Bangkok Trip - Part 1 - Day 3 - Amphawa Floating Market, Pantai Diary Restaurant

yeayyyy dah pagi
best betul tido, jom sambung pengembaraan.

amik taxi yang dah deal siap-siap
Thee Hotel - Damnoen Saduak Floating Market - Maeklong Railway Market - Thee Hotel
= THB 1000

dah breakfast roti kat hotel
tiba-tiba otw tu kami lapar dan rasa macam nak ke tandas, kami minta driver berhenti kat stesen minyak yang ada kedai-kedai
ada kedai kopi la, AMAZON CAFE
aku macam biasa order hot latte
jumpa benda makan yang pelik sket kat sini, tapi tak berani la beli, takut tak halal atau tak sedap

GB dah maklumkan dan ke Damnoen Saduak Floating Market, nak ke sana terus...tapi si driver ini sukahati je bawak kami ke sini.
ye kat sini kami boleh juga ke floating market, tapi kena naik sampan, 2 jam tour melalui sungai dengan harga THB 2000/person...ekau gila ke apa kami nak spend punya mahal macam tu....kami nak pi floating market dia terus, bukan nak naik sampan bagai oiiiiiii
memang abis la driver tu kena sound ngan GB, nasib je GB tak sinsing lengan baju dia....aurat kan!
mengamuk si GB...i is rileks je, tak nak curah minyak....tapi sesungguhnya charge THB 2000/person adalah sangat mahal dan budget kami tak membenarkan kami amik package tu.
dia turun harga ke THB 1500/person pun kami tak mampu ok!

memang ada beberapa drama yang terjadi, macam-macam sketsa la driver ni huhuhu
faham-faham la bila GB dah mengamuk kuikuikui

susulan dari itu, kami singgah ke sini,
Amphawa Floating Market, tapi hanya sikit je yang berniaga sebab pasar ni start dari jam 5 petang - 12 malam
eh boleh tengok kelip kelip oiii kat sini
jalan la ke hulu ke hilir dalam cuaca yang panas dan hati yang maha panas masing-masing.
ada la beberapa bot yang berurus niaga...seronok korang makan eh lagu tu
tu ar sungainya... korang boleh amik bot untuk jalan-jalan kat sungai tu, tapi kami tak amik pun bot tu, jadi aku tak tau la berapa charge dia

tanda dah sampai dan muka aku dah rentung






nampak tak semuanya masih tutup rapi

jom tengok apa la kedai-kedai ni jual


 baby crab
 ni serius aku tak tau



 nampak GB beli benda ni, eh cam best je...nak jugak!
 ni ar dia, air kelapa yang dijual dan di letak dalam buluh, GB dah pesan mintak straw siap ada bunga hahahahahhaa
harga = THB 40 untuk yang kecik yang beso sket = THB 50

 yes, aku punya, pun siap ada bunga hahahahaha
 jom tengok apa lagi yang ada






okeh sambung ke next destination...tapi kami lapar, jadi kami nak makan dulu....driver bawak kami ke sini


 seriusly sedap masakan dia, alhamdulillah
ok aku ngaku, aku gigih diri atas kerusi masa amik gambar ni.....harap2 mereka tak share gambar tu kat blog mereka kahkahkah 
 tu ar total harga makanan kami = THB 1140
perut dah riang jom kita pi market lain pulak bahahahhaha


Comments

  1. Mmg berangin satu badan teringat kat tempat bot tu. Nasib tak terbalik je meja tiket. 😂😂😂

    ReplyDelete

Post a Comment