Part 9: Telaga Warna

nyamannya di puncak ni
dlm banyak deretan kedai, kedai ni je ada beranda gini
mmg layan la tgk view camni
cuaca pun sedap2 sejuk
Image may contain: sky, plant, shoes, tree and outdoor





meh tengok menu derang
aku tak de la masalah sangat ngan menu derang ni, sebab kerap travel ke indonesia
tapi kali ni mmg mencabar duli
apa ke jadah la internet tu
apa la dia poffertjes tu

lepas tanya mbak tu dia kata,
INTERNET = indomie + telor + kornet beef (corned beef)
Image may contain: food
ko order la utk kami jujie, kami nak menikmati keindahan alam

POFFERTJES = adunan (telur, susu kental manis, teregu segitiga, mentega) disumbat coklat dan ditaburi gula halus juga keju
asli belanda katanya
yang aku tau sedap dan sedikit manis
Image may contain: dessert and food



kita layan dengan 
TEH POCI = teh + gula batu + perahan limau nipis
juga secawan kopi
Image may contain: drink, coffee cup and food

borak2 makan2 amik gambar dan buat kedai mcm kedai ko sendiri
hahahaha

bergerak ke satu destinasi lagi
jom



kesini
sedikit tersorok lokasinya
patut la jenuh mencarinya


lagenda dan misterinya
tapi adakah sama dengan teori sains dan alam?

entrance fee dia
sejujurnya Rp150,000 utk masuk sini adalah sangat mahallll
ikutkan hati mmg tak nak masuk
tapi kami dpt deal yang agak ok, makanya kami sepakat bayar dan masuk
dah sampai kot
inilah dia 
inilah Taman Wisata Alam Telaga Warna, Bogor
uniknya tasik ni, airnya akan berubah warna akibat adanya tumbuhan gulma air yang mendominasi permukaan telaga dan bila ada pancaran matahari akan menyebabkan air telaga bertukar menjadi hijau muda atau hijau tua sampai berwarna gelap
kat sini korang nak buat flying fox ke, perahu rakit ke, ada jugak, tapi itu additional cost la







tak spend masa lama sangat dalam ni, sebab dah nak gelap dan monyet2 yang ada sangatlah suka mengacau kami
aku ni dah la penakut
monyet mai je aku dah jerit hahahahhaa
kesudahnya aku malas duk lepak dalam tu lama2
antara aktiviti yang boleh di buat dan chargenya
kat luar ramai je org melepak
tak tau  la sapa kan, kami pun join la lepak sambil tanya2 apa lagi best kat bogor ni yang kami boleh pi
byk la cadangan mereka bagi tapi tak la semua tu kami pi, sebab ada je tempat yang mcm kami tak minat
tapi yang paling tak boleh blah 1 cadangan derang untuk amik gambar dlm kebun kelapa sawit sebab cantik katanya
gelak beso kami sambil bgtau kat malaysia punya byk kebun kelapa sawit, sebelah umah aku kt kg pun kebun kelapa sawit kahkahkahkah

snap sket gambar 
kat luar kawasan telaga warna ni, adalah kawasan ladang teh





adakah kami akan meredah kebun teh ni?
bahahhaha gelak beso ajelah dulu


Comments

Post a Comment