AJK PIBG SRABSP Sesi 2018 - 2020

aritu masa AGM, memang cadang nak letak jawatan dah, sebab dah 6 tahun jadi AJK PIBG.
kalau korang tanya, seronok!
tapi ada juga masa-masa yang jadi tak seronok, itu adalah asam garam perjalanan hidup kata orang ....iye aku setuju betul!
mana mungkin semuanya manis sahaja kan.
ditawar menjadi YDP, aku menolak secara total.
memikirkan kesinambungan, hati berbelah bahagi.
rata-rata AJK yang telah berbakti 6 tahun, seangkatan dengan aku, juga mahu meletakkan jawatan secara total.....dah tu, AJK baru nanti mana arah dan panduannya...sekurang-kurangnya ada la AJK lama sebagai panduan dan sumber rujukan.

menolak pencalonan sebagai YDP, mereka calonkan aku sebagai NYDP.
adehhhh menang majoriti mengalahkan calon AJK PIBG yang sama usia perkhidmatan.
aku terima dengan redha, aku terima tanggungjawab ini dengan ikhlas demi anak-anak Mumtaz SRABSP.

lantikan aku juga, alhamdulillah telah mengekalkan kesemua barisan AJK senior yang sama-sama berkhidmat, terima kasih atas kepercayaan, terima kasih atas sokongan.
anak-anak Mumtaz, auntie sayang korang semua!

Comments

  1. moga semuanya baikbaik saja....teringat zaman skulah dulu, kitorg mmg respect ngn YDP n NYDP PIBG....dorg selalu turun padang kalau skulah buat event....

    ReplyDelete

Post a Comment