Explore Our City with MRT

cerita 30/8/2017.
(tak la basi sangat cite ni banding dengan entry2 yang lain kan)

pagi tu aku ngan pakwe amik cuti, sebab nak buat:
- IC alyssa (ok wa rasa dah tua sebab anak wa dah 12 tahun)
- buat mykid aryan, sebab aku tak tau mana aku cicir, so dah 3 bulan aku cari merata, aku give up!
- alyssa ngadu sakit gigi dan kepala asyik berdenyut lepas tampal gigi geraham baru-baru ni, so nak bawak check up lagi skali, tak nak dia sakit menjelang UPSR dan PSRA

pagi2 buta dah terpacak kat jabatan pendaftaran di hentian kajang, sebab tak nak terperangkap lama kat sana,
end up 30 minit urusan IC alyssa dan mykid aryan siap.  terus aku terpana, eh dah siap???? klinik gigi pun blom bukak lagi ok!
nak merayau pi mall, mall pun tak bukak lagi!

so kami decide pi breakfast dulu dan plan apa nak buat untuk hari ini.
memilih untuk breakfast di restoran d'bukit....sebab roti canai kari kambing dia sedap!
aku, pakwe ngan aryan makan roti canai, alyssa dan aira nasi lemak ayam merah, eh...sedap rupanya nasi lemak dia, so len kali kena mai lagi pekena nasi lemak dia.

ikutkan statement alyssa, katanya gigi dia sejak malam tadi dah tak sakit, dan pagi ni tak de sakit pun....so kami decide on hold untuk jumpa doktor gigi....maybe lepas ubat bius abis aritu, dia baru start rasa sakit, sebab lobang kt gigi dia tu punyalah beso, belom 2 bulan tampal dah tercabut huhuhu

bincang punya bincang, kami decide nak try naik MRT lepas breakfast, park kereta kat stesen mrt kajang dan naik sampai penghujung stesen iaitu sungai buloh.

lets expore our city with mrt...gitu!
park kereta kat parking bertingkat dan berbumbung di stesen mrt kajang, parking kena bayar ye ikut jam, jangan harap ko dpt free parking.

dari parking tu ko jalan sket ke stesen mrt tu, jangan risau, semunya berbumbung, tak kena ujan, tak kena panas.

pastu ko beli tiket mrt, untuk ko yang dewasa, cukup sifat, sila beli melalui mesin yang tersedia tu.
Sila ke kaunter kalau ko warga emas (60 tahun ke atas), orang kurang upaya, pesara, pelajar IPTA/IPTS (sila tunjuk kad pelajar dan kanak-kanak (7 tahun dan ke atas - tunjuk je mykid).  kalau ko dewasa dan cukup sifat, ko beratur kat kaunter tu, mmg ko akan disuruh beli kat mesin tu jugak...mcm aku, aku beli 3 tiket utk anak-anak kat kaunter, tiket aku ngan pakwe kena gak beli kat mesin, tak kuasa dia nak melayan ko yang cukup sifat tu.
nak senang, boleh pakai Touch & Go.
aku tanya untuk pembelian tiket sehari, dan aku bleh brenti kat mana-mana stesen aku nak...ok, tiket jenis ni tak ada dijual (padan muka aku)
yang dijual, ialah tiket SEHALA SAHAJA dan nyatakan mana destinasi ko nak brenti...tak ada juga tiket ulang alik dijual
makanya nanti tiba di penghujung stesen, iaitu Sg Buloh, aku kena keluar dan beli tiket semula untuk patah balik ke Kajang....oklah...camtu sampai stesen terakhir kami turun, makan minum dulu pastu patah balik.....
kekerapan train = 7 minit masa trip kami tu

