Part 8: Ke Bogor kita...lets go to Puncak!

lepas jumpa supir, kami teruskan perjalanan
kami menghala ke bogor
beberapa rakaman sepanjang perjalanan ke bogor
aku awal2 mintak pak supir brenti kat r n r dia nanti, sebab aku mmg suka brenti kat r n r dia, macam2 ada hahahaha

pemandangan biasa di indonesia
penjual jalanan
pantang ada peluang, ada la mereka





perut lapar
suruh pak supir cari kedai makan
suh dia brenti je mana-mana kedai di sepanjang perjalanan ni
pak supir brenti kat sini


benda alah ni sedap makan panas-panas

menu diet kahkahkah
jom makan

sedap masakan dia
makan berhidang macam ni la, tak macam kat malaysia, boleh pi terus amik lauk letak kat pinggan sendiri
es cincau hijau
harap tak bertukar warna hijau lepas minum
kami tak try la tapi wei

lauk-lauk ada je ditayangkan kat ruangan ni, boleh la cuci2 mata tengok kalau ko tak tau camner rupa lauk ko nak order nanti






tengah sedap2 aku snap gambar makanan, pak supir dah bagi warning suh cepat
sebab katanya takut jalan tutup nak ke puncak nun
nak ke bogor ni la masalahnya, ada masa tertentu jalan tutup, dia bukak sebelah je, so jalan sebelah tu, tunggula ko mengeras dalam kereta kalau dah terperangkap
maksudnya kalau kereta tengah naik ke puncak, belah yang turun dari puncak tak akan bergerak dan berada dalam keadaan statik
jadi nak ke puncak tu, mestilah alert dengan masa jalan bukak dan tutup ye, boleh refer pada supir yang korang amik untuk lebih terperinci
boleh makan 2 jam tau kalau ko dah terperangkap time jalan tutup tu, jadi supaya ko tak keras kejung dlm keta, supaya ko tak boring dan supaya ko dpt urus masa dengan baik, elok la ko refer betul2 masa tu ngan supir sebelum korang mulakan perjalanan ke puncak
jom gerak, supir dah terjerit2 dan kereta pun dah mula bunyi hon sana sini menandakan jalan naik ke puncak bakal tutup

banyak benda sepanjang perjalanan yang best di rakam, tapi ni aje yang ada
yang lain dah ilang dah gambarnya



dah banyak kali ke indonesia, aku kagum betul dengan benda alah ni
dianyam menggunakan daun pokok kelapa
nampak ni, mesti naik dari puncak atas
traffic dah mula sesak
jalan belah kanan (turun dari puncak) telah ditutup, makanya kereta semua tu berada dalam keadaan statik
yang lawak, blakang kereta kami pak polisi, maka makin laju la pak supir ni memecut 
kahkahkah
tapi kan,
kalau ko terperangkap dalam kenderaan pun, byk je kedai kiri kanan ko bleh ngopi ke, makan ke, lepak2 ke
cuaca pun tak la panas mana, sedap2 je cuaca
pastu view pun boleh tahan di sesetengah laluan


di sesetengah laluan, ada ladang teh, sedap bau daun teh
bersepah yang berdiri di tepi jalan begini
offer untuk kamar kalau korang nak
tapi tak tau la kamar camner yang derang offer
byk je kedai makan....tak perlu risau

kami park kereta di sini


apa kami buat kat sini?
nantikan hahahaha


Comments