri sedang berjalan di sekolah agama anak aku....menyiapkan pembinaan Dataran Mumtaz di SRA Bandar Seri Putra.

pada yang berminat nak kesini boleh la cari AGOES SAM 
aku kira dia pasti gembira menerima kunjungan kalian.

oh ye, ada video khas dari Agoes, jangan lupa saksikan,
tq agoes, really appreciate, this video is really AWESOME!




Comments

  1. sronoknye ada program mcm tu....jgnkan budak budak...rietta pown teruja buat origami 3D tu....hehehe...

    ReplyDelete

Post a Comment