Nur Alyssa Myra 12th birthday, 23/08/2017

alhamdulillah diberikan peluang untuk bersama meraikan ulang tahun ke 12, happy birthday alyssa, mama papa dan adik2 doakan kakak dipanjangkan usia, dimurahkan dan diluaskan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, menjadi anak yang solehah, berjaya dunia akhirat dan menjadi anak yang berguna dan membahagiakan sesiapa sahaja.
Tahun ini tahun yang agak mencabar untuk kakak, bakal menjalani peperiksaan UPSR dan PSRA.
Kami sentiasa doakan kakak akan mencapai cita-cita kakak dan mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan nanti, insyaAllah.

Gambar fresh pagi2 jam 6.30 pagi sebelum pi sekolah, susah betul nak senyum!
suh senyum sket, ni je senyum yang diberi hahahaha
tak de sambutan yang khusus untuk alyssa, hanya last minute plan, memandangkan dia tengah sibuk dengan persediaan UPSR dan PSRA, jadi mama ambil keputusan untuk tidak ganggu fokus dia
cuma dia request nak makan kfc beberapa hari lepas, jadi kami tunaikan di hari jadi dia
just tapau dan makan kat rumah aje
aku pulak baru cabut gigi geraham 2 hari sebelum hari jadi dia, dah sakit bebeno baru ada hati nak jumpa doktor gigi
kali ni punya cabut, kemain sakit dan kepala tak abis denyut walau gigi dah cabut
berhari-hari menderita sakit
jadi mama tak dpt la makan kfc tu
cikgu transit bebudak ni supply bubur untuk breakfast dan dinner
alhamdulillah rezeki aku la kan, tq teacher yan yang sangat prihatin.
sodap eh bubur dia
ni bubur utk breakfast
ni bubur utk dinner
yummy sangat
mmg plan tak nak beli cake
sebab sepanjang august dan september ni banyak bday 
bosan bila bday asyik kena makan kek
beli pun nanti tak de sapa nak makan
tapi ada la bebudak bertiga ni dok ckp nak makan ice cream baskin robbin, cuma tak bawak la derang kuar kemana-mana demi fokus alyssa pada upsr dan psra
last minute aku ajak pakwe pi beli ice cream cake kat baskin robbin alamanda
balik2 letak dlm freezer
boleh si alyssa balik rumah terus berlari ke dapur dan bukak freezer
tiba2 dia jerit "yes! dah agak dah"
kahkahkah kuat instinct dia mama papa akan kabulkan niat dia nak makan baskin robbin punya ice cream
atas tu ada 5 ketul ice cream perisa berlainan
cake tu ice cream cookies and cream
mama papa dan adik2 harap, kakak happy dengan surprise nih
lets blow the candle
genap 12 tahun alhamdulillah


tu rupa bahagian bawah kek
ni tumpang happy, tak lama lagi bday dia pulak
di tarikh yang berlainan
26/8/2017, sabtu
alyssa dan kawan2 ada program UPSR kat sekolah
aku arrangekan small bday party untuk alyssa, cadangkan alyssa ajak 5-6 org BFF dia mai umah lepas abis program nanti
lunch dan tea time kat rumah
dan aktiviti kemuncak adalah main water balloon
tu yang derang pakai baju sama
itulah uniform derang untuk program UPSR tahun ni
aryan ajak BFF dia muqri
aira ajak BFF dia nawra

dan ini total jemaah petang tu
aku tak jemput ramai, 6 org BFF alyssa, 1 org BFF aryan, 1 org BFF aira, jiran 2 rumah, dan 2 org our close friend
kuyup la derang kejap lagi
mula-mula elok je derang main baling2 belon air tu
berhemah je derang main

tah apa dipakat 2 group tu
group perempuan dan group lelaki

elok je derang lepak2 santai, yang lelaki ni anak-anak jiran cina depan umah kami, pool tu  pun derang punya, kami mmg rapat
syok nampaknya ye
tiba-tiba budak lelaki memulakan serangan 
abis ditalanya air kat bebudak  pompuan
derang rileks lagi
tiba-tiba jadi camni
kahkahkah

amik tergolek sana sini
salur paip depan umah aku ni panjang 
dikerjakan salur paip aku buat main macam tarik tali
lantak ko la nak oiiiiiiii
jangan tercabut paip auntie sudah




kahkahkah tergolek budak kenit tu

masa ni aku dah jerit dah oiiiiiiiiiiiiiiii paip auntie 
sudah brentiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii kahkahkah



masa untuk potong kek bday
simple cake aje
sedap pulak kek ni weiiii

meh nyanyi2

blow your candle

dah puas main air mesti lapar kan
jom makan
aku tak buat apa sangat
sesuai dengan waktu minum petang, aku buat jemput2 kentang + carrot + bawang, popia ketam, roti sosej cheese, karipap dan tapau nasi lemak serdang
jiran melayu depan rumah tu bawak mee hoon goreng sebekas ngan air tin dlm coleman
banyak pulak rezeki 
tq for joining us!

tak puas lagi main air!
kahkahkah
geng2 aryan

alhamdulillah party kecil-kecilan yang buat semua happy
tq utk mak ayah yang pinjamkan BFF alyssa, lewat aku anto derang, masing-masing balik lepas solat maghrib, itupun sebab mak ayah memasing dah call, kalau tak mau melepak lagi memasing
bila anak-anak dah beso dah masuk fasa umur ni, kawan-kawan dia akan  mula dtg rumah, samada untuk belajar sama2 atau bermain sama2, aku suka keadaan macam ni yang mana mereka mula belajar untuk berkongsi dan berinteraksi, alhamdulillah yang mai pun sopan2 belaka.  aku pun dah anggap memasing mcm anak sendiri, mana yang salah, aku tegur aje.
auntie harap release sket stress korang selepas berhempas pulas belajar untuk UPSR.

apa cerita paip aku lepas derang kerjakan salur panjang tu buat main tarik tali?
abis senget terus paip tu dan air start kuar meleleh
nampaknya kena la panggil plumber
kena pecah la simen tu, mmg ada pecah salur belah dalam
kahkahkah

diketika aku menaip entry ini 
oh kerja-kerja betulkan paip pun dah selesai
tak pelah anak-anak, paip tu pun ada ajal dan mautnya!

btw
birthday alyssa sama tarikhnya dengan bday adik bungsu aku si cacu
happy bday cacu, kami nak starbucks ye!

Comments

  1. Happy Belated Birthday Allyssa....meriahkan tgk anak anak main....mcm best plak main belon air...hehehe....

    ReplyDelete
  2. Baca pun dah rasa seronok.....Apa lagi bezday gurl. Dapat kek aiskrim, dapat makan KFC, dapat celebrate dgn kengkawan. Seronoknya...

    Bestnya ada rumah luas mcm ni Elly. Teringat entry lama awak masa awak baru nak beli rumah ni...

    Tengok bubur tu jadi teringin pulak dah hihi.....Lama tak makan. Faveret tu

    ReplyDelete

Post a Comment