disebabkan kami try mrt ni 30/8/2017, makanya ada promosi tambang 50%...hoyehhhh!
tiket aku dan pakwe : RM6.40 x 2 org x 2 hala = RM25.60, diskaun RM12.80, so bayar RM12.80 aje
tiket alyssa, aira dan Aryan:  RM2.40 x 3 org x 2 hala = RM14.40 diskaun RM7.20, so bayar RM7.20 aje
jumlah bayaran RM20.00 sahaja, diskaun RM20.00 ko!
so kalau kami naik mrt ni 1 sept, makanya kami kena bayar RM40.00...wowww
dari kajang ke sg buloh ada sejumlah 31 stesen semuanya...dia punya stop tu best2 jugak, banyak tempat boleh explore, cuma kali ni mmg kami nak duduk diam-diam dlm train dan rasa routenya.
kajang, stadium kajang, sungai jernih, bukit dukung, batu 11 cheras, bandar tun hussein onn, sri raya, taman suntex, taman connaught, taman mutiara, taman midah, taman pertama, maluri, cochrane, tun razak exchange, bukit bintang, merdeka, pasar seni, muzium negara, semantan, pusat bandar damansara, phileo damansara, ttdi, bandar utama, mutiara damansara, surian, kota damansara, kwasa sentral, kwasa damansara, kampung selamat, sg buloh.
sepanjang 51 km perjalanan, mengambil masa 84 minit dengan underground track sejauh 9.5 km 
jom kita mulakan perjalanan

Image may contain: 4 people, people smiling, glasses and outdoor
 yeayyy train dah sampai
 enjoy the ride
 budak happy dapat jalan, paling happy dpt escape buat latihan dan kena baca buku kat rumah
 us!
 dan akhirnya dia gasak menempal kat papa dia...tau la anak papa!
nak share few pic masa duk dalam train, rezeki akhirnya dapat seat kat blakang train, syok la derang bertiga









sampai dah penghujung stesen sungai buloh

Image may contain: 5 people, people smiling, outdoor
 pastu ko decide la pintu mana ko nak keluar
 kami tak de pintu nak pilih, yang kami tau nak patah balik ke kajang
 
ingatkan kuar je stesen sg buloh nak la lepak makan ke lepak minum, tapi ni je kedai yang ada kahkahkah end up memasing beli air, duk tepi kaki lima minum 
jadi la dari tak de apa kan
kaunter tiket, boleh tahan queue, kat mesin pun bleh tahan jugak queue
untuk tiket kanak2, kami kena beratur, kat mesin tu tiket dewasa sahaja, tak de pun tempat nak klik kanak-kanak
 untuk reference kalau ko sesat dan hilang punca nak brenti mana
 posing sat



 dah jom patah balik
 sambil tunggu train, boleh la acah-acah jadi pelancong, baca la hafaz kitab mrt tu




sepanjang kami naik train ni, memang selesa la, traffic pun ok, maybe sebab bukan waktu puncak....alhamdulillah, sangat-sangat selesa
 ko kan aryan, kalau jatuh bebeduk mama tepuk tangan jek!
bila dah duduk lama dalam train, makanya dia punya sel-sel otak pun terlebih berhubung
dia dah tak mampu duduk diam, dia jadi ulat nangka secara automatik






sambung amik few pic lagi



 ni underground

makin lama makin kronik tengok aksi ulat nangka nih, makanya mama papa kata, lepas ni nak tengok wayang tak.....
beli siap-siap tiket online, terus aryan cakap "disebabkan nak tengok wayang, aryan kena simpan tenaga supaya aryan tak mengantuk"
akhirnya aksi ini pun terjadi
aira pengsan bersama kitab mrtnya
 aryan pun pengsan demi mendapatkan cukup tenaga untuk tengok movie nanti kahkahkah
tiba kat stesen kajang semula menghampiri jam 3 petang, alhamdulillah
3 jam dalam train, kajang-sg buloh-kajang dengan kos RM20 pergi balik
kalau org tanya ko dah naik mrt?
of course yes!

*** info dan data kat atas may be ada perubahan di masa depan, korang pi ajelah google info terkini, sila jangan malas sangat bila info hanya dihujung hari....enjoy your mrt ride!


Comments

Post a Comment