Bangkok Trip - Part 1 - Day 4 - ThonBuri Railway Station to Kanchanaburi Railway Station

malam tu masing-masing kepenatan
masing-masing tak de sebut nak pi massage pun, kecuali aku
malam tu jugak kami kena decide naik apa ke kanchanaburi
samada naik bas, naik van, atau pun naik keretapi
aku nak naik keretapi, tapi naik keretapi ni satu hal la, kena ikut jadual keretapi la
jadi kena bangun awal
GB kata keretapi jam 7.45 pagi
check out jam 6.15 pagi, amik grab, terus ke train station
Station: THONBURI
aku ckp kat jujie sempat ke?
sebab pagi tu kan jem .... ikut waze malam tu 30 minit je, tapi tu malam kan
esok pagi lain ceritanya kan
ikut aku, lagi awal kuar, tapi redha ajelah
tapi dah ckp kt jujie siap-siap, kalau tak dapat naik train ke kanchanaburi, aku rasa amat kecewa dan kekecewaan itu aku akan cakap kat GB, i dun care!
nak gak naik train.

aku dah siap awal ngan jujie pagi tu, tunggu siti dan GB kat lobby utk check out.
keadaan luar hotel 6.15 pagi, lengang lagi

berselirat sana sini

call grab taraaaaaaaaaaaaaaa
dup dap sempat ke idak nih
dup dap pun sempat lagi amik gambar

good morning Bangkok!
Image may contain: one or more people, sky and outdoor
masing-masing sibuk menuju destinasi 
awal pagi, sibuk membuka kedai demi mencari rezeki




dalam grab tu, GB suruh kami tengok driver grab kami tu, nampak dia macam ngantuk atau memang dia ada penyakit tersengguk sengguk
eh memang dia macam tersengguk sengguk la, seram pulak drive keta mengantuk
akhirnya GB tanya, are you ok?
dia jawab OK, tak tau la ok betul ke tak, dia faham tak soalan GB tu huhuhuhu
jam makin menghampiri jam 7.45 pagi, kami blom sampai-sampai, dengan driver masuk simpang salah,
bila kami tegur dia ckp dia elak jem....driver bawak keta, kami on waze ok!
kami dengar dah hon keretapi....uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa sempat ke tak ni.....dah nampak keretapi berhenti punnn.....kami suh GB berlari beli tiket train, beg nanti kami uruskan
kuar-kuar keta kami buat aksi lari pecut lagi ..... kali ni bersama beg masing-masing hahahaha
aduhaiiii bila la nak berhenti lari oiiiii wkakakakakakkaka
inilah stesen thonburi
tadaaaaaaaaaaaaa akhirnya GB dapat beli tiket yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyy
gembiranya aku dapat naik train yeaayyyyyyyyyyyyy
tak sangka!
oh yang kat kaunter tu bukan GB eh


dah jom naik keretapi dan kita cari tempat duduk
free seating dan air cond semulajadi
train pun tak penuh

dah duduk, lama pulak train ni brenti tak jalan-jalan.
aku pun turun la merayau amik gambar sat......dalam merayau-rayau amik gambar tu, takut jugak kang tetiba keretapi ni jalan hahahahaha
jadual perjalanan
kami punya train 257, thonburi - namtok berlepas jam 7.50 pagi. 
dijangka tiba di Kanchanaburi jam 10.50 pagi.
makhluk yang betul-betul gembira dapat naik train hahahaha pastu kemain berposing ar

 tu casing phone baru beli kat chatuchak, pastu bila balik malaysia menyesal pehal beli 1 je, pastu menyesal pesal tak belikan pakwe dan alyssa huhuhu sengal camtu la,nangis la ko kat bucu katil

dia pun beli casing baru oiiii
 dia mula picnic dah
 tiket kami 
Thonburi - Kanchanaburi THB 100
perjalanan 3 jam eh
murah kan tambang train dia
 datang pegawai dia check tiket  
tengok budak tu gasak picnic dlm train, makan buah la tu
 kami pun picnic juga
ko tengok dah masuk hari ke 4 breakfast makan roti, jujie dah menjadi seorang yang kreatif.
breakfast aku tiap pagi, roti sapu dengan butter dan buah, aku balik dari bangkok suar aku longgar ok!
view kiri kanan memang awesome sangat tau
memula rajin la amik gambar, pastu malas dah sebab lagi best hayati pemandangan tu ngan mata sendiri sambil diulit angin sepoi-sepoi bahasa sambil makan dan minum
ada banyak stesen train ni berhenti, ada yang dia berhenti lama, ada yang dia berhenti sekejap.
yang berhenti lama tu boleh la pi tandas, boleh la pi merewang jalan-jalan kat stesen dia.
dalam train ni pun ada tandas, bersih ooo tandas dia, siap ada air paip bersalur lagi okeh!

dah masuk hari ke 4 kat bangkok, camera aku tersimpan rapi dalam beg, lebih seronok dan selesa hanya bersama handphone kesayangan merakam momen momen indah

awan tu cantik betul








ada jualan makanan lalu lalang dalam train.
tak beli la tapi, takut tak halal.
bila keretapi berhenti lama kat stesen, kita boleh la jalan-jalan merayau hahahahha
ni gerabak yang sebelah kanan kami
seating dia camtu pulak gayanya
ni gerabak belah kiri kami pulak
kosong abis, yang ni tingkap tutup terus hahahaha
tu pasal xde orang nak duduk sini
depan tu kepala keretapi
ni ar kepala keretapinya
pantang keretapi berhenti lama, mulalah merayau je kerjanya



boleh berguling tido dalam gerabak ni kalau mau
aku snap gambar derang, bila tiba turn aku, keretapi dah nak gerak kahkahkah



ni gerabak kami
akhirnya jujie tertido jugak
masa ni si siti dah tak nampak kepala dah
belayar dah sampai kanchaburi agaknya






tengah-tengah berangan tiba-tiba dengar "kanchanaburi"
ohhh dah sampai ek?
rasa kejap bebeno 3 jam duk dalam train.

 posing ngan keretapi sat

 gambo korang jugak sekeping




dari stesen kanchanaburi ni kami nak terus ke Sam Guest House, katanya dekat je jalan kaki,  tapi memandangkan cuaca dia masyaAllah, jadi kami tak la nak jalan kaki kot...nampaknya kena la cari kenderaan kat luar stesen, ada banyak je menanti, ko pilih ajelah .

stesen kanchanaburi
trip kali ni derang bawak beg tarik tu, aku sorang aje bagpack....senang aku turun naik keretapi, senang aku turun naik bilik
 naik ni ke Sam Guest House, nasib buat pilihan bijak, walau boleh jalan kaki, sengsara jugak rasanya kalau memilih jalan kaki tadi kahkahkah
saksikan video kartun mereka, dan nasib baik kami tak decide nak jalan kaki kahkahkah 
jauh oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

oh ye, nak share beberapa video masa dalam train tadi....kahkahkah



ada lagi video, tapi sebelum aku kena sumpah lagi banyak, lebih elok aku tak share wakakkakakakaka
perangai keji tak abis-abis lagi hahahahhaha




Comments

  1. seharian kesah naik train
    tapi view dia lawa
    rasanya awan tu bagi dramatic feel kan

    ReplyDelete

Post a Comment