Part 13: Dari Bogor ke Jakarta, kita check in ke Zen Rooms


turun dari bogor tu, sempat singgah kat sini, alhamdulillah perjalanan dipermudahkan, tak pun terkandas dan mengalami peristiwa laluan ditutup
kami singgah di CENTRA OLEH-OLEH MATAHARI PUNCAK CIPAYUNG, BOGOR.
byk betul hasil tanah di jual
ada alpukat, peyeum, talas, bengkuang, pisang, keledek
peminat avacado...dia punya teruja ah!



ni la payeum
pak supir kata dipotong-potong, celop tepung dan digoreng, enak betul di makan.
atau dibakar dan dipotong-potong, dimakan dengan gula merah cair yang likat, dikenali juga sebagai colek enak.





alpukat 1 kg = IDR25,000



haaaaaaaaaa ni la yang famous kat sini
aku borong benda alah ni
sedappppppppppppp

dan ada macam-macam kerepek
nilah yang aku suka kat indonesia...variasi





sedap betul aku test semua ni dari satu kedai ke satu kedai






ni yang sempat kami grab sebelum berlepas pergi, lepas pak supir dok jerit-jerit suruh cepat sebab laluan nak ditutup
keledek ni manis betul!
ni aku beli masa brenti kat stesen minyak, aku mmg suka masuk derang punya mini mart dan beli makanan-makanan mcm ni....dalam tu pisang 
sampai di kota jakarta dah gelap, kami plan terus dinner, dah dibilang pada pak supir mau makan kedai biasa-biasa aje, asyik di bawak ke restoran besar je....kami reject dan akhirnya disinilah kami makan malam.




nasi putih atau nasi uduk dan juga lauk pauk.....sambal dia berdesing sampai telinga, harap tak de sapa bertapa dalam jamban malam ni


Image may contain: 2 people, including Elly Nadyra, people smiling, food


dah kenyang jom balik
malam ni kami tido sini

 kelihatan seketul budak yang pengsan dan barang-barang membukit untuk di kemas...esok udah mau pulang

good morning jakarta!
Image may contain: plant and outdoor





pagi ni lepas bersiap, barang-barang pun dah kemas elok-elok, kami check out dengan gembira untuk ke destinasi seterusnya.

ZEN ROOMS NI selesa!
boleh la korang consider bila ke Jakarta






Comments

  1. Elllllyyyyyyyyyy!!!!!!! Nampak tak mata bulat den ni????

    ReplyDelete
    Replies
    1. GB how are you..lama x nampak
      Elly Nadyra....ha.ha dah bukak rumah ye

      Delete

Post a Comment