cerita taekwando

selepas hampir 2 bulan monteng kelas taekwando
yelah sepanjang ramadan aira dan aryan ponteng
syawal pun monteng jugak, sebab asyik kena memenuhi undangan raya sana sini
so 29 syawal 1438H baru masuk kelas balik
last grading 7/5/17, aira dan aryan lulus
so aryan dari tali pinggang putih naik ke kuning
aira dari hijau 2 naik ke biru 1
alhamdulillah
Image may contain: 2 people, people smiling, people standing
harap masih ingat step
belajar pandai2 ... boleh jadi bodyguard mama nanti
Image may contain: 3 people, people smiling, people standing
dulu masa aku sekolah, boleh kalau nak join taekwando
tapi tahu dan sedar, mak ayah bukanlah orang senang
baju taekwando pun dah cukup mahal nak beli, semua tu perlu minta duit dari mak ayah
makanya pendamkan aje hasrat diri jauh dilubuk hati sendiri
bila dah ada anak, aku suruh derang belajar ilmu pertahankan diri
beri peluang kat anak2, sementelah diri ini mampu untuk hantar mereka ke kelas
alhamdulillah
alyssa dah tali pinggang merah hitam, cukup umur dia 15 tahun automatik tukar ke tali pinggang hitam
moga aryan dan aira istiqamah mcm alyssa untuk sampai ke peringkat tertinggi

untuk sementara waktu, aku rehatkan alyssa untuk beri tumpuan pada kelas UPSR dan PSRA, memandangkan kelas2 alyssa bertembung dengan kelas taekwando
lagipun kalau dia pi kelas taekwando, dia bukannya belajar, dia mengajar junior2, so rasanya tak salah beri laluan untuk alyssa berehat seketika

untuk yang nak tau, aku startkan semua anak2 aku kelas taekwando bila mereka mula masuk darjah 1
aku target 2 kali grading setahun
boleh nak grading sampai 3/4 kali, tapi aku biasanya tetapkan 2 kali je utk anak2 aku
bila derang darjah 5, mereka dah boleh dpt tali pinggang merah hitam
lepas tu derang tak boleh amik exam setahun, lepas setahun baru boleh amik exam lagi
so setahun tu, biasanya macam alyssa, dia akan bantu cikgu ajar bebudak junior dan masa di tahun 6, dia boleh amik dah exam....
disebabkan di sekolah alyssa ada beberapa ketul aje yang tali pinggang merah hitam, jadi alyssa kena training di centre lain kalau nak amik exam
so, aku bercadang, biarlah lepas UPSR nanti baru dia focus utk grading
insyaAllah

Comments